Monday, July 13, 2015

Info Berkaitan Penyusuan Badan

Penyusuan Badan
Adakah penyusuan badan akan membantu rahim saya mengecut ke saiz sebelum mengandung?
Ya. Jika anda menyusu badan, kelenjar pituitari mengeluarkan hormon oxytocin, yang bertindak untuk menegangkan otot yang lembut seperti pundi susu di payudara anda. Ini menyebabkan susu anda bergerak ke hadapan payudara, memyediakan susu kepada bayi anda. Dengan setiap penyusuan, oxytocin akan menyebabkan sel-sel otot ini di dalam rahim menegang, mengakibatkan rahim mengecut kembali ke saiz asal. Oxytocin mempunyai 1 lagi kesan yang penting, perasaan sayang dalam diri ibu-ibu terhadap bayi-bayi mereka. Kadang-kadang hormon ini juga dikenali sebagai 'hormon sayang'.

Adakah penyusuan ini membantu berat badan saya turun?
Ketika anda mengandung, badan anda secara semulajadi menambah tisu-tisu lemak supaya anda mempunyai lemak yang mencukupi untuk mula dan menyokong penyusuan. Selepas mempunyai bayi, jika anda makan pelbagai makanan dan seimbang, penyususan akan menolong menurunan berat badan tanpa mempengaruhi kesihatan anda atau bayi dengan berdiet. Dan anda secara natural membakar lemak untuk menghasilkan susu setiap kali anda menyusu badan.
Wanita yang mengamalkan diet, bersenam dengan kerap, atau kurang makan mungkin dapat menurunkan berat badan dengan segera, tetapi mereka juga akan melepaskan tahap toksin yang tinggi ke susu badan mereka. Namun, susu ini tetap merupakan susu yang paling sihat untuk bayi, jadi jangan jadikan kenyataan ini untuk berhenti menyusu. Buatlah penurunan secara teratur, makan ketika lapar dan pastikan minum air yang secukupnya. Ini adalah cara yang terbaik dan selamat untuk kurangkan berat badan.

Adakah penyusuan menyebabkan nafsu seks saya terganggu
Mungkin, tetapi ia tidak akan berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi nafsu pada ibu-ibu baru ini. Paling ketara adalah kepenatan ketika berpantang, kepenatan yang mungkin berlebihan jika anda sahaja yang dapat memenuhi kehendak bayi baru anda seperti menyusu pada setiap beberapa jam (selain menidurkan, menukar lampin dan mendukung bayi anda) mungkin menyebabkan anda keletihan pada akhirnya dan kurang berminat kepada pasangan anda.
Akhirnya, penyusuan akan menahan ovulasi selepas beberapa bulan bersalin – iaitu cara semulajadi mengelak dari mengandung semula. Ini juga bermakna, jumlah estrogen yang beredar dalam badan anda berada jauh bawah dari paras normal, menyebabkan vaginal kekeringan dan kekurangan keinginan.
Tetapi setiap wanita adalah berbeza, kebanyakan wanita yang menyusu mengatakan penyusuan tidak memberi kesan ini kepada mereka, malah terdapat yang merasa lebih seksual. Mereka mendapati penyusuan adalah sesuatu yang menarik , yang menyebabkan mereka berperasaan berahi terhadap pasangan mereka. Penyusuan juga memberi wanita perasaan lebih menghargai badan mereka, altitud yang menyebabkan keinginan untuk bersama timbul.
Jika anda adalah mereka yang tidak bernasib baik, ingatkan diri anda dan pasangan anda, adalah normal seks ibu yang menyusu ini adalah kurang. Pastikan berkomunikasi secara terbuka dan cari cara lain (seperti mandi bersama, saling urut –mengurut) Paling penting, letakan semua ini  dalam satu perspektif – Kebanyakan ibu bapa baru ini mengatakan ini hanyalah sementara untuk mendapat kebaikan yang lebih daripada penyusuan itu.

Saya masih menyusu anak saya yang berumur 7 bulan dan saya baru sahaja mengalami period yang pertama selepas bersalin. Adakah kitaran period saya akan tetap walaupun saya masih menyusukan bayi?

Kebanyakan ibu akan mendapati kitaran period mereka akan kembali apabila mereka mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi mereka atau apabila bayi mula tidur lebih lama iaitu 4 ke 6 jam. 
Bila kitaran akan mula tetap tidak dapat dipastikan, setiap wanita mempunyai pengaruh hormonal yang berbeza terhadap penyusuan badan. Namun 1 perkara yang pasti ialah anda perlu beringat anda telah mula subur. Bermulanya period anda adalah petanda ovulasi telah bermula. Jika anda tidak bercadang menambah ahli keluarga anda, jumpalah doktor anda mengenai pilihan untuk mengawal kelahiran.  Hanya pil progestin yang boleh digunakan ketika menyusu bayi, tetapi terdapat kajian mengatakan ianya akan mengubah komposisi susu badan. Maka ramai pakar mencadangkan ibu-ibu yang menyusu bayi menggunakan kaedah lain seperti penggunaan diaphragm atau kondom.

Teknik Menyusukan Bayi
1.   Kedudukan badan
·       Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
·       Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
·       Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
2.   Cara memegang bayi
·       Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
·       Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara     ibu
·       bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu      
        bayi diampu
3.   Cara memegang payudara 
·       Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain       di bawah puting
·       Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di 
        atas puting dan jari lain di bawah puting

Posisi Penyusuan
1.   Posisi mendukung/buai
·       Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
·       muka dan kepala bayi menghadap payudara 
2.   Posisi mendakap/di sisi
1.   ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut   
      longgar
2.   ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
3.   pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke 
      hadapan untuk menyusukannya
3.   Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
·     Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. 
      Ibu juga boleh mengawal kepalanya
·     Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
4.   Posisi baring
·     bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat  ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat

Penyusuan pasangan kembar
·       Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak

Pelekapan

Cara yang betul menyusukan bayi
·       Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
·       gerakkan badan bayi ke arah payudara
·       pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
·       pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
·       mulut bayi terbuka luas
·       dagunya mencecah payudara
·       bibir melekup keluar
·       pipi gelembung
·       payudara nampak penuh dan bulat
·       terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
·       dagu bayi jauh
·       tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
·       dagu tidak menyentuh payudara
·       ibu rasa sakit
·       payudara bolehbengkak dan puting luka


Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

No comments:

Post a Comment