Apa yang perlu anda jangka ketika
pemeriksaan selepas bersalin
Ketika pemeriksaan ini,
· Berat dan tekanan darah akan diperiksa
· Abdomen dan payudara akan diperiksa. Perut anda diperiksa
untuk memastikan dalam keadaan baik dan payudara diperiksa untuk memastikan
tiada benjolan atau cairan yang luarbiasa dari puting. Jika anda menyusu,
doktor anda akan memastikan tiada efeksi atau tersumbat pada payudara anda.
· Perineum anda diperiksa, membuat spekulum dan pemeriksaan
dalaman. Ketika permeriksaan spekulum, doktor akan memeriksa bagi memastikan
sebarang lebam, calar atau koyakan pada serviks atau vaginal sembuh sepenuhnya
dan dia mungkin juga akan melakukan pap smear. Ketika pemeriksaan ini dia juga
akan memeriksa rahim dan ovari, dan otot vaginal. Dan mungkin juga melakukan pemeriksaan rectal
· Mungkin doktor juga akan memberi kebenaran untuk anda
melakukan hubungan kelamin semula. Tetapi jangan risau, jika anda belum
bersedia. Kebanyakan ibu-ibu baru tidak akan berasa untuk melakukan hubungan
kelamin untuk beberapa bulan selepas bersalin. Doktor anda juga akan bercakap
mengenai pilihan-pilihan untuk menjarakan kelahiran.
· Anda boleh bercakap mengenai apa-apa
sahaja perkara yang berkaitan. Jika anda mengalami masalah emosi beritahu
doktor anda. Adalah perkara biasa mengalami masalah perasaan, tetapi jika anda
fikir anda mengalami kemurungan, minta rujuk kepada ahli terapi
Aniesz Ceasar 0193878986_
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
No comments:
Post a Comment