Tuesday, April 23, 2013

ESP (Soy Protein Isolate Powder)


ESP (Soy Protein Isolate Powder)

♥ PERBEZAAN SHAKLEE  ♥
  Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kuantiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

♥ Manfaat Utama ESP ♥

Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dll. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol dan mencegah risiko osteoporosis serta sakit jantung.
Baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
Kulit remaja – merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.
Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baikuntuk kekal bertenaga, mecegah migrain, imsomnia dan tekanan.
Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

♥ Fakta Nutrisi di dalam ESP ♥

Kepentingan protein:
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ dan kematian.

Apa itu asid amino?:
Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggan kepada pengeluarannya.

SUMBER: Buku Panduan Nutrisi

♥ 7 Panduan Untuk Memilih Suplemen Protein Soya ♥

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik
    Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik? Sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrat. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran kacang soya ini.
  • Kacang soya itu mestilah non-GMO (non-Genetically Modified Organism iaitu tak dihasilkan secara genetik)
    Kenapa kacang soya mestilah non-genetic engineered? Sebab secara umumnya, kacang soya yang dari jenis genetik ni adalah murah untuk dihasilkan (lebih kurang macam vitamin sintetik dan vitamin semulajadi) dan kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos, oleh itu semestinya menggunakan kacang soya yg dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, seorang Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.
  • Protein Soya itu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
    Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol
    Alkohol tu haram yelah satu hal juga. Tapi kalau dicuci dengan alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone, up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dll. Isoflavone juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan 
    Soya yang mentah mengandungi sebatian "anti-growth" & "anti-tyrosine". Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the highest level of amino acids and isoflavones which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan
    Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some essential amino acids. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium
    Kajian/artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya itu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium ini.
♥ Khasiat & Kelebihan ESP ♥

1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
2. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. 4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat. 9. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment