Showing posts with label Darah Tinggi dan Kencing Manis Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Darah Tinggi dan Kencing Manis Shaklee. Show all posts

Thursday, January 18, 2018

PANDUAN PENJAGAAN KAKI KEPADA PESAKIT KENCING MANIS UNTUK ELAKKAN LUKA DAN RISIKO KAKI DIPOTONG

luka kencing manis cepat sembuh

Panduan Penjagaan Kaki Kepada Pesakit Kencing Manis Untuk Elakkan Luka Dan Risiko Kaki Dipotong

Statistik penyakit kencing manis pada tahun 2017 meningkat kepada 5.6 juta penghidap kencing manis. Kita tahu kencing manis ni ada banyak sangat komplikasi. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Salah 1 komplikasi yang menakutkan ialah luka pada kaki yang boleh menyebabkan kaki dipotong. Statistik kata 1.7 juta orang kena potong kaki sebab kencing manis.
Menakutkan..
Sebab tu bila seseorang disahkan menghidap kencing manis, antara anggota paling penting ialah kaki. Sebab tu orang kencing manis kena jaga betul-betul kaki dia untuk elakkan luka.
Saya nak share cara untuk jaga kaki sendiri untuk elakkan luka. 

Panduan Penjagaan Kaki Pesakit Kencing Manis Untuk Elakkan Luka

Pesakit kencing manis yang follow up di klinik atau hospital akan diberi temujanji untuk memeriksa kaki. Namun, temujanji itu selalunya dibagi dalam tempoh sebulan atau lebih lama.
Kalau boleh setiap hari kena cek kaki sendiri untuk tengok ada. Cara terbaik  untuk jaga kaki bagi mengelakkan luka ialah:
1. Periksa kaki setiap hari. Gunakan cermin untuk lihat bahagian yang sukar dilihat.
2. Pastikan kulit sentiasa bersih dan sihat setiap hari.
3. Pastikan kaki sentiasa lembap dengan sapu losyen.
4. Pakai kasut yang selesa. Kalau boleh beli kasut yang sesuai untuk pesakit kencing manis lagi bagus. Tapi harganya agak lumayan juga lah..
5. Pastikan kebersihan kasut sentiasa terjaga dan selamat untuk dipakai untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau kecederaan.
6. Sentiasa pakai alas kaki walaupun di rumah dan pilih sarung kaki yang memang dikhaskan untuk penghidap diabetes
7. Cuci kaki setiap hari dengan keringkan dengan sempurna
8. Buang semua kulit mati atau kematu pada kaki dengan menggunakan gunting atau pemotong kuku yang bersih
9. Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih. Dan potong kuku secara lurus. Tak perlu ikut lengkung kuku. Sebab kalau ada serpihan kuku tertinggal, boleh jadi cekam dan menyebabkan jangkitan.
Satu cara yang paling berkesan untuk kawal luka ialah dengan mengawal kencing manis itu sendiri.
Amalkan gaya hidup sihat, berhenti merokok, bersenam dan pengambilan suplemen yang berkualiti sangat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah anda.

Cara Untuk Cepatkan Penyembuhan Luka Pesakit Kencing Manis Selain Rawatan Doktor

Dah tentulah dengan Vivix. Vivix ialah suplemen yang mengandungi sebatian polifenol yang lebih baik daripada suplemen resveratrol semata-mata. Resveratrol mendapat perhatian dalam bidang kesihatan kerana berupaya mengurangkan kerintangan insulin atau kurangkan insulin malas, mengawal tekanan darah dan mengurangkan kolesterol jahat.
Sebab tu ramai pesakit kencing manis yang mengamalkan Vivix sangat berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Wednesday, June 17, 2015

Diabetes semasa hamil

Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?

Diabetes Mellitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Mellitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (diabetes melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap

Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Adakah GDM kerap berlaku?
 
Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
 
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:


-
Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
-
Wanita berumur (>35 tahun).
-
Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
-
Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
-
Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
-
Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?
 
Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?
 
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya

Intepretasi hasil ujian
 


Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)

Puasa
2 jam selepas glukosa diambil
_Normal
<6
<8
_Tolerans glukosa yang terganggu
6-8
8-11
_Diabetes
>8
>11

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?

Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri.

Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan.

Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?

GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?

Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan.
Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

Mengapa diet yang khusus disyorkan?
 
Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
 

-
Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim,
-
Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
-
Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
-
Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.


Perlukah melakukan senaman?

Program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa,
mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal.

Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah. Walau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan sentakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj.

The American College of Obstetricians & Gynecologists (ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi. Terlalu kuat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin tidak mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur kadar degupan jantung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak melebihi 140 denyutan seminit.

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan  menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon kontra-insulin yang lebih tinggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

Adakah anda perlu mengambil insulin?

Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak mengalami diabetes.

Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikesan. Dengan itu janin dapat dicegah dari terdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.

Bagaimana mengendalikan suntikan insulin?

Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.

Penjagaan ubat-ubatan dan jarum
 
Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah?
 
Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur,

berpeluh, terketar-ketar, tersangat lapar) anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera. Apabila anda menggunakan insulin, anda perlulah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman berglukosa) sebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai sebarang reaksi hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM?
 
Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil boleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar caracara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk berjumpa doktor.

Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah?
 
Apabila anda telah didiagnos menghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jika diet yang sempurna dan peningkatan berat badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk melindungi janin. Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya.

Doktor boleh menasihatkan anda bagaimana untuk mendapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran

Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui?
Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di dalam darah dan air  kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin.

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif kepada doktor. Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalam air kencing. Warna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.

Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan antenatal?


Apabila anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin.
Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes anda.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Thursday, August 7, 2014

Kawal Diabetes Anda Sebelum Terlambat

TAHUN 2030, SEJUMLAH 2.48 JUTA RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGHIDAP DIABETES.




PADA masa ini, kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia atau satu daripada setiap enam orang dewasa yang melebihi usia 30 tahun menghidap diabetes.


Apa yang lebih mengejutkan, kelaziman berlakunya diabetes di Malaysia hampir dua kali ganda pada kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), seiring dengan perkembangan kadar rakyat yang obesiti.Setiausaha Agung Persatuan Diabetes Malaysia (PDM), Datuk Rahimah Ahmad, berkata, beberapa statistik telah menunjukkan bahawa diabetes sedang meningkat di rantau ini.

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) MENGANGGARKAN PADA TAHUN 2030, SEJUMLAH 2.48 JUTA RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGHIDAP DIABETES.

Pada peringkat global, kelaziman berlakunya diabetes juga sedang meningkat disebabkan beberapa faktor, seperti pertambahan bilangan penduduk, proses penuaan, urbanisasi, peningkatan golongan obesiti dan kekurangan gerak kerja jasmani.
Saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana supplement Shaklee boleh merawat diabetes. Perlu diingat Shaklee tidak boleh menyembuhkan diabetes tetapi ia boleh mengawal kadar kandungan gula dalam darah sekaligus mengurangkan risiko diabetes menjadi lebih kronik.
Anda dinasihatkan untuk  WAJIB mendapatkan supplement Shaklee yg tertera di bawah bagi memastikan program diabetes Shaklee anda 100% berkesan.
Suplemen asas untuk kencing manis ialah seperti berikut:

B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga
ZINC – menurunkan paras glukos dalam darah
VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh
VIVIX – memperbaiki sel, sumber antioksidan terbaik

Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik:

- Vivix
- Cinch Shake Mix
- Omega Guard


Selain amalan pemakanan Shaklee yang konsisten, jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya diabetes anda dapat dikawal! INSYALLAH!

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar

♥ sms/whatsApp: 019-3878986 

Thursday, March 20, 2014

APA ITU DARAH TINGGI?


Apa itu darah tinggi?
Darah tinggi merupakan satu penyakit yang sering kita dengar. Ia merupakan penyakit yang diturunkan melalui genetik pada umumnya. Kebanyakan penyakit darah tinggi diketahui pada usia 25 tahun dan ke atas sewaktu pemeriksaan kesihatan umum.

Tekanan darah dikatakan tinggi apabila mencapai di atas 140/90 mmHg. Tekanan darah di ukur dengan menggunakan merkuri, maka unit yang digunakan adalah mmHg. Terdapat dua bacaan pada tekanan darah, yang atas adalah tekanan sistolik manakala yang bawah adalah tekanan diastolik yang masing-masing menunjukkan tekanan darah sewaktu jantung mengepam darah dan sewaktu jantung berehat.

Apakah penyebab darah tinggi?
Penyebab tekanan darah tinggi yang paling banyak adalah genetik. Penyebab ini masih tidak diketahui secara pasti bagaimana terjadinya peningkatan tekanan darah. Keadaan yang disebabkan oleh kelainan genetik ini disebut juga sebagai primary atau essential hypertension. Selain itu, terdapat penyakit yang dapat mengganggu beberapa organ sehingga dapat menyebabkan kegagalan badan untuk meregulasi tekanan darah, seperti buah pinggang, jantung, sistem saraf, dan lain-lain. Keadaan ini juga disebut sebagai secondary hypertension.
Adakah anda berisiko mendapat darah tinggi?
Daripada penelitian-penelitian yang telah dibuat, terdapat banyak faktor risiko untuk terjadinya tekanan darah tinggi antaranya adalah:

Umur. Risiko mendapat tekanan darah tinggi meningkat dengan meningkatnya umur.
Sejarah keluarga. Oleh kerana kebanyakan penyebab darah tinggi adalah genetik, jika anda mempunyai ibu atau ayah yang mempunyai darah tinggi, kemungkinan besar anda juga mempunyai darah tinggi.
Obese. Atau kegemukan meningkatkan tekanan darah kerana pada orang gemuk, jantung akan berusaha lebih untuk mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh secara langsung, tekanan di dalam pembuluh darah akan meningkat.
Kurang bersenam. Jantung pada orang yang jarang bersenam berdetak lebih cepat. Jantung harus berusaha lebih kuat untuk mengepam darah pada setiap pengepaman, secara tidak langsung, tekanan darah akan naik.
Diet terlebih garam. Sebetulnya, garam yang berlebihan akan menyebabkan lebih banyak air atau cairan disimpan di dalam badan. Dengan meningkatnya volume darah, tekanan darah juga turut naik.
Stress. Stress dapat membuat tekanan darah tinggi secara mendadak. Ini ada kaitannya dengan sistem saraf dari otak.
Merokok dan minum alkohol. Zat-zat kimia yang terkandung di dalam rokok/tembakau dapat menyebabkan proses penyempitan pembuluh darah yang akhirnya meningkatkan tekanan darah. Begitu juga dengan alkohol.

Apakah tanda-tanda darah tinggi?
Kebanyakan orang tidak menunjukkan tanda-tanda mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehingga tekanan darah mereka menjadi amat tinggi. Seringkali tanda-tanda yang dapat dijumpai adalah sakit atau pening kepala atau hidung berdarah.

Bila seharusnya saya berjumpa doktor?
Anda perlu membuat general medical checkup sekurang-kurangnya 2 tahun sekali pada umur 20 tahun dan ke atas. Jika masalah tekanan darah dapat diketahui lebih awal, anda tidak perlu memakan ubat. Anda hanya perlu menjaga makanan dan juga bersenam.

Bagaimana mengubati darah tinggi?
Darah tinggi tidak dapat diubati tetapi dapat di-control. Target tekanan darah adalah 140/90 untuk orang yang sihat, 130/80 untuk orang yang mempunyai penyakit buah pinggang, dan 120/80 untuk orang dengan penyakit jantung.
Tekanan darah dapat diturunkan dengan mengurangi faktor-faktor risiko yang telah disebutkan di atas; kurangkan garam dalam makanan, berhenti merokok dan berhenti minum alkohol, bersenam, kurangkan berat badan, dan kurangkan stress.
Jika tekanan darah tidak dapat dikurangkan dengan cara-cara di atas, maka anda perlu memakan ubat dengan teratur. Kadang-kadang, beberapa kombinasi ubat diberikan. Ini adalah untuk mengurangkan side effects ubat tersebut.
Antara ubat-ubat yang diberikan adalah daripada golongan seperti berikut:

Thiazide, merupakan pilihan pertama dalam pengubatan darah tinggi. Bekerja di buah pinggang untuk membuang garam dan air dari badan.
Beta blockers, bekerja di jantung dan pembuluh darah. Efektif jika digabungkan dengan golongan Thiazide.
Angiotensin converting enzymes inhibitors (ACE I), bekerja dengan me-relax pembuluh darah.
Angiotensin II receptor blockers, bekerja pada pembuluh darah.
Calcium channel blockers, bekerja dengan me-relax otot-otot pada pembuluh darah.
Renin inhibitors, bekerja pada buah pinggang.

Selain itu, terdapat beberapa jenis ubat lagi yang digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Kenapa saya harus control tekanan darah dan apakah bahayanya jika tidak di-control?

Tekanan darah tinggi yang tidak di-control dapat menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah dan juga organ-organ penting. Semakin lama tekanan darah tinggi tidak di-control, semakin besar kerosakan yang terjadi.
Kerosakan yang terjadi dapat menyebabkan serangan jantung, stroke, aneurysm, kegagalan jantung, gagal buah pinggang, kebutaan, dan lain-lain.

sumber : ekesihatan

Tuesday, March 18, 2014

SET BAJET DARAH TINGGI


Omegaguard
Garlic complex

*menurunkan bacaan kolestrol
*menurunkan bacaan tekanan darah tinggi
*menurunkan kadar LDL (kolestrol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolestrol baik)

KENAPA BAWANG PUTIH?
Kebanyakkan ahli perubatan mendapati bawang putih adalah satu cara yang paling baik dalam mengatasi masalah tekanan darah tinggi.
bawang putih mampu memenuhi semua keperluaan agen terapeutik yang baik untuk mengurang tekanan darah tinggi.
kita tidak perlu lagi untuk mengambil ubat-ubatan moden yang adakala membawa kesan sampingan yang tidak baik.

so untuk lebih memudahkan kita boleh ambil bawang putih yang telah dibotolkan oleh Shaklee..
Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Monday, February 10, 2014

KAWAL KENCING MANIS DENGAN PRODUK SHAKLEE

Kencing manis/Diabetes merupakan keadaan yang kronik di mana badan

 tidak mampu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini menyebabkan gula 

di dalam darah semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung,

 kegagalan buah pinggang dan komplikasi-komplikasi yang lain.

Sebagai distributor Shaklee,saya nk perkenalkan sebahagian produk 
Shaklee yang dapat membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah..produk ini samasekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan 
sakit diabetes sebaliknya mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Ini supplement asas untuk kencing manis yg biasa saya syorkan pada customer...itupun kadang-kadang tak semua customer saya ambik semua,vitamin yang saya syorkan…ikut pada budget diaorg kalau nak beli..harga bole dirunding lagi..




B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga 
ZINC – menurunkan paras glukos dalam darah 
VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh 
ALFALFA – kaya dengan nutrisi dan mineral surih 
GLA – mengimbangi hormone insulin dan menurunkan kolestrol 
ESP – membekalkan tenaga 
VITA-C – sebagai antioksidan semulajadi

Semua supplement ini bagus kerana ia membekalkan

 nutrisi lengkap membantu mengawal ketidakseimbangan
 glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh..

Jom dapatkan vitamin shaklee anda..


Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:0193878986 anis

Tuesday, October 8, 2013

CoQ Health Shaklee Penawar bagi Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi


CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.
darah tinggi CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.
CoQ10 Shaklee Celikvitamin CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :
Serangan Penyakit Jantung

Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung

Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.


Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

kolestrol tinggi CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi
Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.


Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.


Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain
Sumber: University of Maryland Medical Center

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Sunday, August 4, 2013

cara atasi masalah hormon , kulit, arthritis, menopous, kencing manis


✿ Anda mempunyai masalah seperti berikut ??? ✿

• Wanita yang mengalami masalh kitar haid tidak teratur
• Pasangan suami isteri yang inginkan zuriat ( tidak subur)
• Masalah jeragat, jerawat, parut-parut jerawat dan mempunyai kulit sensitif.
• Masalah kuku dan rambut
• Pesakit Kencing Manis
• Pesakit Diabetes
• Penghidap Arthritis
• Menopause
• Osteoporosis
• PMS
• Alahan
• Penghidap Kanser
• Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
Hubungi:

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Wednesday, June 26, 2013

[KOLEKSI TESTIMONI] KENCING MANIS / DIEBETIS

Credit Nor Azreen Zulkafli
♥♥ Double Happiness ♥♥

Salam warga LB, tumpang share perkara yang menggembirakan saya pada hari ini. Rasa nak senyum smpai ke telinga :)

Tersangat HAPPY!!!!! Husband saya baru umur 32 tahun dah ada diabetis. Semalam dapat tau kencing manis my chenta hati Rafeezul Mohamed dah turun drp paras 15 ke paras 10. Dalam masa x sampai 2 minggu, Husband ambil vivix + GLA complex + Alfalfa complex. Tiada apa yang lebih menggembirakan melainkan melihat orang tersayang semakin sihat. :)

Hari ni, dapat berita dari seorang customer. Dia bagi mak dia makan vivix. Mak dia pengidap diabetis, darah tinggi, sakit lutut, jantung bengkak, sakit badan, sakit pinggang. Dalam masa seminggu selepas ambil vivix, sakit badan, sakit lutut & sakit pinggang DAH KURANG. Mak dia dah boleh berdiri tegak & nampak lebih sihat & bertenaga. Alhamdulillahh... SAYA SANGAT-SANGAT HAPPY!!!

surah al-Imran ayat 122 yang bermaksud: “Kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (menyerah diri).”

Tawakal bukan bermaksud menyerahkan diri kepada Allah secara pasif, sebaliknya tawakal kepada Allah menuntut kepada daya usaha dan ikhtiar. Tawakal juga hendaklah seiring dengan usaha. :)


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Wednesday, June 19, 2013

Cadangan Vitamin shaklee untuk diabetes @ kencing manis


Kencing manis/Diabetes merupakan keadaan yang kronik di mana badan tidak mampu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini menyebabkan gula di dalam darah semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan komplikasi-komplikasi yang lain.

Sebagai distributor Shaklee,saya nk perkenalkan sebahagian produk Shaklee yang dapat membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah..produk ini samasekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes sebaliknya mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?

Ini supplement asas untuk kencing manis yg biasa saya syorkan pada customer...itupun kadang-kadang tak semua customer saya ambik semua,vitamin yang saya syorkan…ikut pada budget diaorg kalau nak beli..harga bole dirunding lagi.. 


Jom lihat apakah vitamin shaklee yang sesuai untuk pesakit diabetes atau kencing manis...
Jika ada bajet lebih, memang sangat disarankan untuk ambil VIVIX...

Vivix - merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.

Selain vivix, boleh juga cuba Total Wellness programme shaklee iaitu dengan mengambil SET SUGAR CONTROL. Api yang set ni macam terlalu banyak untuk ditelan pil nya.

Next, boleh cuba ambil GLA COMPLEX, B COMPLEX dan ZINC sahaja.

GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Maka apa tunggu lagi, belikanlah untuk ayah bonda yang selama ni menghidap kencing manis dan perlu mengambil insulin setiap masa. Lihatlah perubahannya, inshaAllah.Secara Ringkasnya:


B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga  ZINC – menurunkan paras glukos dalam darah  VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh  ALFALFA – kaya dengan nutrisi dan mineral surih  GLA – mengimbangi hormone insulin dan menurunkan kolestrol  ESP – membekalkan tenaga  VITA-C – sebagai antioksidan semulajadi
Semua supplement ini bagus kerana ia membekalkan nutrisi lengkap membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh..
Jom dapatkan vitamin shaklee anda..

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986