Monday, September 1, 2014

Penyelesaian masalah buasir ketika mengandung dan berpantang

Buasir ketika hamil dan berpantang adalah perkara biasa yang berlaku kepada 1 org daripada 10 wanita yang mengandung dan bersalin. Namun, ia begitu jarang sekali dibincangkan secara umum. Malu barangkali. Saya sendiri berpengalaman menghadapi masalah buasir ketika mengandung trimester ketiga dan berlarutan sehingga lepas bersalin. Tekanan perasaan yang sukar untuk digambarkan kerana risau "kalaulah buasir ini tidak baik semula lepas bersalin macam mana?"... 



Melalui pembacaan saya dan nasihat doktor, dikatanya ramai wanita yang sembuh daripada buasir sebaik sahaja selepas melahirkan bayi. tetapi... masih ada juga kemungkinan ianya akan berlarutan. Jom saya nak jemput kita semua kupas mengenai apa itu buasir, macam mana boleh terjadi kepada wanita hamil dan bagaimana cadangan untuk mengatasinya? 

Apa itu buasir?
Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. 

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:

-  Darah merah terang selepas anda membuang air
-  Gatal di sekeliling dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?
Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. 

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. 


Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya.
  • Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil.

Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan bayi. tapiii....ada juga kes buasir yang berlarutan sehingga menggangu keselesaan sehingga lepas bersalin dan berpantang

Sekiranya priskripsi ubat yang diberikan oleh doktor tidak berkesan atau anda sendiri segan dan malu untuk berjumpa dengan doktor, saya akan sarankan anda cuba amalkan beberapa jenis supplemen daripada Shaklee dan ternyata berkesan untuk merawat dan mengecutkan buasir. Saya sendiri mengamalkannya dan ternyata buasir baik semula selepas 2 minggu saya bersalin. Supplemen yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1) Omega Guard
 Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan bengkak.
2) Zinc Complex 

 Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Dalam kes buasir ini, zinc complex akan berfungsi untuk merawat luka akibat buasir itu tadi
3) Ostematrix


 OsteMatrix adalah lebih daripada sekadar kalsium. Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
 Untuk kes merawat buasir, ostematrix akan berfungsi untuk membantu melawaskan penghadaman dan dapat elakkan daripada berlakunya sembelit. Masalah sembelit ketika mana kita sedang mengalami buasir memang tersangat menakutkan sebenarnya. Ngeri dan trauma ketika hendak membuang. 
Jom saya kongsikan testimonial menggunakan set buasir Shaklee ketika berpantang



Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986 

No comments:

Post a Comment