Wednesday, April 17, 2013

VIitamin Antioksidan

KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN

Apa itu "Radikal Bebas"?

Radikal Bebas = Oksidan tidak terkawal yang merosakkan sel!


Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik kerana radikal bebas antioksidan.

Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronis seperti kanser, penyakit jantung, dan alzheimer.

Antara perkara-perkara yang menambahkan kuantiti radikal bebas di dalam badan ialah:
  1. Merokok
  2. Pencemaran udara
  3. Penyakit kronik
  4. Penyakit berjangkit
  5. Perokok sekunder
  6. Menopause
  7. Tekanan perasaan (stress)
  8. Pendedahan kepada cahaya matahari
  9. Sinaran X-ray
  10. Diet carcinogens (Pengambilan makanan yang digoreng pada suhu tinggi, dibakar dengan arang, atau daging yang dirawat).
  11. Cara penyediaan makanan yang salah. Contohnya: Lobak yang dimasak membekalkan lebih bio-tersedia Beta-Carotene, berbanding Lobak yang belum di masak. Haa, bukan semua makanan yang tidak di masak itu baik, ya!)


Pencegahan?

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.


Antioksidan

Walaupun kita boleh mendapatkan sumber antioksidan daripada pemakanan harian, kebanyakan dari kita sebenarnya memerlukan lebih dari jumlah antioksidan yang kita perolehi hanya dari diet harian. Contohnya, perokok memerlukan 2 atau 3 kali ganda Vitamin C untuk mendapatkan paras darah berantioksidan yang sama seperti orang yang tidak merokok!

Antioksidan adalah zat yang dapat mencegah atau menghambat proses oksidasi. Antioksidan akan mendermakan satu elektronnya kepada radikal bebas untuk meneutralkannya kembali. Bagi tubuh manusia, antioksidan akan melindungi sel-sel dari efek berbahaya radikal bebas yang boleh merosakkan sel2 tersebut.

Terdapat banyak sumber makanan yang mengandungi antioksidan, termasuklah sayur-sayuran, kekacang, minyak ikan, bawang putih dan lain-lain. Perlindungan terhadap radikal bebas ini perlu berterusan dan konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, pelbagai supplement telah diproses utnuk memudahkan kerja anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang...!

Berikut adalah beberapa supplement yang merupakan vitamin antioksidan.

(1) Pastinya gabungan terbaik ACE - CarotoMax, Vita-C dan Vita-E!
ATAU
(2) Vivix, yang kaya dengan kandungan Resveratrol yang tinggi!
*Note: Vivix TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung dan menyusu!

TAHUKAH ANDA?

Suplemen antioksidan TIDAK BOLEH diambil oleh orang yang sedang menjalani kemoterapi atau rawatan radiasi.

Ini kerana, rawatan-rawatan ini berfungsi dengan menghasilkan radikal bebas untuk memusnahkan sel kanser. Maka, suplemen antioksidan hanya akan mengurangkan dan menggangu 'radikal bebas ini' berfungsi dengan efektif!

No comments:

Post a Comment