APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SUSU IBU?
Susu ibu diketahui keistimewaan dan kelebihannya. Tetapi masih ramai
ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu
dan anak. Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali
kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini
membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut.
Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan
rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan
bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
1.
Singkir mekonium -Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa
jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang
akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian,
kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan
tersebut daripada tubuh bayi.
2. Mudah dihadamkan. -Bayi lebih
mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang
terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu,
khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem
tubuh bayi berbanding susu formula.
3. Pencegah penyakit -Bayi
yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini
kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit.
Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel
berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu,
jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada
daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia,
botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.
4. Elak pendarahan -Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan
mengeluarkan oksitosin yan gmerangsang kontraksi. Kontraksi tersebut
dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan
dapat dielakkan.
5. Kurangkan insulin -Berita baik untuk anda
yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar
insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!
6. Stabilkan pertumbuhan endometriosis - Kajian klinikal menunjukkan
penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara
waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid
untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan
ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.
7.
Lindungi daripada masalah penglihatan. -Susu ibu penuh dengan khasiat
dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A
baik untuk kesihatan mata.
8. Bertindak sebagai ubat penenang.
-Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi.
Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.
9. Penahan sakit semulajadi. -Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat
menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas
beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin
suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus
disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus
meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.
No comments:
Post a Comment