Thursday, June 12, 2014

ANDA FIKIR ANDA SIHAT? CUBA FIKIR SEKALI LAGI.....

Jenis-Jenis Kanser Pembunuh Senyap

Antara kanser-kanser utama• Kanser Payudara • Kanser Ovari• Kanser Rahim• Kanser Paru-paru • Kanser Kolon• Kanser Perut • Kanser Pankreas• Kanser Prostat• Kanser Testis

Kanser Payudara 

Faktor Risiko/Kanser payudara tidak diketahui dengan tepat, kanser ini pada umumnya diakui adalah akibat dari perubahan genetik, kebanyakan didapati selepas lahir. Kadang-kadang ia diwarisi dari salah seorang ibubapa : dikenali sebagai predisposisi genetik kepada kanser payudara.

Simptonketulan di payudara, kemungkinan menyebabkan kulit berhampiran berkedut, kelainan pada puting, puting berdarah, nodus aksilari.

Kanser Ovari

Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika.

Siapa ? Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini.

SimptomSakit pada pelvik-abdomen, bengkak pada abdomen, pendarahan bukan haid. Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesanan perlu dibuat serentak: payudara, kolon, endometrium, servik.Pengesanan awal tumor ini menyelamatkan pesakit. semua wanita (faktor risiko 1.4%) perlu menjalani pemeriksaan ginekologikal sekali setiap tahun

Kanser Rahim 

Wujudnya 2 jenis kanser rahim iaitu kanser serviks dan kanser korpus. Rahim adalah sebahagian dari sistem reproduktif. Lokasi tumors ganas- Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim. Ini adalah kanser mukosa atau endometrium. - Atau di dalam rahim (kanser korpus). Faktor risikoKebanyakannya pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda. a) Kanser serviks: kurang kebersihan- Kebersihan seks: ramai rakan seks (samada wanita punya atau rakannya) : kelakuan ini dapat merebak jangkitan, terutamanya virus (virus papilloma dan virus herpes). Kanser ini jarang berlaku pada wanita yang tidak melakukan seks (tidak berlaku antara rahib perempuan). - merokok. b) Kanser korpus:- tidak mengandung; - obesiti; - Tamosifen: mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.

PerkembanganKanser serviks mengakibatkan peringkat "pra-kanserus": ia senang dikesan oleh ujian Pap: ujian ini mudah dilakukan oleh Doktor: spekulum diselit masuk ke vagina, spesimen dari mukosa, ujian oleh pakar patologi. Kanser berkembang dari korpus, serviks, nodus limfa, pelvis, pundi-pundi kencing, rektum, dan lain-lain bahagian tubuh.

Simptom - susah atau sakit semasa kencing; - sakit pada bahagian abdomen; - pendarahan: - serviks: pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks dan/atau pendarahan bukan masa haid. - korpus: sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.

Kanser Paru-Paru

-Kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku-merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser-87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok-hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ? -Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan: bila membuat diagnosa pada peringkat lewat, 50% daripada kes-kes menunjukkan metastasis.

Faktor risiko- Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan menghisap cerut atau paip.- Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon. - Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera. - Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.

Simptom- Batuk berdarah- batuk yang berlarutan- jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati- Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan- Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang.

Kanser Kolon

Kanser kolon dan rektum adalah jenis kanser sistem penghadam yang paling sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut. .

Faktor Risiko- Makanan tinggi dalam kandungan lemak dan rendah kandungan serat boleh menyebabkan penyakit kanser kolon. - Merokok juga tidak digalakan.- Alkohol berlebihan meningkatkan risiko jangkitan kanser kolon dan rektum. (Annals of Internal Medicine, 2005). - Sindrom keturunan seperti penyakit keturunan poliposis usus besar, juga dikaitkan sebagai satu dari penyebab penyakit ini.

Pertumbuhan KanserTumor ini menembus jauh kedalam lapisan-lapisan mukosa kolon, peritoneum dan ke kelenjar limfa yang berdekatan. Dalam masa yang singkat ianya metastasis ke hati, paru-paru, otak dan tulang .

Simptom- Sakit perut, cirit dan/atau sembelit yang kekadang selang-seli. - Tumor yang berdarah akan mengakibatkan najis berdarah merah (kalau tumor berdekatan dubur) atau hitam (untuk tumor berdekatan perut). - Simptom yang lain ialah bengkak dalam abdomen, sakit, demam, berat badan susut atau kurang selera makan. - Pembedahan segera diperlukan jika berlaku sumbat usus dengan penyakit kuning.

Kanser Perut 

Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).Faktor risikoKanser perut jarang dijumpai sebelum umur 50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3).

Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama 'Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.

Simptom- Sakit perut dan penghadaman tidak baik- Susut berat badan, keletihan dan kelemahan- Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.

Kanser Pankreas 

Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor. Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Kanser pankreas sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula.

Faktor risiko kanser pankreas-Fakta makanan seperti gula dan kopi. Merokok dan penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kronic pankreatitis.- Bilangan penyakit kanser lelaki tinggi dibandingkan dengan wanita (2:1). Purata umur ialah 65 tahun. Bangsa Africa Amerika menghidap penyakit ini lebih tinggi dari orang Asia.

Simptom- Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana tekanan ke atas duktus yang mengalirkan jus hempedu. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan. - Selain dari itu pesakit akan susut berat badan, rasa muak- rasa keletihan dan sakit menyucuk dalam perut.

Pencegahan- mengawasi kencing manis dengan elok. - berhenti merokok- membuat ujian darah untuk petanda protin kanser.

Kanser Prostat 

1Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun. Kanser ini merebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.

Simptom- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya. - Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.

Kanser Testis

Onkologi Perubatan telah membuat banyak kemajuan dalam bidang kanser testis pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes penyakit ini dapat diubati pada masa kini. Kanser testis dikelaskan kepada 2 kategori: kanser seminoma dan kanser bukan seminoma.

Kadang-kadang, kanser testis merupakan konbinasi kedua-dua jenis seminomas dan bukan seminomas. Lebih kurang 10 000 orang lelaki akan diseksa setiap tahun di Amerika Syarikat. Ini adah jenis kanser yang paling umum berlaku pada lelaki muda antara umur 20 to 25 dan 1% daripada kesemua kanser lelaki.Risiko- testis yang tidak menurun- pembentukan testis yang tidak normal- lebih umum pada bangsa putih jika dibanding dengan bangsa berkulit hitam- kromosom seks yang tidak teratur (Klinefelter syndrome)

Tanda-tanda- Pembesaran testis yang tidak sakit- diikuti dengan kesakitan pada testis; ketul intra-testikular yang tidak sakit; pembesaran skrotum- kesakitan pada bahagian bawah abdomen. Diagnosakebanyakan lelaki dengan sendirinya mampu mengesan kanser testis bila mendapati keanehan dalam testis mereka.


Kanser Darah / Leukemia


Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.

Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing iaituSel darah merah (eritrosit) berfungsi membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru dan memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggiSel darah putih (lekosit) berfungsi untuk melawan penyakit dan merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia.Platlet darah (trombosit) Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah dan membantu dalam pembekuan darah.Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang(mature).

Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.

Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia kronik. Leukemia akutberlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda(immature) abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini perjalanan penyakit agak lambat.

Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai leukemia mielositik.

Tanda-tanda- anemia - pucat, letih dan pendek nafas- mudah jatuh sakit- sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang- purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit mudah lebam- hidung kerap mengalami pendarahan-hilang nafsu makan dan turun berat badan

* Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

No comments:

Post a Comment