Perbezaan Sustained Release Vita-C 500mg Dan Chewable Vita-C 100mg
Shaklee menyediakan 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C
500mg dan juga Chewable Vita-C 100mg. Kedua-dua jenis vitamin ni tak
kurang hebatnya. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi ramai
orang salah faham! Kebanyakan orang sangkakan Sustained Release Vita-C
500mg tu untuk orang dewasa dan Chewable Vita-C 100mg tu untuk
kanak-kanak. Tapi sebenarnya salah! Okay jom saya terangkan sikit macam
mana setiap jenis Vitamin C ni bekerja ye
Cara Tindakan Setiap Vitamin C Dan Kelebihannya
>>>Cara Tindakan Chewable Vita-C 100mg
Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah. Setiap tablet kunyah
mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama 'Chewable' kerana
ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah
apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu
menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia
untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian
menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali
sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil
sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!
###############
Chewable Vita-C 100mg
>>Kelebihan Chewable Vita-C 100mg
Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
Lebih mudah dikunyah.
Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman
yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor
ketuaan.
Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal
dalaman seperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan
esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
Lebih sesuai untuk
mereka yang selalu berada di luar kerana melancong dan sebagainya.
Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak
memerlukan air untuk dimakan.
Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap
tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut
sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan
Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.
>>Cara Tindakan Sustained Release Vita-C 500mg
Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Setiap tablet
mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama 'Sustained
Release' kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C
buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Ujian klinikal
menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5
jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam! Dengan
kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari
suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi
'Sustained Release', Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan
cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab
usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?
###############%
Sustained Release Vita-C 500mg
>>Kelebihan Sustained Release Vita-C 500mg
Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.
Tidak perlu ambil berulang kali.
Dengan formulasi 'Sustained Release' ataupun 'Pelepasan Masa'.
Jadi, Vitamin C jenis yang mana satu sesuai untuk anda? Pada pendapat
saya, kalau tiada apa-apa masalah kesihatan boleh je pilih mana-mana
satu pun! Lagi senang kan? Boleh tukar-tukar. Kalau dah bosan nak
telan-telan, boleh ambil yang bentuk kunyah ataupun sebaliknya! Jadi,
jangan takut kalau Sustained Release Vita-C 500mg tu tiada stok, boleh
je ambil Chewable Vita-C 100mg tu. Apa yang penting... anda tetap dapat
khasiat Vitamin C untuk kebaikan kesihatan! :)
No comments:
Post a Comment