Apakah cara untuk merawat dan mengelakkan terjadinya Fibroid?
FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA dan ia BUKAN KANSER.
Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak
menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan ,
30% wanita ada tumbuhan fibroid
Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul-ketul.
Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan
fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim,
khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan.
1. Lapisan paling luar lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.
2.
Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh
mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika
kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan
menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan
kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh
berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi
tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
3.
Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering
berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak
hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia
akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran
antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium,
lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini
dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor'
sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan
tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai
orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada
lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah
diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang
lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25
peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit
fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat
rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan
sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang TIDAK BERKAHWIN atau LAMBAT KAHWIN dan juga yang berkahwin tetapi SUKAR MENGANDUNG
dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang
mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan
fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis
penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan
berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan
persekitaran rahim.
Mana
yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah
diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering
berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang
pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid.
Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga
puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka
telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka
mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka
mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila
diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada
orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada
ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa
wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron.
Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras
progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu
selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan
yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak
mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan
berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa,
ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau
kemandulan.
Di Shaklee, kami mencadangkan untuk mereka-meraka yg menghidapi fibroid utk mengambil GLA COMPLEX dan vitamin ACE iaitu CAROTOMAX(VIT A), VIT C, VIT E dan add on Vivix pun boleh.
No comments:
Post a Comment