Saturday, September 27, 2014

Jadual Pemakanan dan pantang larang

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Bagi setiap pelanggan mychibibox, saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi

  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron. 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

No comments:

Post a Comment