Panduan Menjaga Kulit Bayi +
Melihat bayi yang berkulit putih gebu, pasti rasa geram seperti hendak
mencubitnya sahaja. Namun bukan semua bayi dikurniakan kulit secantik
dan seputih salju.
Bagaimana
hendak mendapatkan kulit bayi yang bebas daripada cela? Mungkin tip
berikut boleh dijadikan panduan untuk menjaga kulit bayi sihat dan
bersih.
1. Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur yang
diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas seterusnya
membuatkan bayi selesa.
2. Pilih fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pakaian bayi anda kerana ia kurang merengsakan kulit mereka.
3. Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali kerana boleh
mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim
mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada
badan bayi.
4. Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup
untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan
kerengsaan pada kulit bayi.
5. Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.
6. Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang bayi terutama bila
dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang baru,
sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi
perlindungan tambahan.
7. Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan.
8. Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.
9. Penggunaan losyen pelembap turut membantu mengekalkan kelembutan dan
kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak mengandungi alpha
hydroxyl acids atau pelindung cahaya.
10. Kuku bayi sangat
tajam, nipis dan memanjang dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan
kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia untuk mengelakkan kuku bayi baru
lahir boleh mencakar kulit muka mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment