Tuesday, September 9, 2014

10 Fakta Tentang Fibroid Yang Anda Perlu Tahu


fib
  1. Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan.
  2. Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.
  3. Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.
  4. Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.
  5. Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.
  6. Anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid
  7. 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.
  8. Keterukkan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh.
  9. Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.
  10. Diagnosa fibroid dengan senang boleh dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986  

No comments:

Post a Comment