Showing posts with label Migrain Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Migrain Shaklee. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

Migrain!!!!!!! Jom atasinya

Bagi yang mempunyai migrain , apakah yang anda lakukan bila diserang migrain.Adakah panadol diambil sebagai jalan penyelesaian.

<TAHUKAH ANDA>

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun .
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.

Perghhhh punyalah bahaya pengambilan panadol ni untuk satu tempoh masa yang panjangkan.Tengok semakin banyak kite makan panadol semakin ia kurang berkesan pada kita.

Cuba bayangkan pada wanita yang selalu ambil panadol sebagai alternatif untuk meredakan sakit,bila tiba masa bersalin doktor terpaksa beri dos ubat yang paling kuat untuk memberi kesan supaya tidak memberi kesan kesakitan.

Ok untuk pengetahuan semua Shaklee turut menyediakan set untuk mengatasi masalah migrain ni yang terdiri dari pada B-Complex dan Ostematrix Shaklee.

1) Ostematrix - Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.

Bagaimana Ostematrix ini dapat membantu :-

Ostematrix terdiri dari Vitamin D,Kalsium dan Magnesium

Vitamin D

  • Menurut the American Headache Society,lebih kurang 40% daripada mereka yang mengalami migrain yang teruk telah menunjukkan kekurangan vitamin D dalam tubuh badan mereka
  • Vitamin D merupakan satu vitamin yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila cahaya matahari menembusi kulit kita
  • Dalam kajian mereka,didapati pengambilan supplemen vitamin D telah menunjukkan respon yang positif.Supplemen ini juga tidak menyebabkan kesan-kesan negatif
  • Vitamin ini tidaklah efektif sangat dalam menggurangkan kesakitan migrain tetapi ianya serba sedikit membantu
Magnesium
  • Magnesium adalah sejenis mineral yang mmepunyai  pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita
  • Ini termasuklah membantu dalam proses impuls saraf.Pengidap migrain secara tipikal mempunyai level megnesium pada sel yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalami migrain
  • Oleh yang demikian,dengan meningkatkan pengambilan magnesium dapat mengurangkan migrain.Pengambilan Magnesium sebanyak 600 miligrams sehari dapat membantu

2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.

Bagaimana B complex dapat membantu :-

B complex mengandungi vitamin B2 dan B6

Vitamin B2 (Riboflavin)

  • Riboflavin atau viyamin B-2 adalah salah satu vitamin daripada lapan vitamin B-complex
  • Menurut kajian ,riboflavin dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan ianya jiga membantu mengekalkan kesihatan sistem saraf
  • Dengan pengambilan 400 miligrams setiap hari,Riboflavin dapat mengurangkan kekerapan dan jangka masa migrain sebanyak 1.5 pengurangan
  • Namun,kajian masih lagi dibuat mengenai bagaimana Riboflavin membantu menghilangkan migrain
Vitamin B-6 ( Pyridoxine)
  • Tubuh badan memerlukan vitamin B-6 pyridoxine untuk membentuk nuritransmitter serotonin dan norepinephrine
  • Ia juga memelihara kesihatan 'myelin sheath' iaitu satu lapisan yang melindungi sistem saraf kita
  • Mereka yang selalu mengalami migrain selalunya memunyai nurotransmitter pada level yang rendah.Kekurangan ini dapat dibaiki dengan pengambilan tambahan B-6.Kerosakan pada 'myelin sheath' dan saraf yang disebabkan oleh kekurangan B-6 boleh menyebabkan sakit kepala
  • Oleh sebab itu mengambil supplemen B-6 dapat membantu mengurangkan sakit kepala

Mari bagi yang mengidap migrain dapatkan SET MIGRAIN Shaklee.Katakan tidak kepada Panadol k


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, July 11, 2014

Set Migraine Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Pernah mengalami MIGRAINE?? Saya sendiri adalah penghidap MIGRAINE. Allah sahaja tahu betapa sakitnya. Pernah juga pengsan dalam kelas time study kat u dulu sebab sakit sangat. Pernah muntah teruk sampai lembik dan pernah masuk wad kecemasan gara-gara panahan migraine. Tapi. Nasib baik lepas 3 jam kat situ dibenarkan balik. pesanan doktor supaya selalu simpan panadol dalam beg dan bawa kemana-mana if nak keluar.

Mengalami sakit kepala secara berpanjangan merupakan penyakit yang dikenali sebagai migrain. Jom ketahui apakah punca yang boleh menyebabkan penyakit migrain menyerang kita. Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila masa sahaja.Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam,ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.

Apakah Punca Sakit Migrain? Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
Ketahui PUNCA kenapa MIGRAINE berlaku:
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.
Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
1 ) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2)  Sakit kepala di sebabkan migrain
3 ) Sakit kepala di sebabkan sinus
Untuk mengelakkan MIGRAINE elakkan daripada:
·         Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
·         Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
·         elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
·         Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
·         Stress dan tekanan
·         Jadual tidur yang tak tetap
·         Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Supplemen shaklee yang dicadangkan in syaa Allah dapat membantu untuk atasi masalah migraine:



1) Ostematrix -Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.
2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986


Tuesday, February 11, 2014

Apakah Punca Pening Kepala?

KEBANYAKAN ibu bapa runsing apabila anak kecil mereka mengadu pening atau sakit kepala. Masalah pening dan sakit kepala bukan masalah biasa bagi kanak-kanak, walaupun ia perkara lazim di kalangan remaja dan dewasa.

Mengikut statistik, lebih kurang 20 peratus kanak-kanak mula mengadu pening kepala ketika berusia tujuh tahun dan 70 peratus mengadu perkara sama apabila menjangkau usia 14 tahun. Masalah ini mungkin merunsingkan ibu bapa apabila berlaku pada anak yang terlalu muda. Malah, pengamal perubatan menganggap penentuan sama ada anak benar-benar pening kepala sebagai perkara rumit.

Selain sejarah lengkap mengenai masalah pening kepala yang dialami kanak-kanak berkenaan, pemeriksaan rapi dan beberapa ujian mungkin perlu dilakukan untuk memastikan masalah sebenar.

Sebagaimana orang dewasa, empat jenis punca pening kepala boleh berlaku pada kanak-kanak dan remaja, iaitu intrakranium, ekstrakranium, organik dan psikogenik.

Intrakranium boleh disebabkan jangkitan seperti encephalitis, meningitis atau abses (pengumpulan nanah daripada tisu rosak atau jangkitan) pada otak, ketumbuhan dalam otak, masalah trauma seperti pendarahan di luar selaput otak dan pendarahan di dalam otak atau migraine (disebabkan dilatasi atau pengembungan saluran darah ke otak).

Ekstrakranium pula boleh berpunca daripada ketegangan otot pada bahagian kepala, rabun, sinus atau jangkitan telinga, sakit gigi atau masalah tulang sendi leher.

Organik pula boleh disebabkan demam panas, darah tinggi, penyakit lupus atau neurofibromatosis. Psikogenik pula boleh berpunca daripada masalah ketegangan (tekanan) atau kemurungan.

Daripada kajian yang dijalankan, kebanyakan ibu bapa risau jika masalah pening itu disebabkan ketumbuhan otak. Namun, hanya sebilangan kecil gejala pening kepala berpunca daripada masalah itu.

Kanak-kanak atau remaja yang mengalami masalah pening kepala berterusan akan diperiksa secara mendalam.

Ibu bapa dan kanak-kanak akan ditanya bila dan berapa lama pening berlaku, adakah ia boleh hilang dengan pengambilan ubat atau faktor yang boleh meringankan pening kepala (seperti tidur atau ada dalam bilik gelap).

Pesakit juga akan ditanya mengenai faktor yang boleh menyebabkan pening kepala bertambah (seperti pengambilan makanan tertentu).

Di samping masalah pening kepala, kanak-kanak akan ditanya jika mengalami masalah pandangan kabur, sakit gigi, telinga atau lemah pada sebahagian badan. Malah, ibu bapa juga ditanya jika ada ahli keluarga mengalami masalah sama.

Pemeriksaan tinggi dan berat badan anak anda akan diambil. Pemeriksaan tekanan darah, kulit, mata, telinga, gigi dan pemeriksaan sistem saraf juga akan dilakukan untuk memastikan punca pening kepala.

Ujian selanjutnya hanya akan dilakukan jika punca pening kepala tidak dapat dikesan atau disyaki ada masalah ketumbuhan otak. Ujian paling biasa dilakukan untuk memantau masalah ketumbuhan dalam otak adalah imbasan kepala.

Masalah migrain biasa terjadi, terutama kepada kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang ada sejarah migrain. Berita baiknya, simptom migrain biasanya tidak berlaku sepanjang hayat dan berakhir lima hingga tujuh tahun kemudian.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pening kepala harus mengelakkan pengambilan minuman mengandungi kafien atau makan keju berlebihan, coklat atau masakan yang banyak meletakkan perisa makanan. Di samping itu, ibu bapa dinasihatkan memastikan anak mereka mendapat tidur cukup.

Kanak-kanak akan dirujuk kepada pakar tertentu jika pening kepala mereka berpunca daripada masalah telinga, gigi, mata atau barah otak.

Jenis rawatan bergantung kepada punca masalah pening. Biasanya, kanak-kanak yang mengalami masalah pening akan dibekalkan ubat-ubatan tertentu seperti paracetamol, ubat tahan sakit dan jika pening kepala berpanjangan, ubat prophylaxis migraine mungkin dibekalkan.

Penting bagi kita melatih anak mengamalkan cara hidup sihat sejak kecil, mendapat tidur cukup dan memakan makanan berkhasiat. Amalan hidup sihat dapat mengurangkan kebanyakan punca pening kepala yang disebutkan di atas

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Pening Kepala, Penglihatan dan Fakta Berkaitan

Sakit Kepala. Pening/sakit kepala ni selalu dikaitkan dengan masalah penglihatan... Kalau korang pegi klinik untuk mengadu pasal pening kepala, mesti doktor tuh akan suruh korang cek mata untuk pastikan mata korang ade 'power' atau 'degree' yang memerlukan korang untuk memakai cermin mata... 

Walaupun sakit kepala dianggap sinonim dengan pemakaian cermin mata, tidak semestinya korang akan end up dengan pemakaian cermin mata secara berterusan jika korang mengalami pening kepala yang kerap... Ada sebab atau faktor lain yang boleh menyebabkan korang sakit kepala atau migrain... Kali ni aku nak fokuskan masalah pening kepala secara umum supaya korang mendapat gambaran jelas tentang masalah ini....

Sakit Kepala (headache) adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.

Berikut adalah jenis2 sakit kepala :

• Sakit kepala akut (tiba2)
• Sakit kepala kronik atau berulang2 serta berpanjangan
• Migrain
• Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit Kepala Akut

Sakit kepala kategori nih berlaku hanya sesekali dan tidaklah berpanjangan. Sakit kepala jenis ni mungkin disebabkan oleh:

.......Jangkitan virus ringan seperti selsema dan demam selsema, termasuk jangkitan
penyakit berjangkit yang serius seperti demam denggi, malaria dan demam kepialu.

.......Jangkitan otak yang akut. Kanak-kanak yang mengalami jangkitan di otak seperti meningitisatau encephalitis mengalami sakit kepala yang teruk serta rasa mengantuk, sawan dan muntah2

Masalah gangguan telinga tersumbat ( glue ears ) dan jangkitan telinga.

Masalah pada sinus iaitu laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak2 akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan
dipenuhi cecair atau lendir. Keadaan ini dikenali sebagai sinusitis (resdung)

Masalah penglihatan atau kesihatan mata. Sakit kepala boleh jugak terjadi bile otot2 di sekeliling mata menjadi penat. Keadaan ini mungkin berlaku apabila seseorang mengalami masalah rabun atau lapisan kornea yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat. Glaucomapulak ialah satu keadaan apabila tekanan di bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala sebabkan sakit kepala

Masalah gigi dan gusi. Gigi bernanah atau jangkitan gusi boleh menyebabkan sakit kepala

Perhatian!!!!  : Semua kanak-kanak yang mengadu sakit kepala perlu diperiksa oleh doktor.


Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang

Sakit kepala yang berlaku berulang kali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang
dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau
sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti
ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi
otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang
penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak2
yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang nih mempunyai migrain atau sakit
kepala disebabkan ketegangan.


Migrain

Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk2 sebelah kepala. Ianya bermula di
bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua2 belah kiri dan kanan kepala. Kanak2 juga akan merasa loya dan muntah. Kanak2 mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu
ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan
suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan
sakit kepalanya semakin teruk.

Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak2. Ia juga dikenali sebagai sakit
otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot2 di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit
kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi
yang tegang di sekolah atau di rumah....


Secara umumnya faktor seperti stress, cahaya terang, suasana persekitaran yang tidak tenang boleh menyebabkan pening kepala. Jika pemeriksaan mata oleh optometris mendapati korang tidak perlu memakai cermin mata, kesan lah sebab lain kenapa anda mengidap pening kepala... Jumpe kembali doktor untuk mengenal pasti sebab2 lain yang mengakibatkan sakit kepala korang... Terangkan pada doktor tentang status tekanan korang semasa di tempat kerja dan persekitaran hidup korang supaya doktor dapat membuat pemeriksaan lanjut...

Jika korang didapati memerlukan preskripsi cermin mata. kenela korang memakai cermin mata sepanjang masa untuk merelakskan mata yang stress akibat cuba melihat objek2 yang korang tak mampu lihat... Rabun Jauh dan Dekat serta astigmatism haruslah dibetulkan dengan cermin mata atau kanta sentuh.... Jika semua ukuran dan parameter cermin mata diukur dengan tepat, masalah sakit kepala akan hilang dengan sendirinya dengan syarat korang perlu memakai selalu cermin mata yang korang buat.... Jumpala Optometris supaya masalah sakit kepala akibat rabun dapat dirawat dengan sempurna... 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Thursday, February 6, 2014

BAGAIMANA UNTUK MENGUBATI MIGRAIN ?

Anda selalu berasa sakit kepala? kekadang berjam jam dan berhari hari?

anda mungkin menghadapi migrain. Bagaimana untuk mengurangkan migrain ini. JOm, kita cuba langkah langkah tersebut.

ada 3 cara dan penyelesaian dan kaedah untuk anda ikuti sekiranya anda terkena serangan migrain iaitu :-

1) Dapatkan Rehat yang Cukup
2) Dari sumber pemakanan dan minuman
3) Rawatan susulan

Migrain boleh menjadi masalah yang sangat melemahkan dan menyakitkan. Kira-kira dua pertiga daripada penghidap migrain tidak dapat berfungsi pada tahap yang normal apabila mereka mendapat serangan migrain. Walau bagaimanapun , terdapat banyak ubat-ubat yang agak mudah yang boleh dilakukan di rumah yang boleh mengurangkan atau benar-benar mengurangkan kesakitan migrain anda.

Kaedah 1 : Dapatkan Rehat Yang Cukup
-Dapatkan tidur yang nyenyak. Perubahan dalam corak tidur, perubahan jadual kerja dan jet lag boleh menjejaskan kualiti kitaran tidur dan menjadi pencetus migrain. Anda harus cuba untuk mengekalkan jadual tidur yang tetap. Bangun dan tidur pada masa yang sama setiap hari jika boleh.

Suasana Bilik Yang Gelap
- Pastikan untuk berehat di dalam bilik yang gelap . Cahaya kadang-kadang memburukkan gejala migrain.

Usaha untuk tidak melambatkan waktu Tidur
- Walaupun ia mungkin kelihatan seperti ganjaran untuk berehat dan tidur, memberi diri kekecewaan bahawa selepas tekanan adalah pencetus biasa kerana ia memberi kesan kepada corak tidur anda. Jika anda benar-benar mesti tidur lewat pada hujung minggu , cuba tidur dengan sedikit kecil tetingkap anda terbuka untuk membolehkan udara masuk.

Kaedah 2 : Makanan Dan Minuman

Ambil MInuman Berkafein.
Ia adalah satu sebab anda mengalami sakit kepala : menelan terlalu banyak kafein dan anda boleh mendapat sakit kepala, tetapi mengambil sedikit dan ia boleh membantu membuat kesakitan hilang. Kajian telah menunjukkan bahawa aspirin dan ibuprofen lebih berkesan apabila digabungkan dengan kafein. Jadi, jika anda mengambil aspirin atau ibuprofen pada permulaan migrain, minum bersama dengan secawan kopi.

Jangan Melengahkan Waktu Makan.
- Melengahkan waktu makan boleh mencetuskan serangan migrain. Makan makanan yang lebih kecil sepanjang hari atau pastikan untuk makan tiga kali makan .

Fahami Apa Yang Anda Makan
- Makanan dan minuman tertentu mencetuskan serangan migrain dalam kira-kira 10 peratus daripada penghidap migrain. Ia boleh mengambil masa dari 30 minit hingga 12 jam untuk makanan yang menyebabkan reaksi. Jika anda mendapat migrain, berfikir kembali apa yang anda makan dalam jangka masa dan cuba menghapuskan beberapa makanan-makanan daripada diet anda.

Mengambil Makanan/Bahan Yang Pedas.
- Bahan panas di lada merah, capsaicin, adalah ubat penahan sakit hebat dan boleh membantu orang-orang yang mempunyai migrain berasa lebih baik semasa serangan. Anda tidak perlu untuk memasukkan lada merah dalam semua makanan anda. Anda boleh membeli lada cili merah kapsul di kedai-kedai makanan kesihatan.

Kaedah 3 : Rawatan Susulan

Pek Ais
- Berbaring dan meletakkan pek ais atau jaram di kepala anda . Tutup mata anda semasa melakukan itu.

Air Ais
- Rendam satu atau kedua-dua tangan anda di dalam air ais selama yang anda boleh tahan .KEtika tangan anda di dalam air , genggam ais ke dalam tangan dan membuka dan menutup mereka berulang kali . Ia boleh mempunyai kesan yang sama seperti memampatkan di kepala anda .

Mengambil Riboflavin
- Kajian telah menunjukkan bahawa mengambil 400 miligram sehari riboflavin boleh membantu menghapuskan migrain.

Ubatan Ubatan di Farmasi
- Tylenol dan Ibuprofen sering mungkin berkesan dalam merawat migrain peringkat rendah. Ia sering membantu jika anda ingin tidur selepas mengambil ubat-ubatan .

Check paras progesteron anda. Dalam beberapa kes, tahap rendah hormon progesteron muncul untuk meningkatkan kekerapan dan keterukan migrain. Jika anda seorang wanita, dan migrain anda berlaku lebih kerap dalam 2 minggu sebelum haid , tanya doktor anda untuk memeriksa paras progesteron anda (nota: ramai doktor tidak menyedari pautan ini, tetapi jika tahap anda didapati rendah, mereka boleh bersedia untuk menetapkan suplemen ).

Jumpa doktor anda. Jika simptom anda tetap sama atau mendapatkan semakin lebih teruk , doktor anda mungkin mahu memberi anda ubat preskripsi migrain atau cuba bentuk lain rawatan


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986