Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit khasiat dan kebaikan Vitamin E...vitamin
kegemaran semua orang!!! Rugi tau siapa yang tak cuba vitamin E
nih..selain untuk pastikan kulit sentiasa cantik tanpa kesan parut, ia
juga boleh dikatakan sebagai 'sex food' bagi pasangan suami
isteri..(^-^)v
Kita
sering mendengar tentang ‘ubat kuat untuk lelaki’, dan yang paling
selalu disebut ialah Viagra. Viagra dikatakan membantu seorang lelaki
mencapai tahap seksual yang memuaskan.
Namun
tahukah anda hakikatnya segala yang memberi kebaikan, termasuk dalam
perhubungan suami isteri, adalah terkandung dalam zat makanan
sehari-hari. Pastinya bukanlah ubat-ubat perangsang yang memberi kesan
sampingan kepada kesihatan.
Perkara
paling asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan biologi ialah dengan
mengurangkan kebergantungan kepada bahan yang memberi kesan kepada
tubuh. Sebaiknya berusaha dengan bahan-bahan natural, dan seeloknya
bahan makanan.
Dalam
menyelesaikan masalah kelelakian suami, sebenarnya rahsianya terkandung
dalam Vitamin E. Malah vitamin E merupakan salah satu bahan (selain
bahan2 dari sumber bahan perangsang) dalam Viagra.
Bantuan Vitamin E terhadap masalah kelelakian:
- Lebih tenaga (seksual)
- Ereksi yang lebih lama
- Lebih mudah terangsang
- Libido yang lebih kuat
- Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
Vitamin E juga membantu seorang isteri menstabilkan hormonnyasekaligus meningkatkan citarasa seksual. Mungkin vitamin E boleh diberi jolokan ‘vitamin malam Jumaat’ *hehehe*
Selain itu, Vitamin E merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mengelakkan masalah berkaitan kanser prostat, kanser payudara, kanser serviks dan ovari.
Jadikan
hubungan anda dengan pasangan lebih meriah tanpa perlu mengambil
bahan-bahan terlarang, mahupun diragui. Dapatkan sebotol vitamin E dan
amalkannya, mengikut kajian, hasilnya akan dirasai dalam masa satu
minggu.
No comments:
Post a Comment