Kehamilan Melalui Tiga Peringkat Penting
"SUDAH berapa bulan kandungan awak, dan sudahkah awak bertemu doktor?" tanya Aminah kepada rakannya Rogayah yang sedang hamil.
"SUDAH berapa bulan kandungan awak, dan sudahkah awak bertemu doktor?" tanya Aminah kepada rakannya Rogayah yang sedang hamil.
"Kenapa
perlunya saya jumpa doktor? Saya tahu saya sedang hamil tiga bulan, melalui
ujian air kencing yang saya beli dari farmasi," jawab Rogayah.
PERBUALAN di atas mungkin pernah berlaku di kalangan masyarakat. Ramai orang yang mengambil remeh tentang jagaan kesihatan sewaktu mengandung. Apabila mengetahui diri sedang mengandung, mereka tidak bergegas untuk bertemu doktor.
PERBUALAN di atas mungkin pernah berlaku di kalangan masyarakat. Ramai orang yang mengambil remeh tentang jagaan kesihatan sewaktu mengandung. Apabila mengetahui diri sedang mengandung, mereka tidak bergegas untuk bertemu doktor.
Namun, tahukah
anda bahawa jagaan kesihatan sewaktu mengandung bukan sahaja boleh menentukan
kesihatan diri ibu dan bayi di dalam kandungan?
Sebenarnya setiap
ibu yang mengandung amat penting untuk mendapatkan rawatan dari doktor.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh sembilan bulan mengandung, mereka perlu datang
ke klinik sebanyak enam kali. Ini penting kerana ia dapat mengurangkan kadar
kematian ibu dan bayi sewaktu melahirkan.
1.
|
Khususnya pada
peringkat tiga bulan pertama
|
|
2.
|
Peringkat tiga
bulan peringkat pertengahan kandungan
|
|
3.
|
Peringkat tiga
bulan terakhir sebelum melahirkan
|
|
Melalui rawatan
daripada doktor dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami oleh si ibu.
Selain itu doktor juga boleh mengesan sebarang gejala atau faktor yang
boleh mengancam kesihatan ibu disebabkan kandungan tadi.
Seseorang yang mengandung sebenarnya mengalami satu tekanan dari segi fizikal dan mental, kerana ke semua organ dalam badannya perlu bekerja keras untuk menampung bayi.
Fungsi jantung
orang yang mengandung meningkat sebanyak 40 peratus untuk membekalkan darah
pada bayi. Oleh kerana itulah kadang-kadang orang yang mengandung cepat
mengalami mengah apabila terlalu banyak berjalan.
Pada peringkat awal mengandung pula ada yang merasakan tubuhnya panas. Ini berlaku kesan peningkatan metabolisme. Perubahan-perubahan sebegini juga menyebabkan tekanan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kalau tidak mendapat sokongan penuh daripada suami.
Kebanyakan
golongan suami memberi sokongan moral dan kasih sayang kepada isteri mengandung
khususnya jika mengandung anak sulung.
Tidak dinafikan ada juga suami yang tidak mengindahkan isteri dengan membiarkan isteri bersendirian. Sehingga ada yang sanggup mengabaikan si isteri dan berfoya-foya dengan wanita lain. Ini akan menambah tekanan mental kepada si isteri.
Oleh itu, amat
penting di kalangan suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk memberi
sokongan kepada mereka yang mengandung.
Mereka yang mengandung perlu juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Jadi, dengan menemui doktor, doktor boleh menilai tahap pemakanan mereka.
Kebanyakan para
ibu yang mengandung akan mengalami peningkatan selera makan selepas 4 bulan
kandungan. Akibatnya ada yang tidak memikirkan makanan seimbang sehingga
terlebih mengambil makanan manis dan berkarbohidrat.
Makanan terlalu manis boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu, antaranya darah tinggi, kencing manis atau bayi yang dikandung terlalu besar sehingga menyurkannya bersalin secara normal.
Berat badan ibu
mengandung biasanya akan meningkat. Namun, peningkatan berat badan ibu
mengandung yang ideal ialah antara 10-15 kilogram sehingga sebelum melahirkan.
Pada tempoh
kandungan 5 bulan kandungan, seharusnya peningkatan berat badan hanya 5
kilogram (purata peningkatan satu kilogram sebulan).
Biarpun berat badan ibu yang mengandung meningkat, namun, ia termasuk juga dengan berat uri dan air yang bertakung dalam badan. Apabila selepas melahirkan, berat badan akan berkurangan.
Para doktor selalu menasihatkan agar ibu-ibu mengandung memakan lebih banyak makanan yang mempunyai protein yang tinggi. Contohnya seperti susu, tauhu, tempe, minuman soya, kacang hijau, ikan, daging dan ayam.
Sementara bagi mereka yang mengalami kurang darah, sekali sekala perlu memakan hati atau limpa untuk menggalakkan pembentukan darah. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting sebagai sumber vitamin dan makanan berserat yang boleh memudahkan lawas.
Demikian juga dengan pengambilan zat besi dan kalsium kerana zat besi untuk membina darah ibu dan anak. Sementara kalsium untuk pembentukan tulang bayi.
Ramai orang tidak memakan kalsium secara tablet atau daripada sumber lain seperti susu dan ikan bilis, mengalami masalah sakit gigi, gigi berlubang, sakit sendi dan sakit tulang.
Apabila kandungan
berusia 5 bulan dan ke atas, para ibu juga digalakkan untuk memakan makanan
tambahan seperti minyak ikan. Pada tempoh ini pembentukan otak bayi berlaku,
minyak ikan boleh merangsang pertumbuhan otak bayi.
Apabila kandungan sudah mencapai tempoh tiga bulan terakhir sebelum bersalin, mereka masih perlu bertemu doktor. Ia penting bertujuan untuk menyediakan mereka dari segi mental untuk hadapi kelahiran dan penjagaan bayi selepas bersalin.
Saat melahirkan
merupakan sesuatu yang cemas, bukan sahaja dari segi masa, tetapi dari segi
keselamatan diri ibu dan bayi.
Pada bulan terakhir kandungan, doktor akan dapat menentukan sama ada si ibu boleh melahirkan secara normal atau perlu dibedah. Oleh sebab itulah penjagaan sewaktu mengandung amat penting untuk mengetahui sama ada bayi berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Selain itu, pertumbuhan bayi di dalam kandungan juga boleh diawasi oleh doktor. Tidak dinafikan kadang pertumbuhan bayi terjejas atau kadang berlaku masalah pendarahan, masalah penyakit tertentu atau masalah berpunca dari uri.
Tugas uri yang membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi, kadang-kadang gagal berfungsi sepenuhnya. Akibatnya pertumbuhan bayi terjejas. Semua aspek ini boleh diketahui jika ibu mengandung bertemu doktor.
Melalui proses imbasan (ultrasound) ketika bayi berusia 8 bulan, kedudukan bayi boleh dilihat sama ada berada dalam kedudukan normal atau menyongsang.
Kebiasaannya
kepala bayi sudah berada di bahagian bawah. Sekiranya usia kandungan 8 bulan,
berada dalam kedudukan menyongsang, ia bermakna akan dilahirkan dalam
keadaaan sedemikian. Namun biasanya doktor akan membetulkannya dengan
menggunakan kaedah tertentu tanpa melakukan paksaan dengan ganas. Jika usaha
yang dilakukan tidak berjaya, kelahiran perlu dilakukan secara caesarian.
Selain itu, dengan
melalui ultrasound, kedudukan uri boleh kesan dari semasa ke semasa. Jika
kedudukan uri berada di bawah rahim sewaktu kandungan antara 32-34 minggu ia
dinamakan sebagai 'placenta previa'. Bayi perlu dilahirkan secara pembedahan.
Warna uri yang sihat sewaktu proses ultrasound ialah putih. Namun jika didapati tompok-tompok hitam, maknanya uri rosak. Jika ia berlaku ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.
Ia juga boleh menjadi punca kematian bayi sewaktu di dalam kandungan. Jika uri tidak sihat, para doktor boleh melakukan pembedahan untuk kelahiran lebih awal dari jangka waktu yang ramalkan.
Pakar perbidanan yang melakukan pemeriksaan ke atas ibu mengandung mempunyai peranan untuk membuat penilaian sama ada kandungan itu selamat dilahirkan normal atau tidak.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
No comments:
Post a Comment