Rambut gugur kerana bayi anda
menyemburkan air liur? Benarkah? Bagaimana pula saya, bayi saya tidak
menyemburkan air liur tetapi mengapa rambut masih gugur.
Kebanyakan ibu baru akan terkejut
mendapati mereka kehilangan rambut lebih dari kebiasaan dalam beberapa bulan
yang pertama selepas bersalin, tetapi ini adalah perkara biasa. Dan tidak perlu berasa panik. Anda
tidak akan botak. Rambut anda sepatutnya akan kembali normal pada hari ulang
tahun pertama bayi anda.
Ini apa yang
berlaku. Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala anda tumbuh
dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat
berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu
rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita
adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari.
Ketika mengandung,
peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat
sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang
gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan
banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak
rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan
berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini
mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
Namun tidak semua
wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau
tempoh berpantang.
Apa yang boleh saya lakukan?
Anda tidak dapat
memberhentikan rambut daripada gugur tetapi anda boleh mengubah stail rambut
anda. Mungkin dengan memotong pendek rambut anda. Tambahan dengan kehadiran
bayi dan kesuntukan masa akan lebih memudahkan anda menjaga rambut anda.
Perhatian buat ibu
baru: Helaian rambut boleh membelit sekeliling bayi anda seperti di jari
tangan, jari kaki, pergelangan tangan, kaki atau kemaluan. Ini dipanggil
‘sekatan darah oleh rambut’ (hair tourniquet) dan ini memberi kesakitan kepada
bayi anda. Jika anda mendapati bayi anda menanggis tanpa sebarang sebab, cuba
periksa samada terdapat ikatan rambut yang kuat pada bayi anda
Aniesz Ceasar 0193878986_
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
No comments:
Post a Comment