Ia adalah potongan
surgikal yang dibuat sebelum bersalin disekitar kawasan otot di antara vagina
dan anus (kawasan ini dipanggil perineum) untuk membesarkan pembukaan vaginal
anda. Doktor akan memotong untuk mempercepatkan bersalin dan mengelakan vagina
daripada terkoyak, terutama semasa bersalin vaginal kali pertama. Ramai
pakar percaya luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka tekoyak
sendiri. Tetapi banyak kajian sejak 20 tahun kebelakangan ini tidak bersetuju
dengan teori ini dan ramai pakar kini bersetuju prosedur ini tidak dijadikan
sebagai rutin.
Kajian menunjukkan
wanita yang mengalami koyakan dengan sendiri sembuh sama atau kurang dan
biasanya kurang masalah komplikasi berbanding dengan episiotomi. Wanita yang
menjalani episiotomi lebih mudah mengalami kehilangan darah ketika bersalin,
lebih sakit ketika dalam proses penyembuhan dan menunggu lebih lama untuk
mengadakan hubungan kelamin dengan selesa.
Wanita yang
menjalani episiotomi juga lebih banyak berakhir dengan masalah terkoyak
yang serius sehingga ke anal sphincter atau sehingga ke rectum (dikenali
sebagai tahap ke 3 atau ke 4 koyakan) berbanding mereka yang bersalin tanpa
potongan. Koyakan yang serius ini menyebabkan lebih kesakitan perneal selepas
kelahiran, memerlukan tempoh penyembuhan yang lebih panjang dan berkemungkinan
memberi kesan kepada kekuatan oto-otot lantai pelvik. Dan koyakan yang
merosakkan anal sphincter meningkatkan risiko kelemahan kawalan pada anal –
masalah mengawal pergerakan usus dan angin.
Dalam situasi tertentu
episiotomi adalah perlu untuk anda dan bayi anda:
·
Jika jantung bayi adalah lemah dan tidak dapat bertahan
saat akhir bersalin dan perlu dilahirkan dengan segera
·
Jika bayi anda terlalu besar dan memerlukan lebih
ruang untuk bayi keluar
·
Jika memerlukan sedikit ruang untuk menggunakan
forcep bagi membolehkan bayi keluar
· Jika tisu anda mula berdarah atau
seperti akan koyak di beberapa tempat apabila kepala bayi anda mula keluar. Tujuannya
adalah untuk mengelakkan koyakan lebih dari 1 tempat.
Bagaimana untuk
mengelak menjalani episiotomi yang tidak perlu
Berbincang dengan doktor anda lebih
dahulu mengenai perasaan anda mengenai prosedur ini. Bertanya berapa kerap dan
dalam keadaan apakah perlu menjalani episiotomi dan bagaimana doktor anda boleh
membantu mengelakkan koyakan.
Anda mungkin uingin memcuba membuat
urutan perineal bermula 5 ke 6 minggu sebelum bersalin. Terdapat kajian
menunjukkan urutan ini mungkin mengurangkan koyakan atau memerlukan episiotomi.
Bagaimana
episiotomi dijalankan
Jika doktor
anda perlu melakukan episiotomi, dia akan memberi suntikan dan menggunakan
gunting pembedahan untuk membuat guntingan kecil pada perineum anda.
(Kadang-kadang, jika perineum anda telah kebas dan menipis akibat tekanan
kepala bayi, episiotomi dibuat tanpa perlu ubatan. Ini dipanggil episiotomi
tekanan).Selepas itu anda akan diberi sekali lagi suntikan untuk memastikan
anda kebas sebelum doktor menjahit potongan itu.
Bagaimana cara
penyembuhan
Jika anda menjalani episiotomi(atau
koyakan) anda akan dijahit dikawasan yang lembut dan memerlukan tempoh untuk
sembuh. (Jahitan itu akan tertanggal sendiri dalam beberapa minggu selepas
bersalin dan tidak perlu ditanggalkan.) Setengah wanita mengalami
ketidakselesaan untuk sebulan atau lebih, terutama mereka yang mengalami tahap
ke 3 atau ke 4 koyakan. Gunakan pek ais pada kawasan perineal dengan
segera selepas bersalin dan bersela-sela selama 12 jam supaya kawasan itu kebas
dan mengelakkan atau mengurangkan bengkak.
Bilakah boleh
mengadakan hubungan kelamin semula
Perineum anda akan sembuh sepenuhnya
dalam masa 4 ke 6 minggu selepas bersalin, jika doktor anda mengatakan anda
telah sembuh anda boleh mencuba selepas tempoh ini. Anda mungkin berasa sedikit
ketidakselesaan dan ketegangan. Bertenang sebanyak mungkin dan gunakan pelincir
larutan air (water solution) yang baik untuk membantu hubungan kelamin yang
lebih selesa. Ini juga akan lebih membantu jika anda menyusu badan, kerana
laktasi akan merendahkan paras estrogen yang mengurangkan jumlah pelincir yang
dihasilkan oleh vagina anda. Ramai wanita terus mengunakan pelincir ketika
hubungan kelamin sehingga berhenti memberi susu badan
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
No comments:
Post a Comment