Tuesday, January 30, 2018

15 Kesan Kekurangan Vitamin C Pada Ibu Hamil

Dalam Set Kehamilan Shaklee vitamin mana yang paling penting? Dan vitamin mana yang kurang penting? Persoalan yang biasa diajukan. Di dalam Set Healthy Pranatal ni ada ESP, Vitalea, B-compleks, Ostematrik, Vitamin C dan Omega. Ada ramai yang tidak ingin mengambil Vitamin C katanya kurang penting untuk ibu hamil. Betul ke tak penting? Sebelum tu kita ketahui dulu kepentingan Vitamin C terutama pada ibu hamil. 

Manfaat Vitamin C Pada Ibu Hamil

  •  Mengelak masalah anemia pada ibu hamil. Ini kerana vitamin C mempercepatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  •  Menghasilkan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-otot  dan tulang-tulang fetus. Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin ini setiap hari. Ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
  • Menguatkan sistem imun tubuh badan
  • Dapat mengelakkan ibu-ibu hamil dari terkena jangkitan demam dan selsema.
  • Sangat bagus untuk bayi, ia menjadikan kulit bayi gebu, lembut, cerah. Malah menguatkan juga imun sistem bayi sejak dalam kandungan lagi.
  • Sebagai anti-oksida pada ibu hamil. Vitamin C adalah anti oksida yang membantu badan ibu yang mengandung jika mempunyai toksin semasa kehamilan. Vitamin C mempunyai kebaikan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, Vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.
  • Penting untuk pembaikan tisu badan, pertumbuhan tulang dan kulit yang sihat

Vitamin C Dan Ibu Hamil

Inilah Kesan Dan Akibat Kekurangan Vitamin C Oleh Ibu Hamil

  1. Selalu Demam dan Selsema kerana sistem pertahanan badan yang rendah
  2. Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen). Ketahui Langkah Pencegahan Gusi Berdarah
  3. Tanda-tanda lebam pada badan
  4. Rambut gugur
  5. Sakit Sendi
  6. Kulit kering dan gatal serta alahan. Ketahui Alahan Pada Ibu Hamil
  7. Insomnia
  8. Kurang selera makan
  9. Masalah pencernaan
  10. Sering letih dan lemah
  11. Luka yang lambat sembuh
  12. Kemurungan
  13. Anemia
  14. Salur darah mengecil
  15. Pendarahan dalam mata
Setiap vitamin mempunyai manfaat dan kebaikan masing-masing untuk fungsi tersendiri dalam memberi manfaat pada ibu dan bayi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya Aniesz Ceasar 0193878986

No comments:

Post a Comment