Saturday, April 27, 2013

Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?


Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

Jom like page > http://www.facebook.com/pages/My-Lovely-Vitamins/236576773073658?ref=hl

Thursday, April 25, 2013

Petua Cepat Dapat Anak

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa

Panduan Ibu Hamil



Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung...
  • (1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.
  • (2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.
  • (3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.
  • (4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.
Saya quote from babycenter, ya:
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)
  • (5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  • (6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.

Saya quote kepentingan Omega :
The benefits for baby are:
  • A better brain with higher intelligence
  • Good nervous system development
  • Better eyesight from retina formation
  • Fewer behavioral problems after birth
  • Better sleep patterns for a new born
Health benefits for mom include:
  • Less chance of developing pre-eclampsia
  • Protection against brain loss during pregnancy
  • Less chance of pre-term labor and cesarean
  • Much lower risk of postpartum depression
  • Greatly reduced incidence of breast cancer
DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)


SET 1~ utk 1st trimester
Contain~
(30's Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON) ,30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC), 30's vitamin C) and 1 bottle of calcium(120 caplets)
SET 2~utk 2nd & 3rd trimester
- Contain~
(30's Multivitamiin (LENGKAP DGN IRON) ,30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC), 30's vitamin C) and 1 bottle of calcium(120 caplets) 30 capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN)

Healing Crisis


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi


ESP

Kenapa ESP ada dalam KEbANYAKAN SET???

Kerana PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Protein penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. jadi bila sel SIHAT dan cukup ENERGY, PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM..

nak KURUS- ESP mengawal selera makan..

nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari

nak TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu

nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit

nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..

kalau PREGNAN- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby

NAK PREGNAN- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga

haiisshhhhh macam2 lagi lah... BEST KAN...

Vitalea

Vita-Lea Iron Formula... Multivitamin & Multimineral... Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
 * Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik
 * Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
 * Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
* Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

B Complex

KEPENTINGAN VITAMIN B KOMPLEKS
Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Wednesday, April 24, 2013

5 Tips Yang Mempengaruhi Kesihatan dan Kecantikan Wanita


Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:
1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

Elak Minum Air Sejuk Selepas Makan


Ramai orang memiliki kebiasaan minum minuman sejuk selepas makan. Tindakan ini boleh menyebabkan PERUT MEMBUNCIT akibat timbunan lemak.

Minyak dan lemak yang baru dimakan akan menggumpal akibat air yang sejuk. Gumpalan akan menyebabkan proses pencernaan berlaku dengan cepat dan diserap oleh usus.



Jadi, biasakan minum air pada suhu normal atau air suam selepas menjamu selera! :)

Panduan dan Tips Kurangkan Gout


7 Tips Kurangkan GOUT
Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.

1 Kekalkan hidrasi

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air yang bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan mem- bina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

2 Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

3 Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Bagaimanapun, air yang sama diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan.

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

4 Makan secara sihat Makan dengan betul.

Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan asid urik meningkat.

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan makan banyak produk tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

5 Mengekalkan berat badan

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan ideal. Jika gagal, ia menyebabkan jumlah asid urik dalam badan turut meningkat.

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat, maka berat badan ideal akan dapat dikekalkan. Senaman juga penting untuk diamalkan.

6 Rehat

Tidur cara pemulihan terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

7 Halia

Halia digunakan beriburibu tahun lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari semasa ke semasa kerana ada banyak ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati di kaunter perubatan.

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.

Water Filter Keluaran SHAKLEE.

Masih mencari-cari water filter untuk rumah anda?Sy tahu ramai sekarang yang sedar akan kepentingan water filter dalam kehidupan seharian.Kadang-kadang kita memang tak cukup masa nak masak air,nak simpan air yang mencukupi untuk minuman seharian.Hari ni sy nak memperkenalkan water filter keluaran SHAKLEE..Harga mampu milik dan sy rasa lebih murah berbanding water filter keluaran jenama lain,mudah alih pulak tu.Boleh dibawa kemana-mana saje.. :D

Best Water mempunyai sistem penapisan mikro 3 peringkat, yang terdiri daripada:
Peringkat 1 : Balutan Pra-Penapis tak bertenun ~15 mikron –> menapis zarah besar dan kasar.
Peringkat 2 : Blok karbon berisi perak ~1 mikron –> menapis bahan kimia, mikro organisma besar (sista dan bakteria)
Peringkat 3 : Serat berongga Polipropilena ~0.2 mikron –> menapis zarah kecil halus dan mikroorganisma (bakteria)..



Get Clean Water Starter Pack with Water Refill 3-Pack
ini adalah set sebenar yang akan diperolehi dari Starter Pack. 
 Nak beli secara asing pun boleh... 
Tapi beli complete set ni lagi murah... 
Next time tinggal beli filter jer selepas filter yang dibekalkan dalam set ini habis diguna pakai. 
 Satu filter ni boleh digunakan untuk menuras sebanyak 303 liter air atau dalam masa 4 bulan, mana yang terdahulu.

bila dah sampai masa nak tukar filter, anda hanya perlu beli filter jer
jangan risau, murah jer
yg boleh guna untuk 12 bulan @ 1 tahun..
jimat  sangatttt...compare pegi beli mineral water kat supermarket !!
air kosong dengan Water Pitcher Shaklee bukan sahaja bersih, malah rasanya sangat enak...tak rasa macam air masak biasa....
[ nak tahu harga Water Pitcher ni murah ke tak, boleh hubungi saya ]

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Keistimewaan Shaklee
  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan Kos-Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  4. Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. [sumber : website Shaklee]

sebarang pertanyaan tentang harga dan sebagainya, 
Untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya;Anis 0193878986
[Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dan juga luar negara bagi yang berminat]
[Cash On Delivery C.O.D jika anda tinggal di Putrajaya, Sg.Besi, Cheras dan kawasan sekitarnya]

Tips Kesihatan Yang Baik

6 Tips Jantung Sihat

1. Kekalkan berat badan pada paras yang ideal
2. Kurangkan paras kolestrol LDL
3. Makan sekurang-kurangnya 25 gram makanan mengandungi fiber
4. Makan Ikan dua kali seminggu yang mengandungi omega 3
5. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap har

7 Tips Untuk Sentiasa Sihat

1. Jawab telefon dengan telinga kiri
2. Jangan minum kopi 2 kali sehari.
3. Jangan mengambil ubat/pil dengan air sejuk (ais)
4. Minum banyak air pada waktu pagi dan sedikit air pada waktu malam.
5. Masa berkualiti untuk tidur ialah dari 10 malam hingga 5 pagi.
6. Jangan guna telefon bimbit semasa bateri hampir habis kerana ia boleh menghasilkan radiasi sehingga 1000 kali ganda dari biasa.



Panduan tenangkan bayi menangis


- Peka dengan tangisan bayi. Jika bunyi `neh' bermaksud bayi lapar. Anda boleh praktikkan lapan posisi menyusukan bayi.

- Tangisan berbunyi `owh' kerana bayi mengantuk. Gunakan kaedah menepuk, membelai atau meriba bagi memberikan keselesaan pada bayi.

- Jika bayi merengek memerlukan perhatian, cuba curi perhatian mereka dengan mainan atau objek kesukaan mereka.

- Kanak-kanak autisme akan menangis tanpa kawalan. Kadang-kadang terlampau kuat sehingga mengganggu individu di sekelilingnya. Tarik anak jauh daripada orang ramai dan berikan makanan atau keselesaan.

- Ajar cara kendalikan tangisan anak kepada individu terdekat seperti pembantu rumah supaya mudah untuk memahaminya.


Pil Perancang dan Masalah Jerawat


Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga kebersihan kulit dan menggunakan krim antijerawat untuk menyembuhkan masalah ini.

Sudah tentu mereka perlu mengambilnya untuk jangka masa lama. Tindakan sebegini bukanlah langkah yang bijak jika tujuan utama pengambilan pil tersebut hanyalah untuk merawat masalah jerawat.

Fungsi utama pil perancang kehamilan adalah untuk menjarakkan kehamilan. Pil perancang bertindak menghalang proses ovulasi dan menjadikan seseorang wanita tidak subur buat sementara waktu. Di samping itu, pil ini juga merencatkan pertumbuhan lapisan dalam rahim (endometrium) yang akan meluluh atau gugur menghasilkan darah haid. Darah haid sememangnya dijangka menjadi sedikit berbanding sebelumnya dan menjadi lebih teratur.

Pengambilan pil ini sesuai untuk wanita yang mengalami pendarahan haid banyak yang boleh mengakibatkan kekurangan darah (anemia).

Pil Perancang dan Masalah Jerawat
Misalnya, pil perancang jenama Diane 35 amat terkenal untuk kesihatan kulit. Pengguna mendapati kulit muka akan kurang berminyak, tidak berjeragat dan jerawat batu di muka juga boleh pudar dan menghilang. Sesetengah individu mendapati pil ini tidak menyebabkan berat badan bertambah, tiada kesan mual, pening atau loya akibat pengambilannya. Pil ini boleh juga diambil oleh wanita yang mengalami hirsutisme (muka bermisai dan berbulu banyak).

Pil perancang jenama Yasmin dan Yaz pula sesuai untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah berat badan.

Hormon progestin dalam pil ini dikenal sebagai drospirenone. Drospirenone menghalang pertambahan cecair dalam badan dan juga bertindak sebagai antisebum. Oleh itu, pil ini tidak meningkatkan berat badan tetapi boleh merawat masalah kulit. Kedua-dua pil ini adalah contoh pil yang berkombinasi dan mempunyai hormon estrogen dan progesteron yang juga dipanggil COCP. Ada pelbagai jenis COCP lagi di pasaran yang dapat memberi kebaikan yang diperlukan.

Pada hari ini, pil perancang yang berada di pasaran mempunyai kandungan hormon lebih rendah. Jadi pertambahan berat badan tidak perlu dirisaukan. Pil perancang bukanlah juga penyebab seseorang mandul.

Apa pun pilihan pil yang mahu digunakan, haruslah berbincang dengan doktor yang mahir terlebih dahulu.

-  Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain


Kesihatan Kanak-Kanak


KESIHATAN KANAK-KANAK

# Tahukah anda berat badan kanak-kanak boleh meningkat kira-kira dua hingga tiga kilogram setahun manakala ketinggian pula biasanya akan meningkat enam hingga lapan sentimeter setahun.

# Apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun, 35 peratus daripada berat badan mereka terdiri daripada otot.

# Kanak-kanak perlu mempunyai seluruh set gigi susu lengkap pada umur dua setengah tahun. Pertumbuhan gigi membantu perkembangan rahang dan membolehkan kanak-kanak makan pelbagai jenis makanan. Selepas mencapai umur enam tahun, kanak-kanak akan mempunyai set gigi kekal.

# Enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang paling sensitif kerana ia membabitkan pembentukan serta kematangan saraf. Berbilion sistem saraf dalam otak dibentuk dan akan memberi pengalaman deria baru. Jadi, tidak hairan jika saiz otak kanak-kanak akan berkembang sebesar saiz otak dewasa apabila mencapai umur 10 tahun.

# Apabila tulang membesar, kanak-kanak akan menjadi lebih tinggi. Ia penting untuk menjadikan bentuk badan mereka kelihatan lebih matang apabila menginjak dewasa

# Sistem pertahanan kanak-kanak mulai matang dan berfungsi pada peringkat tumbesaran. Badan kanak-kanak mudah diserang virus, bakteria dan parasit. Justeru, sistem imun yang cekap dapat mengenal pasti, menyerang dan memusnahkan benda asing berkenaan.

# Fasa tumbesaran adalah tempoh yang amat penting kerana ketika itu kanak-kanak mula menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus untuk mengimbangi diri. Ini membolehkan mereka bergerak secara teratur, lebih cergas serta mampu melakukan tugas yang lebih kompleks seperti menari dan bermain bola. Selain itu, ia juga mempengaruhi kemampuan kanak-kanak untuk menulis, melukis dan mewarna dalam perkembangan intelektual mereka.

# Kanak-kanak yang aktif dan cerdas dikatakan lebih cenderung menguasai kemahiran berinteraksi secara sosial yang mampu meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.

(Sumber: Buku Panduan Memupuk Gaya Pemakanan Sihat oleh NSM, MASO serta MDA)

Petua tip penjagaan muka lakukan sendiri di rumah


Menjaga dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan memiliki kulit wajah yang segar serta kelihatan muda sepanjang masa.

Bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita tidak ragu-ragu mendapatkan rawatan kecantikan di salun pada setiap minggu.

Andainya anda ingin menjimatkan wang dan masa mengikuti sesi rawatan muka, mungkin tiba masanya anda memikirkan untuk melakukannya sendiri di rumah.


Ramai dikalangan wanita mengetahui khasiat tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian dalam membantu mendapatkan wajah yang lebih berseri-seri. Sebenarnya apa yang ada di dapur dan di dalam peti sejuk anda itu boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan wajah dan mengekalkan kulit yang sihat.

Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, ia mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja besar.

Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

Asam jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Untuk menegangkan kulit muka ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ia menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

Akhirnya susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.

Nah, bukanlah melakukan sendiri rawatan muka di rumah lebih jimat dan selamat.

Tip-tip kesihatan dan kecantikan untuk wanita 30-an


1 KAWAL pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

2 Guna Pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

3 Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

4 Sentiasa bersenam. Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5 Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

6 Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

7 Elakkan bermekap tebal. Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

8 Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat


Minum Air Secukupnya
1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

Penjagaan Kulit
8. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

Supliment Untuk Buasir

Cadangan pengambilan vitamin yang sesuai untuk mereka yang menghidap BUASIR iaitu OMEGAGUARD, ZINC COMPLEX dan OSTEMATRIX atau boleh juga diambil ALFALFA.

Buasir juga boleh berlaku di kalangan ibu yang sedang berpantang.Maklumlah, masa tu macam-macam yang tak boleh dimakan, ada tu air pun minum sikit je dan serat dari buah-buahan juga kurang diambil semasa berpantang menyebabkan ibu-ibu sukar untuk membuang. Maka itulah pentingnya mengambil set pantang shaklee kerana Zinc juga ada termasuk dalam set ini.

Kenapa perlunya vitamin ini dan apa kepentingannya?

OMEGAGUARD - untuk kurangkan BENGKAK

ZINC COMPLEX - untuk cepatkan penyembuhan LUKA

OSTEMATRIX/ALFALFA - untuk lawaskan pembuangan air besar

Hubungi/whatsapp/sms saya Anis 019-3878986 untuk info dan harga special SHAKLEE 

Cara Penyimpanan Susu Ibu


Cara penyimpanan susu ibu..

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

 Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan
(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.


5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League