Tidak semua
penawar utk morning sickness ini berkesan utk semua, akan tetapi...pasti
adakan yang sesuai untuk anda. Lagipun..setelah 7-8 bulan nanti permata
hati anda dan pasangan akan lahir...subhanallah... :)
Satu hari yang indah bagi ibu yang mengalami morning sickness/loya pening mabuk di awal kehamilan.
PAGI HARI
Disarankan agar bakal ibu mengambil lebih masa untuk berbaring di atas
katil sebelum bangun untuk rutin harian. Jika biasanya alarm di setkan
pada jam 5 pagi, awalkan sejam...jam 4 pagi. Sediakan air kosong di tepi
katil dan teguklah sedikit air sebelum ke bilik air. Bangun dengan
berhati dan gerak perlahan untuk mengelakkan perubahan posisi secara
tiba-tiba. Pasti ada ketika anda pernah mengalami rasa pening akibat
bangun secara tiba-tiba dari satu posisi duduk? Ahaa...itu perlu
dielakkan bagi bakal ibu dan juga siapa sahaja. Not good for the
circulation system. Apabila sudah bangun...senyumlah seketika...:)
owhh...ini memang bagus diamalkan untuk memberi motivasi pada sistem
tubuh...serta ucapkanlah doa bangun tidur.
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.
TENGAHARI
Makanlah
hidangan bersaiz kecil untuk mengelakkan terlalu kenyang atau lapar.
Progesterone (yang meningkat ketika kehamilan) melambatkan pergerakan
makanan melalui trek pencernaan anda :).
Minumlah air
stgh jam sebelum makan atau selepas makan. Makan sambil minum tidak
digalakkan...bukan sahaja untuk bakal ibu malahan untuk semua. Ini
kerana ia akan merendahkan kepekatan enzim pencernaan dalam sistem badan
kita. Juga, bawalah bersama sebotol air kosong untuk diminum untuk
mengelakkan dehidrasi.
Tips: Jumlah air yang perlu diminum : setiap 25 kg berat anda, memerlukan 1 liter air sehari...
Berehatlah
secukupnya apabila ada kesempatan. Jika anda bekerja, tentu anda tahu
bila dan bagaimana untuk berehat...owhh..dan mengaktifkan diri juga
boleh 'melupakan' anda tentang morning sickness yang dialami. Akan
tetapi, tidur selepas makan boleh dielakkan....loya yang dialami akan
menjadi lebih teruk...
Bakal ibu pasti
boleh mengenalpasti bauan atau makanan yang akan menerukkan loya dan
pening anda...oleh itu...jauhi diri dari semua anasir tersebut.. :).
Tempat yang panas dan tidak selesa juga mungkin boleh menambahkan loya
anda...so..say NO to Pasar Malam for few weeks? :D
PETANG HARI
Untuk makan
malam, lebihkan makanan berunsur sup dan gril- palingkan seketika selera
anda dari makanan yg pedas, berempah dan berminyak. Sediakan makanan
yang tidak mempunyai bau yg kuat. Ada bakal ibu yang diuji dengan tidak
boleh langsung menumis utk memasak...owhh...oven...pengukus...pemanggang
ajaib...kan ada :) boleh sahajakan menggunakan alternatif
sebegini...dan tentu sahaja bakal bapa yang membaca artikel ini berazam
untuk membantu meringankan beban isteri di rumah ketika isteri tersayang
mengalami alahan sebegini...owh..jika bakal bapa sekalian mampu memandu
kereta, belajar sehingga ke menara gading..memasak itu...'mcm kacang'
jelah...mari ye bakal bapa sekalian...mari berkempen di dalam hati..."
marilah membantu isteri tersayang yang sedang mabuk dan loya gara2
sayang dan cinta ...sehingga mabuk kepayang...". Owhh..saya bergurau
saja :)
Dengan bantuan
dan kerjasama dari bakal bapa mithali semua..tentu bakal ibu mampu masuk
beradu lebih awal...Rehat yang cukup sangat penting... :)
TIPS: Jika bakal
ibu terjaga untuk ke tandas di waktu malam, sediakanlah makanan di tepi
katil- kurma/kismis/bijirin...utk dikudap2 bagi mengekalkan kandungan
gula dalam darah...untuk tenaga!
Makanan yang dicadangkan:
- makanan yg ringkas - sandwich, sayuran mentah, salad- sandwich itu, bukanlah semestinya sandwich berintikan sadin+ bawang+cili+jus limau kasturi...akan tetapi boleh dipelbagaikan...isikan dengan dada ayam dibakar, salad, dan juga keju (jika suka)...nyaman ahhh... :D
- makanan yang plain - sup ayam (err..bukan sup ayam mamak yg pekat, berempah dan berminyak tu ye)..singgang, kentang panggang.
- potongan sayuran dan buah-buahan.
TIPS: biar makan sedikit tetapi kerap :)
Makanan ringan yang dicadangkan:
- Kurma, kismis, badam
- Lemon (amik bau je kot...kalau bakal ibu ada masalah gastrik...jangan kunyah2 ye..nanti jus gaster banyak...lagi sakit perut)
- Teh peppermint/pudina
- Biskut kraker- ada banyak pilihan...yg tidak berminyak pun ada...berminyak dan berlemak pun ada.
- Jeli
- Pretzel- ni saranan websiter yg sy refer...jika tidak sesuai tidak perlu ikut. Errmm...kuih siput? kerepek bawang? rempeyek? hehe...
Rawatan dan supplement.
- Kajian perubatan menunjukkan bahawa halia boleh membantu mengurangkan masalah loya. Teh halia dan peppermint/pudina , atau halia yg ditumbuk dan dicampur air serta sedikit madu juga boleh membantu. Jika ingin lebih mudah, masukkan sahaja sebiji tablet peppermint ginger Shaklee ini di dalam teh anda setiap pagi :)
- pengambilan 50 mg B6 setiap hari juga akan mengurangkan loya dan muntah.
TIPS:
Bagi bakal ibu yang mengambil supplement. Ambillah supplement anda
secara berasingan sekiranya menelan akan membuatkan rasa
loya...contohnya: bagi bakal ibu yang mengambil set ibu mengandung
trimester pertama:
Vitalea- sarapan pagi
B complex dan C- pukul 10 pagi- ambil sebiji pada suatu masa. Telan dan tarik nafas secara teratur sebelum ambil yg kedua
Ostematrix- 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas makan malam.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
No comments:
Post a Comment