Kelahiran Normal
Penurunan berat
badan yang ketara.Berat bayi 7 – 9 paun, berat uri 1 ke 2 paun dan
sekurang-kurangnya 1 paun darah dan air ketuban menyebabkan kebanyakan wanita
lebih ringan 12 paun. Berat akan makin menurun. Sepanjang mengandung, sel badan
bekerja keras untuk menyimpan air, dan kini semua lebihan cecair ini akan
keluar melalui peluh dan air kencing.
Pengecutan Rahim
Kontraksi rahim
tidak terus berhenti selepas kelahiran. Selepas beberapa minit ia mula mengecut
seperti mana berlaku ketika menolak bayi keluar dan menyebabkan kekejangan.
Selepas seminggu, saiz rahim adalah separuh dari saiz ketika bersalin, dan
dalam masa 2 minggu menurun kepada 11 auns. Pada minggu ke 4, saiznya kembali
kepada asal sebelum mengandung iaitu seberat 2 auns. Tetapi bilangan sel dalam
rahim tidak terus menurun. Pecahan kimia protein didalam sel menyebabkan
rahim menurun menjadi 1/10 saiz pra bersalin.
Lapisan dalam sel
rahim (endometrial deciduae) yang menegang ketika mengandung mula melonggar dan
keluar dari badan anda. Ini menyebabkan lelehan seperti darah period (lochia)
keluar selama beberapa minggu. Mula dengan warna merah dan beransur-ansur cair
warnanya, dan menjadi kuning keputihan sebelum berhenti.
Organ-organ dalaman
Semasa
rahim membesar ketika mengandung untuk menampung pembesaran bayi, ia menolak
organ-organ anda termasuk perut, usus, pundi kencing dan jantung ke atas dan
keluar. Selepas bayi keluar semasa bersalin, ia tidak mengambil masa yang lama
untuk organ-organ ini kembali ke tempat asalnya. Keadaan ini menyebabkan usus
dan pundi kencing tidak dapat dikawal. Namun keadaan ini berlaku sementara
sahaja dan semua akan kembali kepada keadaan asal dalam masa beberapa minggu.
Perubahan Hormon
Semasa
mengandung hormon estrogen membenarkan sel berehat, menegang dan menyimpan
air dan menurun secara mengejut selepas bersalin (menurun 90 % dalam masa 3 jam)
menyebabkan tisu lembut dan lembab. Hormon progestron memegang urat-urat rahim
sehingga tiba masa untuk bersalin. Apabila tahap progestran menurun secara
mengejut selepas bersalin, setengah- setengah proses semulajadi yang
diberhentikan atau diperlahankan ketika mengandung bermula semula. Contohnya
keguguran rambut. Ramai wanita kehilangan sel-sel badan tertentu anda
dalam 3 bulan selepas bersalin. Hormon mengandung juga menukar buah dada menyebabkan
pembentukan saluran selular dan bonggol pengeluran
susu. Apabila tahap estrogen dan progestron menurun selepas bersalin,
hormon prolactin dan oxytocin dengan gabungan hisapan bayi anda menstimulasikan
pengeluaran susu. Bagi sesi penyusuan badan yang pertama menyebabkan kekejangan
abdominal, ini kerana oxytocin juga menyebabkan kontraksi rahim.
Perubahan hormon
postpartum memberi kesan kepada system saraf juga menyebabkan ibu mengalami
perubahan emosi dalam masa bulan pertama atau seterusnya selepas
bersalin. Adalah normal untuk berasa bimbang, sedih dan mudah menangis
dalam masa beberapa minggu pertama. Simptom
yang dikenali sebagai ‘baby blues’. Tetapi jika perasaan ini tidak hilang dalam
masa 2 minggu, beritahu doctor anda. Anda mungkin mengalami masalah yang lebih
serius, iaitu kemurungan postpartum.
Bersalin secara cesarean
Jika anda mengambil epidural
atau spinal untuk pembedahan cesarean, doktor anda akan memberi morfin untuk
melegakan kesakitan untuk sehingga 24 jam. Setengah doktor akan membiarkan
epidural berterusan selama 12 ke 24 jam selepas pembedahan untuk memberikan
anda ubatan yang diperlukan. Apabila sistem regional analgesia anda tidak lagi
memberi kelegaan kepada kesakitan, anda akan diberi ubat sakit sistemik iaitu
pil yang mengandungi narkotik.
Anda akan merasa penat dan
loya selepas pembedahan. Loya akan berlarutan sehingga 48 jam, tetapi anda akan
diberi ubat untuk melegakan ketidakselesaan anda. Ramai juga yang akan berasa
gatal terutama mereka yang menerima narkotik ketika epidural atau spinal. Jika
ini berlaku beritahu doktor anda dan anda akan diberi ubat untuk melegakan rasa
gatal tersebut
Jika anda bercadang untuk
memberi susu badan, anda boleh mulakan selepas bersalin. Minta jururawat
menunjukan cara penyusuan posisi ‘side-lying’ atau mengunakan ‘football hold’.
Ini tidak akan memberi tekanan kepada tempat bedahan anda.
Anda mungkin akan berasa kebas
dan sakit ditempat bedahan dan parut akan timbul sedikit, membengkak dan gelap
dari kulit asal anda. Bersin, batuk dan lain-lain lagi yang menyebabkan tekanan
pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit pada mulanya. Tetapi
lama-kelamaan anda akan berasa semakin baik dari hari ke hari.
Seperti mereka yang bersalin
secara normal anda juga akan mengalami lelehan darah dari kemaluan (lochia)
yang mengandungi darah dan tisu-tisu yang melekat pada dinding rahim anda.
Jururawat anda juga akan mengajar anda untuk batuk atau senaman pernafasan
untuk mengembangkan paru-paru dan membuang cecair yang terkumpul. Ini
mengurangkan risiko pneumonia. Pastikan anda menggunakan tangan atau bantal
untuk menyokong tempat bedahan apabila anda batuk(bersin atau ketawa
juga).
Anda mungkin mengalami masalah
angin 2 hari pertama. Angin terjadi kerana usus adalah lemah selepas
pembedahan. Bangun dan bergerak akan membantu sistem penghadaman bergerak semula.
Jika anda berada dalam keadaan sangar tidak selesa, ubat yang mengandungi
simethicone akan diberi untuk mengeluarkan gas. Simethicome adalah selamat
diambil ketika penyusuan badan.
Anda digalakkan untuk bangun
dari katil pada hari pembedahan atau pada keesokan harinya. Tetapi jangan
mencubanya seorang diri, pastikan jururawat berada dengan anda untuk kali
pertama. Benarkan darah mengalir di kaki dengan cara mengerakkan kaki anda,
memusingkan sendi dan bergerak atau meregangkan kaki anda. Pada hari kedua,
anda perlulah berjalan sedikit dengan bantuan seseorang. Ini menolong
pengaliran, membuat usus kurang lemah dan mengurangkan risiko berlaku darah
beku. Bergerak adalah penting untuk anda pulih.
Selepas 3 ke 4 doktor mungkin
akan menanggalkan sutures atau kokot. Hanya mengambil masa beberapa minit dan
akan berasa sedikit cubitan tetapi tidak sakit.
Anda mungkin memerlukan ubat
tahan sakit untuk beberapa minggu selepas pembedahan. (Jika anda menyusu badan
jangan mengambil aspirin atau dadah yang mengandungi asid
acetylsalicylic).
Minum dengan banyak supaya
anda tidak mengalami sembelit. Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda
jangkitan termasuk kemerahan atau membengkak di tempat bedahan atau demam
walaupun tempat bedahan kelihatan baik.
Pendarahan dan lelehan patut
berhenti walaupun mengambil masa sehingga 6 minggu. Ia sepatutnya beransur
tukar dari warna merah kepada merah cair dan kuning keputihan. Jika pendarahan
seperti period berterusan selepas 4 hari atau datang semula selepas berkurangan
hubungi doktor anda.
Anda perlu mendapatkan rehat
yang mencukupi semasa di rumah. tetapi anda juga perlu bangun dan
berjalan-jalan namun jangan keterlaluan. Mulakan secara perlahan-lahan dan
tingkatkan aktiviti anda berperingkat. Elakan mengangkat benda berat lebih dari
bayi anda untuk selama 8 minggu.
Dalam 6 ke 8 minggu dengan
kebenaran doktor, anda akan boleh mula melakukan senaman yang sederhana. Ia
mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke bentuk asal.
Parut akan kelihatan timbul
sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda, tetapi ia akan mengecut
dalam masa 6 minggu. Bedahan adalah sepanjang 4 ke 6 inci panjang dan 1/8 inci
besar. Apabila tempat bedahan semakin pulih, warna parut akan menghampiri warna
asal kulit dan mengecil menjadi 1/16 inci besar. parut ini juga biasanya
terletak dibahagian bawah perut.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
No comments:
Post a Comment