- Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal
di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda
cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
- Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi,
vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein
dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu
badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama
susu kambing
- Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
- Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada
api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap
hari sehingga susu badan menjadi banyak.
- Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan
simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba
atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian
tapis dan minum airnya.
- Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
- Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian
potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan
segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
- Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
- Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus
sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
No comments:
Post a Comment