Dalam masa 2 ke
3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda
bengkakberdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa.
Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin
mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.
Apa
penyebabnya?
Selepas 72 jam
bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini
tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke
kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak
semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit
pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan
banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana
baru bersalin dan masih kepenatan.
Bagaimana untuk merawatnya?
Pembengkakan
ini sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang
menghasilkan susu untuk bayi
· Pakailah
bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam.
Pastikan ianya tidak terlalu ketat
· Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3
jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak
tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba
berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda
kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk
yang seterusnya.
· Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap
putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka
dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi
menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
· Elakkan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau
apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan
menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan
· Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang
sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan
mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
· Untuk mengurangkan kesakitan dan
bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.
· Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat
dari doctor.
· Jangan letakkan benda panas seperti pad
pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk
melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini
hanya akan memburukkan keadaan.
Berapa lama akan berpanjangan
Berita baik untuk anda. Ianya akan
berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan
cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya
akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan
lebih lembut tetapi penuh dengan susu.
Bolehkah saya terus menyusu?
Anda boleh dan
patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan
penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap.
Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula
dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau
menangis.
Adakah ini akan memberi kesan kepada
bayi saya?
Tidak. Sebaliknya
anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.
Aniesz Ceasar 0193878986_
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
No comments:
Post a Comment