Sakit gigi
memang menyeksakan. Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan
dengan doktor gigi, apa kata cuba beberapa petua berikut untuk meredakan
sakit gigi.
*Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
*Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk
berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
*Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
*Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi
berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan
tutup dengan kapas.
*Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
*Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat
dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
No comments:
Post a Comment