Wednesday, October 18, 2017

Perbezaan Omega Guard dan Phytocol ST Untuk Mengurangkan Kolesterol

Kolesterol jahat sememangnya adalah kolesterol yang perlu kita kawal tahapnya. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan kita, antarannya ialah masalah sakit jantung. Pemakanan harian kita sememangnya ada kolesterol. Jika pandai kawal, maka tak banyaklah kolesterol yang kita ambil. Namun begitu, disebabkan kerja harian yang sibuk, boleh ke kita kawal pengambilan kolesterol kita? Maka dengan itu, Shaklee ada dua supplement yang membantu mengurangkan kadar kolesterol. 

Apa perbezaan Omega Guard dan Phytocol-ST ni?



Perbezaannya sangat mudah. Antara menghalang dan membersihkan kolesterol.
Sebelum makan, digalakkan mengambil Phytocol-ST dahulu. Ini kerana, Phytocol-ST membantu menghalang kolesterol jahat daripada masuk ke dalam saluran darah kita. Namun begitu, ada juga beberapa kolesterol jahat yang mungkin “terlepas” ke dalam salur darah kita (dalam kuantiti yang sedikit). Oleh itu, pengambilan Omega Guard digalakkan untuk mem”bersih”kan kolesterol tersebut. Kolesterol jahat itu akan dibawa oleh Omega Guard ke hati, dan dirembeskan melalui saluran yang betul seperti peluh dan sebagainya.
Oleh itu, jika anda ingin mengurangkan kadar kolesterol atau mencegah daripada mengalami masalah kolesterol tinggi, mulalah dengan pengambilan Omega Guard dan Phytocol-ST secara konsisten. Anda pasti dapat merasakan perbezaannya. In Shaa Allah
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Monday, October 2, 2017

Kebaikan dan Manfaat Ostematrix

Entri kali ni nak cerita mengenai Kebaikan Ostematrix Shaklee. Ostematrix ni sebenarnya Kalsium yea. Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium di dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh. 


pa pula Kandungan dalam Ostematrix:


Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium
Boron - Bantu dalam metabolisme tulang
Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang  


Manfaat Ostematrix

  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  • Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
  • Meringankan stress
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Melegakan sakit ketika haid
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
  • Mengurangkan risiko praeklampsia
  • Membantu mengurangkan sakit belakang
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
  • Membantu melegakan sembelit
  • Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
  • Membantu masalah kolestrol
  • Menggalakkan kulit yang cantik
  • Melegakan sakit-sakit sendi
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu melembutkan najis
  • Membantu mengatasi migrain
  • Membantu masalah buasir
Perkara menarik mengenai OSTEMATRIX
  • Ianya sangat mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin , dan ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak menyukai susu sebagai sumber kalsium.
  • Tidak berbau
  • Tidak mempunyai rasa
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Cara-cara pengambilan Ostematrix:
  • Ambil 4 biji sebelum tido
  • Sebotol mengandungi 120 biji ostematrix
Tanda-tanda Kekurangan Kalsium
  • Kerap sakit gigi
  • Gusi Berdarah
  • Kejang Otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/ kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering
Siapa yang sesuai mengambil Ostematrix
  • Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat
  • Mereka yang tidak suka minum susu, jadi boleh ambil ostematrix
  • Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu
  • Ibu Mengandung
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi
  • Mereka yang kerap lesu/letih
  • Mereka yang selalu kekejangan otot
Menarik kan Ostematrix nie...mesti cuba untuk mereka yang belum pernah mencuba...


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Sunday, October 1, 2017

Kebaikan Vitamin E Shaklee Untuk Lelaki

Vitamin E Shaklee merupakan vitamin E yang paling lengkap di antara vitamin E lain yang terdapat di pasaran.  Vitamin E dari Shaklee ini mengandungi Selenium dan berteraskan kepada sumber semulajadi yang diesktrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan di gabung pula dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta) serta di buat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.  

Untuk pengetahuan anda Vitamin E Shaklee ini sangat baik untuk golongan lelaki. Rugi jika anda ingin menjadi lelaki perkasa jika anda tidak mencubanya.  

Kebaikan Vitamin E Shaklee Untuk Lelaki 

  • Mempertingkatkan kemampuan Reproduktif di mana terdapat kajian yang mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif
  • Membantu meningkatkan pengeluaran sperma dengan bertindak sebagai agen yang memekatkan air mani 
  • Membantu meningatkan keperkasaan seksual lelaki 
  • Membantu memberi tenaga yang lebih 
  • Membantu untuk menghangatkan hubungan intim bersama pasangan 
  • Mengelakkan MATI PUCUK 

Tahukah Anda?

Bonus pengambilan Vitamin E Shaklee kepada lelaki ialah kulit akan lebih cantik dan bersih. 


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Saturday, September 30, 2017

Testimoni Vivix untuk Pelbagai Manfaat Dari Sebotol Vivix
















Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

Wednesday, March 1, 2017

Jangan Ambil Mudah Gejala Kencing Kotor Ketika Hamil



Set vitamin kencing kotor


Kencing kotor ketika hamil ini jangan kita ambil mudah. Jangan pandang enteng! Jangkitan kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang rosak. Paling menakutkan apabila kuman berjaya merebak ke dalam darah dan boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja, ibu hamil kemungkinan risiko tinggi berlakunya bersalin bayi pra matang. Dahsyatkan? Kata kunci di sini jangan ambil mudah!



Kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI) ialah  jangkitan kuman di saluran kencing. Jangkitan kuman telah melibat ke bahagian pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.


Apakah punca wanita hamil mendapat kencing kotor?

  • Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.
  • Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. 
  • Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. 
  • Dalam masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
  • Otot pada pundi kencing akan menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. 
Set vitamin kencing kotor

Simptom dan gejala kencing kotor
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (kencing tak lawas)
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang.
  • Sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Alhamdulillah, pengalaman 3 kali saya mengandung tidak pernah mengalami gejala kencing kotor ketika hamil ini. Saya sentiasa aware dan amalkan setiap tips mengandung dengan cara yang betul. Paling penting kena pastikan nutrisi ibu hamil sentiasa mencukupi.

Tips pencegahan kencing kotor ibu hamil

  • Minum lebih banyak air masak Sekurang-kurangnya lebih 8 gelas sehari. Air kencing yang jernih menunjukkan kuantiti air dalam badan kita mencukupi. Jika masih lagi bewarna kuning itu menunjukkan badan kita masih lagi kekurangan air. 
  • Jangan risau dengan kekerapan membuang air kerana ia sangat bagus untuk proses penyigkiran air kencing kotor ini.
  • Segeralah pergi membuang air kecil jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh atau menahan kencing terlalu lama kerana ia menggalakkan bakteria membiak dalam pundi kencing.
  • Wanita hamil perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas. Ia bertujuan untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon
  • Walaupun hamil, aktiviti seks boleh dilakukan dengan suami. Namun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor
  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein
  • Amalkan pemakanan vitamin ibu hamil shaklee bagi memastikan tiada komplikasi ketika hamil. Insyallah fasa kehamilan kita sentiasa sihat, bertenaga dan ceria!

Set Vitamin Kencing Kotor


GARLIC -  bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
VIT C PLUS - meningkatkan imun sistem. 
OSTEMATRIX - Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
Membantu perkembangan tubuh badan normal , membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

tengok apa testimoni ni kata ...
kencing kotor

selamatkah set di atas untuk ibu hamil ?
yea.... jangan risau..
bahkan 2 daripada produk di dalam set kencing kotor tu memang sediada dalam set hamil.

anda akan diberi konsultansi dan cara makan yang betul sekiranya anda membeli set tersebut daripada saya.

ibu hamil sekalian..
jangan simpan masalah kencing kotor anda lama-lama yea..

kesian pada baby anda sama..
dan fikirkan juga kesannya pada diri sendiri juga nanti.

jangan sampai jadi macam kes ni yea..

kencing kotor


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Tuesday, February 28, 2017

Cara Menaikkan Uri Di Bawah




Kali ini pula ida nak kongsikan petua untuk menaikkan uri dibawah ye.Petua ini ida ambil dari sini.Semoga bermanfaat kepada semua ye.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sehari iaitu :-
  • Sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya')

CARA:-
  • Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas,jika tidak mampu mengankat kaki,cuba sandarkan ke dinding.
  • Maksudnya kita baring dalam bentuk 'L' iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh.
  • Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan
  • Paling penting,jangan memaksa diri sendir
  • Kebiasaannya bagi ibu yang sudah hamil 'tua' (trimester ke-3) memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

TEKNIK PERNAFASAN

  • Tarik nafas perlahan-lahan sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas,pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding).
  • Dengan menggunakan satu nafas,cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
  • Cara menarik nafas juga penting,iaitu dengan menggunakan perut dan bukan hidung.
  • Maksdnya,bila kita menarik nafas menggunakan perut,kita rasa perut kita naik ke atas sedikit.
  • Lepaskan nafas secara perlahan-lahan,dalam jangkamasa yang sama (lenih kurang sama ketika menahan nafas)
  • Buat senaman dalam 10 - 15 kali untuk satu sesi senaman
  • Ulang senaman selepas bangun pagi,sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
  • Selain daripada senaman,cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan..
  • Pujuk bayi agar pusing ke bawah dan biasanya uri akan naik keatas mengikut pergerakan bayi
  • Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal.
Semoga senaman ini dapat membantu semua ibu hamil.Dan semoga dipermudahkan semuanya.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Monday, February 27, 2017

HERB-LAX SHAKLEE

Salam Sejahtera semua,

Fakta dan info menarik mengenai salah satu produk Shaklee yang agak HOT dan diminati ramai iaitu Herb-Lax Shaklee.Herb-Lax antara produk Shaklee yang mendapat permintaan tinggi kerana ia salah satu produk yang digunakan untuk proses DETOX.

Ishhh apa pula proses DETOX ni ye.Di sini ida terangkan serba sedikit apa itu proses DETOX untuk pengetahuan kita bersama ye.


DETOX adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Selepas dinding usus kita bersih,barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.Kerana itulah DETOX sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar yang paling optimum.

Ok itu apa yang dimaksudkan dengan proses DETOX sekarang kita berkenalan pula dengan Herb-Lax Shaklee ni ye.Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.


9 HERBA SEMULAJADI Herb Lax Shaklee.

Bukhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan pada usus.

Licorise root
Membantu proses detoksifikasi

Fennels Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

Blue Malva Flower
Membantu proses Detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

Culver's root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

Alfalfa Leaf
Membersihkan usus,darah dan hati

Senna Leaf
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


PERBEZAAN Herb Lax Shaklee dengan Laksatif lain

Herb Lax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi yang mana ia berfungsi untuk proses detox (pembersihan) secara lembut dan tidak meyakitkan serta terbukti secara klinikal untuk digunakan dengan selamat oleh tubuh badan kita.

KEBAIKAN Herb Lax.

  • Permbersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.Sesuai diamil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman teh herba
SIAPA yang perlu amalkan Herb Lax.
  1. Pengamal tegar ubat tahan sakit
  2. Mereka yang ada masalah pembuangan,oerkumuhan kurang lancar dan sembelit
  3. Mereka yang banyak jerawat
  4. Pesakit gout
  5. Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplement
Harga bagi sebotol Herb Lax Shaklee (120 biji ) ini ialah :-


  • Semenanjung - Harga Runcit RM52.50
  • Sabah & Sarawak - Harga Runcit RM55.00
Satu botol Herb Lax ini boleh bertahan selama 2-3 bulan.Jadi begitu banyak penjimatan anda akan peroleh dengan pembelian sebotol Herb Lax Shaklee ini.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, February 24, 2017

Cara Atasi Kemurungan

PRINSIP untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan:
  • Terima kenyataan � kemurungan adalah penyakit serius dan ubat anti kemurungan adalah komponen penting dalam rawatan
  • Berbincang dengan doktor � mengenai perasaan dan kemajuan rawatan. Jangan takut untuk bertanya
  • Fahami simptom kemurungan melalui rawatan � berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan
Maklumat mengenai kemurungan dan ubat anti kemurungan:
Kemurungan disebabkan ketidakseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang bertugas mengawal emosi
Setiap orang mempunyai gerak balas rawatan yang berbeza. Sesetengah individu melihat keberkesanan rawatan selepas beberapa minggu dan ada yang akan alami kesan sampingan
Kemurungan akan kembali jika rawatan tidak betul � Anda hanya boleh pasti kemurungan tidak kembali jika objektif menghapuskan simptom kemurungan berjaya dicapai
Berkomunikasi adalah kunci kejayaan rawatan. Berkomunikasi secara terbuka dengan doktor boleh memaksimumkan kejayaan rawatan, manakala berbicara dengan ahli keluarga dan kawan mampu menghapuskan bayangan kemurungan dan menguatkan sistem sokongan anda
Mengambil ubat tanpa nasihat doktor sebenarnya memperdaya diri sendiri
Ubat anti kemurungan terbukti berkesan dan tidak menyebabkan ketagihan
Kemurungan adalah penyakit serius tetapi boleh dirawat. Anda perlu memainkan fungsi aktif untuk mengatasinya
Kesan sampingan ubat anti kemurungan berbeza antara individu dan biasanya ia berlaku pada awal rawatan
  • Usah berhenti mengambil ubat, kecuali selepas mendapat nasihat doktor.
  • Ubat anti kemurungan perlu diambil dalam tempoh tertentu kerana keberkesanannya hanya dapat dilihat selepas beberapa minggu dan anda akan merasai kesan positif pada perangai dan emosi.
  • Kesan ubat berbeza antara individu dan cara terbaik untuk mendapat manfaatnya ialah mengambil ubat seperti diarah doktor
Jangan biarkan kesan sampingan menghalang kejayaan
Apa yang keluarga dan kawan perlu tahu:
  • Akui bahawa individu berkenaan menghidap penyakit serius dan memerlukan rawatan
  • Ketahui bahawa gejala kemurungan boleh mengubah kelakuan seseorang
  • Pesakit kemurungan selalu berfikiran negatif dan cepat berputus asa
  • Mudahkan kerja harian pesakit (bantu kerja rumah)
  • Fahami keluarga akan mengalami masa tegang. Jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri
Langkah berguna:
  • Luangkan lebih masa dengan orang tersayang melakukan aktiviti berguna
  • Bersentuhan dengan orang yang tersayang
  • Beri perhatian untuk memperbaiki teknik mendengar (kumpulkan isi penting yang diperkatakan dan pastikan kedua-dua pihak faham)
  • Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan masalah bersama-sama
  • Bina tabiat untuk menyatakan anda ambil berat dan berterima kasih terhadap keluarga. Bersedia untuk memuji keluarga dan beri perhatian kepada kelebihan mereka
Perkara yang perlu diingat:
  1. Jangan sisih pesakit daripada menyertai perbincangan atau hal keluarga
  2. Jangan salahkan pesakit atas perubahan kelakuan mereka
  3. Jangan berulang kali menyuruh pesakit menjadi ceria
  4. Jangan lakukan segala-galanya untuk pesakit kerana membantu mereka melakukan semua pekerjaan seolah-olah menafikan kebolehan mereka
  5. Jangan takut untuk bertanya dan minta bantuan
  6. Jangan biarkan pesakit membuat keputusan penting mengenai kehidupan mereka (perkahwinan, perceraian, menukar kerjaya atau berpindah rumah sehingga mereka sihat kembali)
  7. Jangan biarkan pesakit meneruskan tabiat buruk ketika tempoh pemulihan
Cara mudah melepaskan tekanan:
1. Rehat dan riadah
  • Keluar berjalan-jalan di luar rumah
  • Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas
  • Membela haiwan peliharaan
  • Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis
  • Jauhkan diri dari pusat beli belah
  • Bersenam
  • Berehat dan mendengar muzik
  • Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga
  • Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah
2. Diet
  • Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan
  • Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Teh suam boleh menenangkan perasaan
3. Kerohanian
  • Tukar tanggapan anda pada setiap perkara
  • Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan
  • Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah
  • Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan
  • Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda
  • Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan
  • Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_