Saturday, September 20, 2014

12 Tips Diet Sihat Untuk Ibu Menyusu

Jom kita ikuti tip-tips diet yang berguna untuk ibu-ibu menyusu
 1) makanan makanan yang seimbang untuk kesihatan anda
balanced-diet
  • umum menyatakan bahawa walaupun ibu menyusu tidak mengambil makanan yang seimbang, bayi yang disusui masih lagi mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi – boleh jadi betul!
  • TETAPI anda perlu ingat! -sekiranya kita kekurangan nutrisi penting untuk penyusuan, badan kita akan mula menggunakan zat-zat yang selama ini tersimpan di dalam badan.
  • contoh yang paling senang adalah kalsium – jika anda mengandung atau menyusu bayi, tapi tidak cukup pengambilan kalsium seperti disarankan, badan anda akan mula menyerap kalsium-kalisum yang selama ini disimpan rapi di dalam tulang. ini akan menyebabkan terjadinya tulang rapuh (osteoporosis), sakit gigi dan sebagainya.
  • jangan lupa anda juga perlukan tenaga dan kekuatan yang lebih untuk menjaga bayi anda!
2) jangan kira kalori!
counting-calories
  • sebenarnya tiada nilaian kalori yang tepat untuk ibu menyusu.
  • secara kasarnya, ibu menyusu memerlukan 500 lebih kalori berbanding wanita biasa – purata dalam 2000-2500 kalori sehari
  • daripada anda mengira kalori, lebih baiklah kiranya anda mengikut sahaja perasaan lapar anda!
  • kiraan kalori yang tepat sebenarnya bergantung kepada banyak faktor – berat badan anda, aktiviti fizikal harian anda, kekerapan anda menyusukan bayi, bagaimana metabolisma badan anda berfungsi dan sebagainya.
3) pengurangan berat badan yang perlahan-lahan dan santai
  • kebanyakan ibu-ibu mengalami masalah berat badaan selepas kelahiran bayi. rata=ratanya mahu kembali kepada berat badan asal secepat mungkin – jangan!
  • turunkanlah berat badan anda secara perlahan-lahan – sematkan di fikiran bahawa anda mampu untuk kembali kepada bentuk dan berat badan asal selepas setahun melahirkan bayi.
  • anda dinasihatkan untuk tidak cuba berdiet pada 2 bulan pertama kerana ini bukan sahaja akan menyebabkan anda merasa letih, malah akan mengurangkan bekalan susu badan anda juga.
  • jangan lupa untuk kekal terhidrat dengan meminum air yang banyak!
4) pelbagaikan makanan sihat
  • ambil hidangan yang pelbagai seperti karbohidrat, protein dan lemak.
  • karbohidrat kompleks seperti bijiran dan tumbuhan serta sayuran adalah lebih baik berbanding karbohidrat ringkas seperti gula dan bahan berkanji yang diproses – ia akan menyebabkan anda merasa kenyang lebih lama.
  • pilihlah daripada semua jenis kumpulan makanan supaya anda dan bayi mendapat nutrisi dan vitamin secukupnya.
5) pilih lelemak yang baik
Good-Fats-Bad-Fats
  • bila berbicara mengenai lelemak yang baik, fikirlah tentang LEMAK TAK TEPU! – di antaranya ialah minyak kanola, minyak zaitun, ikan yang berlemak seperti salmon,avokado, kekacang dan bijirin.
  • kurangkan mengambilan lemak tepu dan lemak trans seperti daging berlemak, susu penuh krim, lepa mentega dan lemak haiwan.
  • pengambilan lemak tepu dan lemak trans bukan sahaja mengubah komposisi susu badan kepada tidak sihat, malah juga anda terdedah kepada risiko serangan jantung.
6) berhati-hati dengan toksin di dalam makanan!
  • pesticides, insecticides dan bahan-bahan kimia merupakan bahan-bahan merbahaya yang selalu terdapat di dalam kebanyakan makanan kita.
  • pendedahan minimal kepada bahan-bahan di atas merupakan langkah yang baik untuk ibu-ibu menyusu.
  • berikut adalah tips untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan-bahan merbahaya tersebut :
  1. pelbagaikan sayuran dan buah-buahan
  2. ambil cakna sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan kandungan pesticides dan elakkannya.
  3. basuh buah-buahan dan sayuran dengan bersih, lebih baik jika dikupas kulit buah-buahan tersebut. di antara buah-buahan yang tinggi kandungan pesticides nya ialah epal, celery, strawbei, pic, bayam dan anggur.
  4. pilih bahan-bahan segar tempatan. produk luar negara kebiasaannya tinggi kandungan pesticides untuk mengekalkan kesegaran buah dan sayuran. ini kerana ia perlu di import dan memakan masa yang lama untuk sampai ke negara kita.
  5. ketika memproses dan membersihkan daging, buang semua lelemak yang ada. ini kerana banyak bahan-bahan kimia tersimpan di dalam lemak.
  • minumlah air yang ditapis. elakkan dari minum air secara terus dari tap kerana kebanyakan air yang tidak bertapis mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya.
7) makan ikan – tapi pilih yang terbaik!
  • apabila anda menyusu, ianya penting untuk mendapatkan protein dari pelbagai sumber – termasuklah ikan.
  • selain sumber protein yang bagus untuk jantung, sesetengah ikan (terutamanya ikan dari laut sejuk) turut mengandungi DHA dan EPA – lemak Omega-3 yang sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi pada tahun pertama.
  • DHA juga terbukti baik untuk ibu menyusu kerana ia mengurangkan risiko ibu-ibu untuk mendapat “postpartum depression”.
  • antara ikan yang kaya dengan omega-3 ialah salmon, tuna, tilapia, keli  dan ketam.
  • tak suka makan ikan atau seafood? ambil supplemen omega-3 seperti omegaguard shaklee!
8) elakkan alkohol
  • alkohol sewajarnya dielakkan oleh ibu-ibu menyusu kerana alkohol boleh mengalir ke dalam susu ibu yang diminum oleh bayi.
  • selain bahaya alkohol kepada bayi, ibu-ibu menyusu yang minum alkohol juga akan mengalami kekurangan susu sesudah meminum minuman keras tersebut.
  • ibu-ibu sendiri juga mungkin akan merasa pening dan hilang pertimbangan diri apabila meminum alkohol, agak sukar untuk menjaga bayi dengan baik dalam keadaan seperti ini.
9) minum air yang banyak dan elakkan kafein
  • apabila menyusu badan, badan anda memerlukan secara puratanya 16oz  air sehari.
  • minumlah mengikut tahap dahaga anda. lagi banyak anda menyusukan bayi, anda akan bertambah dahaga.
  • urin yang tidak berwarna atau berwarna kuning cair menandakan bahawa air di dalam badan anda sudah mencukupi untuk anda dan untuk penghasilan susu yang optimum.
  • bagi ibu-ibu yang gemarkan minuman berkafein seperti kopi, teh, minuman coklat, minuman ringan dan sebagainya, anda disarankan untuk mengambil tidak lebih daripada 300mg jumlah kafein sehari.
  • ini kerana, kafein mengalir masuk ke dalam susu ibu dan akan terkumpul di dalam badan bayi agak lama jika bayi meminum susu ibu. umum diketahui, sistem penghadaman dan kumuhan di dalam badan bayi agak sukar untuk memproses dan mengkumuh kafein keluar dari badan mereka.
10) fikirkan perisa makanan dan minuman yang diambil
  • umumnya, tiada halangan untuk para ibu menyusu badan ini makan apa sahaja yang dihajati, asalkan ianya halal (untuk muslim) dan berkhasiat.
  • ibu-ibu bebas memilih sama ada mahukan makanan yang pedas, masam, manis dan sebagainya.
  • ianya juga bagus untuk bayi anda kerana mereka dapat merasai makanan yang berbeza-beza melalui susu ibu.
  • namun terdapat juga sesetengah ibu percaya bahawa apabila mereka mengambil makanan seperti brokoli, tauge, hasil tenusu, coklat, buahan sitrus, bawang putih atau cili, bayi mereka akan mengalami masalah kembung perut – jika ini berterusan berlaku dan hanya apabila anda berhenti mengambil makanan tersebut, bayi tidak akan mengalami masalah kembung perut, anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada mengambil makannan dari sumber-sumber tersebut.
11) teruskan mengambil vitamin – saya pilih vitamin shaklee !
  • teruskan mengambil vitamin yang diambil ketika mengandung – sekurang kurangnya untuk beberapa bulan pertama.
  • ingat! supplemen bukanlah pengganti sebenar makanan yang seimbang dan berkhasiat, tetapi ianya bertindak sebagai “insurans” atau makanan tambahan untuk badan anda kerana apabila anda menyusukan bayi, anda memerlukan lebih tenaga berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

No comments:

Post a Comment