Friday, February 2, 2018

Kebaikan Vivix Shaklee



Vivix merupakan supplemen  anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee dan ia menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dan juga awet muda.

Mengapa Vivix Sangat Bagus dan Terbaik kepada anda?

1. Kerana Vivix Melindungi dan membaiki Sel DNA.
  • Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
2. Kerana Vivix Mengawal Genetik dan Seterusnya Membantu Melambatkan Penuaan Sel.
  • Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan.
3. Kerana Vivix Membantu Meningkatkan Tenaga Dalam Sel
  • Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitichondria (penjana tenaga dalam tubuh) untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
4. Kerana Vivix Melambatkant Pembentukan AGE
  • Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation end Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sel yang mengganggu keutuhan sel dan usia kita.
  • Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan AGE.
Kebaikan Vivix yang lain juga ialah menolong membantu , menjaga dan memelihara:-

♥Kesihatan Jantung
♥Kesihatan Otak
♥Meningkatkan Sistem Imun
♥Kesihatan Sendi
♥Perlindungan Antioksidan
♥Peningkatan tenaga pada tahap sellular
♥Kesihatan yang Menyeluruh

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, jantung, masalah sendi dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Yang menjadikan Vivix lebih ISTIMEWA kerana ianya  SEMULAJADI dan juga BAHAN-BAHAN utamanya telah diuji secara KLINIKAL EKSKLUSIF untuk Shaklee.

Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda akan mendapat keahlian shaklee secara percuma!

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Thursday, February 1, 2018

Alfalfa Complex dan Vitamin C Shaklee atasi masalah resdung

Alfalfa Complex
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C

Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Testimoni Resdung 1:
"Sy mmpunyai masalah resdung yg agak kronik..tetapi...slepas sy mngambil set resdung drpda shaklee..alhamdulillah..ia brkesan dgn izin Allah..so,sy xprlu menggaru hdung sy dgn mggunakan garfu lgi ;p...tq Nik Nurul Husna" - Asyraf Alias (setelah seminggu consume)

Testimoni Resdung 2:
"Nak share jugak sikit testimoni saya sebagai seorang pengidap resdung tegar.
Dulu, tisu mmg sahabat baik saya. saya mmg tak boleh berpisah dengan tisu. kat rumah, dalam kete, dalam handbag. mesti ada tisu. kat rumah plak kotak tisu sentiasa ada kat ruang tamu, bilik, dapur....tujuan untuk memudahkan saya apabila selsema. sebab selsema mmg sahabat baik saya sekali dengan cik tisu.
Tapi Alhamdulillah....resdung yang saya hidapi selama lebih 20 tahun kini telah sembuh sejak saya mengamalkan set menyusu yg mana ada set resdung di dalamnya...ada jugakla saya selsema kdg2 tapi yang penting ia TIDAK MELARAT SEPERTIMANA DULU. bersin 2-3 kali, hembus2 hingus sikit terus baik.
kalo dulu...sorilah, kalo tisu tak habis sekotak tak sah, sampaikan suami saya yang bukan pengidap resdung pun saya tgk dah start berkawan dgn tisu...hahahaa (cam lawak) plak. tapi tulah, ALHAMDULILLAH...dah takde dah selsema kronik mcm dulu. tak larat la...sampai saya pernah kena diagnose ada ketumbuhan dalam hidung tau...astaghfirullah..." - Yati Omar

Testimoni Resdung 3:
"Alhamdulillah..sy pun pengidap resdung jugak tp xde la kronik sgt.. hehe pun baik slps amek set D+alfalfa+ ESP.. skrg pun ramai member bg tau mslh resdung or alergik seafood dh hilang." - Su AnNajah

Testimoni Resdung 4:
"Alhamdulillah.. Sy pun merasai kesannya.. Wpun blum baik sepenuhnya.. Tp amat jauh beza sblm consume shaklee.. Dulu sampai sakit2 kpala dan bengkak2 kelenjar.. Mesti ada clarityne@zyrtec kat rmh ni.. Skrg bukan keperluan dah.. Sy teruskan dgn tmbh nutriferon utk kuatkan sistem imun selain teruskn dgn alfalfa, vit c dll.. Mmg berbeza la.. Alhamdulillah..." - Mushafizah A Samad


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Wednesday, January 31, 2018

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan berkepekatan tinggi yang bergred farmaseutikal. Untuk mendapatkan gred sebegini, minyak ikan mesti terdiri dari lebih 80% omega-3. Untuk mendapatkan minyak ikan tulen sebegini, minyak ikan di Shaklee menjalani proses ‘molecular distillation‘ untuk membuang segala bahan logam yang ada dalam ikan seperti merkuri, PCB, racun dan sebagainya. Proses ini membuang ‘tulang belakang glyecerol’ dalam minyak ikan dan terhasillah minyak ikan dalam bentuk ethyl ester yang sangat pekat kandungan omega-3 nya.
Minyak ikan dlm bentuk ethyl ester adalah yang terbaik dan bergred tinggi (farmaseutical grade) dan ia melarutkan cawan polisterin yg sama chemical polarity dengannya. Seperti gula larut dalam air yang sama chemical polarity-nya, cawan polisterin juga larut dalam omega-3 yang berkepekatan tinggi.

Keistimewaan Minyak Ikan Shaklee


Jangan tersalah pilih minyak ikan yang bertoksik atau pun yang mempunyai kandungan omega-3 yang sedikit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Tuesday, January 30, 2018

15 Kesan Kekurangan Vitamin C Pada Ibu Hamil

Dalam Set Kehamilan Shaklee vitamin mana yang paling penting? Dan vitamin mana yang kurang penting? Persoalan yang biasa diajukan. Di dalam Set Healthy Pranatal ni ada ESP, Vitalea, B-compleks, Ostematrik, Vitamin C dan Omega. Ada ramai yang tidak ingin mengambil Vitamin C katanya kurang penting untuk ibu hamil. Betul ke tak penting? Sebelum tu kita ketahui dulu kepentingan Vitamin C terutama pada ibu hamil. 

Manfaat Vitamin C Pada Ibu Hamil

  •  Mengelak masalah anemia pada ibu hamil. Ini kerana vitamin C mempercepatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  •  Menghasilkan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-otot  dan tulang-tulang fetus. Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin ini setiap hari. Ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
  • Menguatkan sistem imun tubuh badan
  • Dapat mengelakkan ibu-ibu hamil dari terkena jangkitan demam dan selsema.
  • Sangat bagus untuk bayi, ia menjadikan kulit bayi gebu, lembut, cerah. Malah menguatkan juga imun sistem bayi sejak dalam kandungan lagi.
  • Sebagai anti-oksida pada ibu hamil. Vitamin C adalah anti oksida yang membantu badan ibu yang mengandung jika mempunyai toksin semasa kehamilan. Vitamin C mempunyai kebaikan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, Vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.
  • Penting untuk pembaikan tisu badan, pertumbuhan tulang dan kulit yang sihat

Vitamin C Dan Ibu Hamil

Inilah Kesan Dan Akibat Kekurangan Vitamin C Oleh Ibu Hamil

  1. Selalu Demam dan Selsema kerana sistem pertahanan badan yang rendah
  2. Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen). Ketahui Langkah Pencegahan Gusi Berdarah
  3. Tanda-tanda lebam pada badan
  4. Rambut gugur
  5. Sakit Sendi
  6. Kulit kering dan gatal serta alahan. Ketahui Alahan Pada Ibu Hamil
  7. Insomnia
  8. Kurang selera makan
  9. Masalah pencernaan
  10. Sering letih dan lemah
  11. Luka yang lambat sembuh
  12. Kemurungan
  13. Anemia
  14. Salur darah mengecil
  15. Pendarahan dalam mata
Setiap vitamin mempunyai manfaat dan kebaikan masing-masing untuk fungsi tersendiri dalam memberi manfaat pada ibu dan bayi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Monday, January 29, 2018

Wanita : kebaikan dan manfaat kalsium Ostematrix Shaklee

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.

Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis


Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan

TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?

Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.




MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Thursday, January 25, 2018

25 KELEBIHAN RAHSIA VITAMIN E SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Vitamin E Shaklee sangat istimewa dan menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja kerana Vitamin E Shaklee adalah vitamin semulajadi, tapi khasiat Vitamin E Shaklee yang istimewa dengan tambahan Selenium dan Ekstrak Grape Seed sekali menjadikannya jauh lebih baik daripada kebanyakan vitamin E di pasaran..

Sumber Vitamin E

Bagaimana anda melengkapkan vitamin E harian anda? Jika anda dapat melengkapkan nutrisi vitamin E anda melalui makanan, itu pastinya lebih baik. Tapi adakah mencukupi dengan jumlah yang anda perlukan? Selalunya Vitamin E boleh diperolehi daripada sumber makanan kita seperti berikut:


Walau bagaimanapun pemakanan harian tidak dapat melengkapkan Vitamin E dengan mencukupi. Oleh itu sebagai alternatif untuk melengkapkan Vitamin E harian, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E istimewa dengan tambahan selenium dan biji anggur yang dikenali sebagai Vita-E Complex.


Apa kandungan Vita-E Complex Shaklee?

Vita-E Complex Shaklee telah diperbaharui dengan formulasi yang baru. Apa yang terkandung dalam Vita-E Complex?
  • Minyak kacang soya
  • Minyak biji gandum (yang kaya dengan Vitamin E)
  • 8 jenis Vitamin E (d-alpha, beta, gamma, delta)
  • Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik.
  • Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan.

Perbandingan Vitamin E

Perbandingan jumlah Vitamin E bagi 1 softgel berbanding makanan sebenar


Khasiat dan Kebaikan Vita-E Complex

Pastikan anda mendapat vitamin E Shaklee dengan 25 manfaat berikut:

1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan  kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
24. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Banyak sungguh khasiat dan kebaikan Vita-E Complex. Bukan itu sahaja, menurut satu kajian tentang vitamin E, pengambilan Vitamin E sebenarnya dapat membantu mencegah sehingga 80 jenis penyakit.

Siapa perlu Vitamin E?

Saya dah amalkan Vitamin E sejak sekian lama. Alhamdulillah, walaupun menyusu, tapi tak menjejaskan penyusuan saya. Cumanya memandangkan saya makan Alfalfa Complex juga untuk membantu proses penyusuan bayi saya, saya perlu makan pada waktu berasingan kerana VITAMIN E TIDAK BOLEH DIAMBIL BERSAMA ALFALFA. Ini kerana ia boleh mengganggu fungsi Alfalfa Complex Shaklee. 

Oh, ya. Vitamin E ni sesuai untuk siapa yer?
  • Untuk suami isteri (boleh jadi hantaran atau hadiah perkahwinan yang istimewa)
  • Untuk suami: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.
  • Untuk isteri: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)
  • Untuk Pesakit Alzheimer, mereka juga dicadangkan mengambil vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit.
  • Untuk mereka yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan dan mereka yang ingin mencantikkan kulit
  • Untuk ibu yang mengalami stretchmark selepas bersalin atau turun berat badan.
  • Sesuai sebagai langkah pencegahan bagi  mereka yang berisiko tinggi mengidap kanser.
  • Sesuai bagi ibu yang sering mengalami keguguran untuk persediaan sebelum hamil seterusnya.
  • Untuk para atlet yang ingin mantain tenaga mereka sewaktu bersukan.

Kenapa pilih Vitamin E Shaklee?

Vitamin E Shaklee adalah vitamin E yang semulajadi. Ini bermakna, kandungannya juga semulajadi dan bebas bahan kimia. Kenapa penting bagi anda mendapatkan Vitamin E semulajadi? Vitamin E semulajadi adalah lebih mudah diserap berbanding Vitamin E sintetik. Kesukaran penyerapan vitamin E boleh menyebabkan toksin terkumpul dan boleh mewujudkan sel abnormal dalam tubuh kita. Terlalu banyak mengambil vitamin E juga tidak elok untuk tubuh kita.

Vitamin E sintetik adalah vitamin E buatan yang dihasilkan dengan campuran bahan kimia. Bagaimana nak pastikan vitamin E yang anda beli adalah yang semulajadi? Anda boleh semak pada bahagian kandungan vitamin seperti di bawah. Jika vitamin E yang anda beli adalah semulajadi, kod 'd'  akan digunakan, jika ianya vitamin sintetik atau buatan, ia akan menggunakan kod 'dl' pada bahan yang digunakan.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Wednesday, January 24, 2018

Vitamin C Shaklee Untuk Cantik Dan Sihat Secara Ekonomi

Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kite tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.


Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita C. Macammana boleh ada 'sustained release' gitu, ini tak lain tak bukan untuk kite mendapat manfaat Vitamin C itu secara maksima, jadi kuranglah pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)


So Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi. 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren.

Setiap satu jam 1.5 biji oren bersamaan 100 mg Vitamin C akan dilepaskan diusus kite so 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Canggihhh...

Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah. Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex berfungsi

  • meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan
  • melegakan inflamasi
  • menentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas

Jom kite tengok ape yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee ni :-

  • Membentuk Kolagen - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C..
        Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.


  • Mengurangkan Simptom Pendarahan - Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam
  • Meningkatkan Sistem Imun Badan - Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. 
  •  Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • Menguatkan sistem imun     
  • Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.
  • Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

          Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan jangkitan paru-paru

  • Memerangi Kanser - Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  
  • Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 
  •  Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.
  • Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok sebelum ianya menyerang sel-sel kita.
  • Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung dan artritis
  • Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  
  • Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian    tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.

Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.


  • Mengurangkan Insomnia - Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 
  • Tekanan - Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. 
Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberri, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.


Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.


Ha camne? Sehabis baik pun kite makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak, huhu... secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.


Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengsyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986