Kualiti susu ibu memang tak boleh disangkal oleh sesiapa. Tapi bagaimana dengan penyusuan berkualiti?
Penyusuan berkualiti menentukan keberkesanan dalam satu-satu proses penyusuan ibu dari kala bayi dilahirkan hinggalah putus susu. Penyusuan berkualiti adalah tatacara penyusuan yang mengikut lunas2 penyusuan ibu yang sebenarnya. Berikut konsep penyusuan susu ibu dan inilah yang saya lakukan dan boleh dapat 12oz dalam 10 minit:)
- Supply berkadar langsung dengan demand. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan
- Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu
- Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)
- Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal2 menyusukan bayi/pam dengan kerap
- Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan
- Hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat
- Sentiasa dalam keadaan tenang, tidak stress, relax
- Tidak mengeruhkan hubungan dengan sesiapa hanya kerana dia menyusu badan
- Tetap aktif dan cerdas
- Tidak mengalami sebarang masalah kerana penyusuan
- Mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang
- Menikmati kehidupan berumahtangga yang lebih baik dengan kehadiran cahaya mata
- Lebih tabah menghadapi cabaran
- Tetap cantik!
- Ibu tidak menjaga pemakanan. Makan ikut sempat dan ikut sedap saja.
- Ibu tidak menjaga waktu rehat. Jaga bayi memang susah nak rehat, tapi waktu2 free tak digunakan dengan baik.
- Ibu kerap merungut dan mengeluh kerana penat menjaga bayi.
- Ibu hanya suka makan makanan untuk memperbanyakkan susu daripada makanan seimbang.
- Ibu hanya fokus kepada anak dan penyusuan, hingga melupakan kebajikan diri sendiri.
- Ibu masih mempunyai suami, seorang isteri hendaklah sentiasa kelihatan cantik dan sihat untuk melayan suami.
- Ibu bakal mempunyai ramai lagi anak untuk disusukan. Kalau dah full swing untuk anak yang ini, adik-adiknya nanti entah macamana la rupa ibunya.
- Ibu perlu menguruskan rumahtangga. Kalau ibu dah exhausted, siapa nak uruskan hal-hal lain?
- Bebas dari stress
- Sentiasa bertenaga
- Sentiasa sihat wal afiat
- Tidak mengalami masalah keguguran rambut, gigi tanggal, kulit kusam, muka pucat, dan sebagainya
- Sentiasa aktif, cergas dan cerdas
- Lebih berkeyakinan untuk terus menyusukan anak
- Menikmati kehidupan yang lebih baik dan rehat yang berkualiti
- Senang tidur
- Lebih mudah menyelesaikan masalah
No comments:
Post a Comment