Wednesday, March 1, 2017

Jangan Ambil Mudah Gejala Kencing Kotor Ketika Hamil



Set vitamin kencing kotor


Kencing kotor ketika hamil ini jangan kita ambil mudah. Jangan pandang enteng! Jangkitan kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang rosak. Paling menakutkan apabila kuman berjaya merebak ke dalam darah dan boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja, ibu hamil kemungkinan risiko tinggi berlakunya bersalin bayi pra matang. Dahsyatkan? Kata kunci di sini jangan ambil mudah!



Kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI) ialah  jangkitan kuman di saluran kencing. Jangkitan kuman telah melibat ke bahagian pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.


Apakah punca wanita hamil mendapat kencing kotor?

  • Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.
  • Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. 
  • Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. 
  • Dalam masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
  • Otot pada pundi kencing akan menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. 
Set vitamin kencing kotor

Simptom dan gejala kencing kotor
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (kencing tak lawas)
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang.
  • Sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Alhamdulillah, pengalaman 3 kali saya mengandung tidak pernah mengalami gejala kencing kotor ketika hamil ini. Saya sentiasa aware dan amalkan setiap tips mengandung dengan cara yang betul. Paling penting kena pastikan nutrisi ibu hamil sentiasa mencukupi.

Tips pencegahan kencing kotor ibu hamil

  • Minum lebih banyak air masak Sekurang-kurangnya lebih 8 gelas sehari. Air kencing yang jernih menunjukkan kuantiti air dalam badan kita mencukupi. Jika masih lagi bewarna kuning itu menunjukkan badan kita masih lagi kekurangan air. 
  • Jangan risau dengan kekerapan membuang air kerana ia sangat bagus untuk proses penyigkiran air kencing kotor ini.
  • Segeralah pergi membuang air kecil jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh atau menahan kencing terlalu lama kerana ia menggalakkan bakteria membiak dalam pundi kencing.
  • Wanita hamil perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas. Ia bertujuan untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon
  • Walaupun hamil, aktiviti seks boleh dilakukan dengan suami. Namun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor
  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein
  • Amalkan pemakanan vitamin ibu hamil shaklee bagi memastikan tiada komplikasi ketika hamil. Insyallah fasa kehamilan kita sentiasa sihat, bertenaga dan ceria!

Set Vitamin Kencing Kotor


GARLIC -  bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
VIT C PLUS - meningkatkan imun sistem. 
OSTEMATRIX - Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
Membantu perkembangan tubuh badan normal , membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

tengok apa testimoni ni kata ...
kencing kotor

selamatkah set di atas untuk ibu hamil ?
yea.... jangan risau..
bahkan 2 daripada produk di dalam set kencing kotor tu memang sediada dalam set hamil.

anda akan diberi konsultansi dan cara makan yang betul sekiranya anda membeli set tersebut daripada saya.

ibu hamil sekalian..
jangan simpan masalah kencing kotor anda lama-lama yea..

kesian pada baby anda sama..
dan fikirkan juga kesannya pada diri sendiri juga nanti.

jangan sampai jadi macam kes ni yea..

kencing kotor


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986_