Monday, July 13, 2015

Info Berkaitan Penyusuan Badan

Penyusuan Badan
Adakah penyusuan badan akan membantu rahim saya mengecut ke saiz sebelum mengandung?
Ya. Jika anda menyusu badan, kelenjar pituitari mengeluarkan hormon oxytocin, yang bertindak untuk menegangkan otot yang lembut seperti pundi susu di payudara anda. Ini menyebabkan susu anda bergerak ke hadapan payudara, memyediakan susu kepada bayi anda. Dengan setiap penyusuan, oxytocin akan menyebabkan sel-sel otot ini di dalam rahim menegang, mengakibatkan rahim mengecut kembali ke saiz asal. Oxytocin mempunyai 1 lagi kesan yang penting, perasaan sayang dalam diri ibu-ibu terhadap bayi-bayi mereka. Kadang-kadang hormon ini juga dikenali sebagai 'hormon sayang'.

Adakah penyusuan ini membantu berat badan saya turun?
Ketika anda mengandung, badan anda secara semulajadi menambah tisu-tisu lemak supaya anda mempunyai lemak yang mencukupi untuk mula dan menyokong penyusuan. Selepas mempunyai bayi, jika anda makan pelbagai makanan dan seimbang, penyususan akan menolong menurunan berat badan tanpa mempengaruhi kesihatan anda atau bayi dengan berdiet. Dan anda secara natural membakar lemak untuk menghasilkan susu setiap kali anda menyusu badan.
Wanita yang mengamalkan diet, bersenam dengan kerap, atau kurang makan mungkin dapat menurunkan berat badan dengan segera, tetapi mereka juga akan melepaskan tahap toksin yang tinggi ke susu badan mereka. Namun, susu ini tetap merupakan susu yang paling sihat untuk bayi, jadi jangan jadikan kenyataan ini untuk berhenti menyusu. Buatlah penurunan secara teratur, makan ketika lapar dan pastikan minum air yang secukupnya. Ini adalah cara yang terbaik dan selamat untuk kurangkan berat badan.

Adakah penyusuan menyebabkan nafsu seks saya terganggu
Mungkin, tetapi ia tidak akan berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi nafsu pada ibu-ibu baru ini. Paling ketara adalah kepenatan ketika berpantang, kepenatan yang mungkin berlebihan jika anda sahaja yang dapat memenuhi kehendak bayi baru anda seperti menyusu pada setiap beberapa jam (selain menidurkan, menukar lampin dan mendukung bayi anda) mungkin menyebabkan anda keletihan pada akhirnya dan kurang berminat kepada pasangan anda.
Akhirnya, penyusuan akan menahan ovulasi selepas beberapa bulan bersalin – iaitu cara semulajadi mengelak dari mengandung semula. Ini juga bermakna, jumlah estrogen yang beredar dalam badan anda berada jauh bawah dari paras normal, menyebabkan vaginal kekeringan dan kekurangan keinginan.
Tetapi setiap wanita adalah berbeza, kebanyakan wanita yang menyusu mengatakan penyusuan tidak memberi kesan ini kepada mereka, malah terdapat yang merasa lebih seksual. Mereka mendapati penyusuan adalah sesuatu yang menarik , yang menyebabkan mereka berperasaan berahi terhadap pasangan mereka. Penyusuan juga memberi wanita perasaan lebih menghargai badan mereka, altitud yang menyebabkan keinginan untuk bersama timbul.
Jika anda adalah mereka yang tidak bernasib baik, ingatkan diri anda dan pasangan anda, adalah normal seks ibu yang menyusu ini adalah kurang. Pastikan berkomunikasi secara terbuka dan cari cara lain (seperti mandi bersama, saling urut –mengurut) Paling penting, letakan semua ini  dalam satu perspektif – Kebanyakan ibu bapa baru ini mengatakan ini hanyalah sementara untuk mendapat kebaikan yang lebih daripada penyusuan itu.

Saya masih menyusu anak saya yang berumur 7 bulan dan saya baru sahaja mengalami period yang pertama selepas bersalin. Adakah kitaran period saya akan tetap walaupun saya masih menyusukan bayi?

Kebanyakan ibu akan mendapati kitaran period mereka akan kembali apabila mereka mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi mereka atau apabila bayi mula tidur lebih lama iaitu 4 ke 6 jam. 
Bila kitaran akan mula tetap tidak dapat dipastikan, setiap wanita mempunyai pengaruh hormonal yang berbeza terhadap penyusuan badan. Namun 1 perkara yang pasti ialah anda perlu beringat anda telah mula subur. Bermulanya period anda adalah petanda ovulasi telah bermula. Jika anda tidak bercadang menambah ahli keluarga anda, jumpalah doktor anda mengenai pilihan untuk mengawal kelahiran.  Hanya pil progestin yang boleh digunakan ketika menyusu bayi, tetapi terdapat kajian mengatakan ianya akan mengubah komposisi susu badan. Maka ramai pakar mencadangkan ibu-ibu yang menyusu bayi menggunakan kaedah lain seperti penggunaan diaphragm atau kondom.

Teknik Menyusukan Bayi
1.   Kedudukan badan
·       Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
·       Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
·       Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
2.   Cara memegang bayi
·       Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
·       Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara     ibu
·       bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu      
        bayi diampu
3.   Cara memegang payudara 
·       Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain       di bawah puting
·       Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di 
        atas puting dan jari lain di bawah puting

Posisi Penyusuan
1.   Posisi mendukung/buai
·       Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
·       muka dan kepala bayi menghadap payudara 
2.   Posisi mendakap/di sisi
1.   ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut   
      longgar
2.   ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
3.   pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke 
      hadapan untuk menyusukannya
3.   Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
·     Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. 
      Ibu juga boleh mengawal kepalanya
·     Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
4.   Posisi baring
·     bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat  ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat

Penyusuan pasangan kembar
·       Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak

Pelekapan

Cara yang betul menyusukan bayi
·       Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
·       gerakkan badan bayi ke arah payudara
·       pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
·       pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
·       mulut bayi terbuka luas
·       dagunya mencecah payudara
·       bibir melekup keluar
·       pipi gelembung
·       payudara nampak penuh dan bulat
·       terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
·       dagu bayi jauh
·       tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
·       dagu tidak menyentuh payudara
·       ibu rasa sakit
·       payudara bolehbengkak dan puting luka


Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Saturday, July 11, 2015

Pemeriksaan Selepas Bersalin

Apa yang perlu anda jangka ketika pemeriksaan selepas bersalin

Ketika pemeriksaan ini,

·   Berat dan tekanan darah akan diperiksa
·   Abdomen dan payudara akan diperiksa. Perut anda diperiksa untuk memastikan dalam keadaan baik dan payudara diperiksa untuk memastikan tiada benjolan atau cairan yang luarbiasa dari puting. Jika anda menyusu, doktor anda akan memastikan tiada efeksi atau tersumbat pada payudara anda.
·   Perineum anda diperiksa, membuat spekulum dan pemeriksaan dalaman. Ketika permeriksaan spekulum, doktor akan memeriksa bagi memastikan sebarang lebam, calar atau koyakan pada serviks atau vaginal sembuh sepenuhnya dan dia mungkin juga akan melakukan pap smear. Ketika pemeriksaan ini dia juga akan memeriksa rahim dan ovari, dan otot vaginal. Dan mungkin juga melakukan pemeriksaan rectal
·   Mungkin doktor juga akan memberi kebenaran untuk anda melakukan hubungan kelamin semula. Tetapi jangan risau, jika anda belum bersedia. Kebanyakan ibu-ibu baru tidak akan berasa untuk melakukan hubungan kelamin untuk beberapa bulan selepas bersalin. Doktor anda juga akan bercakap mengenai pilihan-pilihan untuk menjarakan kelahiran.

·   Anda boleh bercakap mengenai apa-apa sahaja perkara yang berkaitan. Jika anda mengalami masalah emosi beritahu doktor anda. Adalah perkara biasa mengalami masalah perasaan, tetapi jika anda fikir anda mengalami kemurungan, minta rujuk kepada ahli terapi 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, July 10, 2015

Berpeluh Dan Kaitannya Dengan Bersalin

Saya berpeluh tanpa berhenti sejak bersalin, apakah yang telah terjadi?

Ia adalah perkara biasa untuk berpeluh dengan banyak dalam beberapa minggu selepas bersalin, terutama pada waktu malam. Berpeluh adalah satu cara badan anda membuang air berlebihan yang tersimpan ketika mengandung.
Ginjal anda bertanggungjawab kepada kebanyakan pembuangan, iaitu bermakna anda akan kerap membuang air kencing dari biasa dalam 1 minggu pertama bersalin. Tetapi puri anda juga juga bekerja keras untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Tekanan emosi ibu-ibu yang baru juga mungkin boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak. Dan kemungkinan penurunan estrogen yang mendadak selepas bersalin turut menyumbang perkara ini.
Walau berat air telah hilang, anda mungkin akan berterusan mengalami pepeluhan dengan banyak jika anda menyusu bayi. Penyebabnya tidak dikaji atau dapat difahami, tetapi terdapat teori perubahan hormon dan metabolik yang berkaitan dengan penyusuan.
Walaupun perpeluhan ini adalah normal, tetapi jika diikuti dengan demam, anda mungkin mengalami jangkitan. Ia juga boleh menjadi petanda kepada masalah lain seperti tiroid yang terlebih aktif. Jumpa doktor anda jika anda mendapati anda berpeluh terlalu berlebihan.

Berapa lama ianya akan berakhir?
Ianya akan berlarutan sehingga beberapa minggu selepas bersalin, dan akan lebih panjang bagi wanita yan menyusu bayi


Apa yang boleh saya lakukan?

Jangan kurangkan pengambilan minuman untuk mengurangkan berpeluh. Minum banyak minuman tidak berkafein akan membantu mempercepatkan proses pembuangan air berlebihan dan mengelakkan anda menjadi kekeringan.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Wednesday, July 8, 2015

Bengkak Payudara

Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkakberdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

Apa penyebabnya?
Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?
Pembengkakan ini  sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
·   Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
·   Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.
·   Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
·   Elakkan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan
·   Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
·   Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.
·    Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
·    Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.

Berapa lama akan berpanjangan
Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?
Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?

Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Monday, July 6, 2015

Keguguran Rambut

Rambut gugur kerana bayi anda menyemburkan air liur? Benarkah? Bagaimana pula saya, bayi saya tidak menyemburkan air liur tetapi mengapa rambut masih gugur.

Kebanyakan ibu baru akan terkejut mendapati mereka kehilangan rambut lebih dari kebiasaan dalam beberapa bulan yang pertama selepas bersalin, tetapi ini adalah perkara biasa. Dan tidak perlu berasa panik. Anda tidak akan botak. Rambut anda sepatutnya akan kembali normal pada hari ulang tahun pertama bayi anda.

Ini apa yang berlaku. Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala anda tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari.

Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

Namun tidak semua wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau tempoh berpantang.

Apa yang boleh saya lakukan?
Anda tidak dapat memberhentikan rambut daripada gugur tetapi anda boleh mengubah stail rambut anda. Mungkin dengan memotong pendek rambut anda. Tambahan dengan kehadiran bayi dan kesuntukan masa akan lebih memudahkan anda menjaga rambut anda.

Perhatian buat ibu baru: Helaian rambut  boleh membelit sekeliling bayi anda seperti di jari tangan, jari kaki, pergelangan tangan, kaki atau kemaluan. Ini dipanggil ‘sekatan darah oleh rambut’ (hair tourniquet) dan ini memberi kesakitan kepada bayi anda. Jika anda mendapati bayi anda menanggis tanpa sebarang sebab, cuba periksa samada terdapat ikatan rambut yang kuat pada bayi anda

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, July 3, 2015

Episiotomi

Ia adalah potongan surgikal yang dibuat sebelum bersalin disekitar kawasan otot di antara vagina dan anus (kawasan ini dipanggil perineum) untuk membesarkan pembukaan vaginal anda. Doktor akan memotong untuk mempercepatkan bersalin dan mengelakan vagina daripada terkoyak, terutama semasa bersalin vaginal kali pertama.  Ramai pakar percaya luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka tekoyak sendiri. Tetapi banyak kajian sejak 20 tahun kebelakangan ini tidak bersetuju dengan teori ini dan ramai pakar kini bersetuju prosedur ini tidak dijadikan sebagai rutin.

Kajian menunjukkan wanita yang mengalami koyakan dengan sendiri sembuh sama atau kurang dan biasanya kurang masalah komplikasi berbanding dengan episiotomi. Wanita yang menjalani episiotomi lebih mudah mengalami kehilangan darah ketika bersalin, lebih sakit ketika dalam proses penyembuhan dan menunggu lebih lama untuk mengadakan hubungan kelamin dengan selesa.

Wanita yang menjalani episiotomi juga lebih banyak  berakhir dengan masalah terkoyak yang serius sehingga ke anal sphincter atau sehingga ke rectum (dikenali sebagai tahap ke 3 atau ke 4 koyakan) berbanding mereka yang bersalin tanpa potongan. Koyakan yang serius ini menyebabkan lebih kesakitan perneal selepas kelahiran, memerlukan tempoh penyembuhan yang lebih panjang dan berkemungkinan memberi kesan kepada kekuatan oto-otot lantai pelvik. Dan koyakan yang merosakkan anal sphincter meningkatkan risiko kelemahan kawalan pada anal – masalah mengawal pergerakan usus dan angin.

Dalam situasi tertentu episiotomi adalah perlu untuk anda dan bayi anda:
·       Jika jantung bayi adalah lemah dan tidak dapat bertahan saat akhir bersalin dan perlu dilahirkan dengan segera
·        Jika bayi anda terlalu besar dan memerlukan lebih ruang untuk bayi keluar
·        Jika memerlukan sedikit ruang untuk menggunakan forcep bagi membolehkan bayi keluar
·        Jika tisu anda mula berdarah atau seperti akan koyak di beberapa tempat apabila kepala bayi anda mula keluar. Tujuannya adalah untuk mengelakkan koyakan lebih dari 1 tempat.

Bagaimana untuk mengelak menjalani episiotomi yang tidak perlu
Berbincang dengan doktor anda lebih dahulu mengenai perasaan anda mengenai prosedur ini. Bertanya berapa kerap dan dalam keadaan apakah perlu menjalani episiotomi dan bagaimana doktor anda boleh membantu mengelakkan koyakan.
Anda mungkin uingin memcuba membuat urutan perineal bermula 5 ke 6 minggu sebelum bersalin. Terdapat kajian menunjukkan urutan ini mungkin mengurangkan koyakan atau memerlukan episiotomi.
Bagaimana episiotomi dijalankan
 Jika doktor anda perlu melakukan episiotomi, dia akan memberi suntikan dan menggunakan gunting  pembedahan untuk membuat guntingan kecil pada perineum anda. (Kadang-kadang, jika perineum anda  telah kebas dan menipis akibat tekanan kepala bayi, episiotomi dibuat tanpa perlu ubatan. Ini dipanggil  episiotomi tekanan).Selepas itu anda akan diberi sekali lagi suntikan untuk memastikan anda kebas sebelum  doktor menjahit potongan itu.
Bagaimana cara penyembuhan
Jika anda menjalani episiotomi(atau koyakan) anda akan dijahit dikawasan yang lembut dan memerlukan tempoh untuk sembuh. (Jahitan itu akan tertanggal sendiri dalam beberapa minggu selepas bersalin dan tidak perlu ditanggalkan.) Setengah wanita mengalami ketidakselesaan untuk sebulan atau lebih, terutama mereka yang mengalami tahap ke 3 atau ke 4 koyakan. Gunakan pek ais  pada kawasan perineal dengan segera selepas bersalin dan bersela-sela selama 12 jam supaya kawasan itu kebas dan mengelakkan atau mengurangkan bengkak.
Bilakah boleh mengadakan hubungan kelamin semula
Perineum anda akan sembuh sepenuhnya dalam masa 4 ke 6 minggu selepas bersalin, jika doktor anda mengatakan anda telah sembuh anda boleh mencuba selepas tempoh ini. Anda mungkin berasa sedikit ketidakselesaan dan ketegangan. Bertenang sebanyak mungkin dan gunakan pelincir larutan air (water solution) yang baik untuk membantu hubungan kelamin yang lebih selesa. Ini juga akan lebih membantu jika anda menyusu badan, kerana laktasi akan merendahkan paras estrogen yang mengurangkan jumlah pelincir yang dihasilkan oleh vagina anda. Ramai wanita terus mengunakan pelincir ketika hubungan kelamin sehingga berhenti memberi susu badan

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Wednesday, July 1, 2015

Sembelit VS Buasir

Sembelit

Walaupun anda tidak pernah mengalami sembelit semasa mengandung, tetapi masa ini akan mungkin mengalaminya. Jika anda pernah ada enema, proses bersalin yang lama tanpa makan atau tiada pergerakan dalam perut ketika bersalin, anda mungkin tidak mengalaminya selama 1 atau 2 hari kerana tiada apa di dalam usus anda. Dan jika anda menjalani pembedahan, ia akan mengambil 3 ke 4 hari untuk usus anda berfungsi secara normal semula.

Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:
·       Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh melambatkan sistem penghadaman anda
·       Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak  boleh menyebabkan sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.
Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:
·       Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
·       Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
·       Minum banyak air - sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati memulakan pagi dengan  meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
·       Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi, tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
·       Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan ubat-ubatan ini.

Buasir
Buasir adalah pembengkakan pembuluh darah – iaitu pembuluh darah yang menjadi bengkak di kawasan rectal. Buasir adalah sebesar daripada saiz kismis sehingga sebesar anggur. Ia boleh hanya gatal-gatal atau sakit dan kadang-kadang menyebabkan pendarahan pada rectal terutama ketika pembuangan najis. Kadang-kadang pembengkakan ini sehingga ke anus. Jika ini berlaku anda akan merasa di kawasan berhampiran rectum anda lembut dan bengkak.
Buasir adalah biasa ketika semasa dan selepas mengandung. Setengah-setengah wanita mengalami kali pertama ketika mengandung dan jika anda pernah mengalaminya ketika sebelum mengandung anda berkemungkinan mendapatnya ketika mengandung. Dan biasanya ia akan hilang sendiri (atau dengan beberapa bantuan yang akan dinyatakan dibawah) selepas bersalin.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mendapatnya (seperti juga pembengkakan urat pada kaki dan kadang kala di vulva). Pembesaran rahim akan memberi tekanan kepada urat pelvik dan vena cava dalaman, urat besar yang terletak pada bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian bawah anggota badan. Ini akan melambatkan pengaliran darah di bahagian separuh bawah badan, meningkatkan tekanan urat pada bawah rahim anda dan menyebabkan ia semakin besar atau bengkak.
Sembelit, perkara yang biasa berlaku ketika mengandung, boleh menyebabkan buasir atau menyebabkan ia menjadi lebih buruk. Ini kerana menerang boleh menyebabkan buasir, dan anda cenderung untuk menerang ketika pembuangan najis yang keras. Tambahan pula, peningkatan hormon progesteron ketika mengandung menyebabkan dinding-dinding urat berehat, menjadikan ia mudah membengkak dan menyumbang kepada sembelit dengan memperlahankan proses yang terjadi di dalam kawasan usus. Anda juga boleh mengalami buasir ketika proses meneran dalam peringkat kedua bersalin.

Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya
·       Mandi ‘sitz’ untuk selama 10 – 20 minit beberapa kali sehari atau bila-bila anda boleh. Anda tidak perlukan tub mandi.  Isikan air suam. Kemudian rendamkan bahagian bawah anda dengan menurunkan seluar dan duduk.
·       Selepas membuang najis, dengan lembut tetapi sempurna, bersihkan kawasan terbabit mengunakan botol peri (botol penyembur plastik). Cuba gunakan pengelap pra-berpelembab daripada menggunakan tisu yang kering untuk mengelap. Jika menggunakan tisu, gunakan tisu yang lembut, putih dan tidak wangi yang mengurangkan ketidakselesaan berbanding tisu berwarna atau wangi.
·       Tanya doktor anda untuk mencadangkan anesthetic yang selamat atau suppositories berubat. Terdapat banyak ubat untuk meredakan buasir tetapi dapatkan nasihat doktor anda dahulu. Kebanyakan barangan ini hanya boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek sahaja ( 1 minggu atau kurang) kerana penggunaan yang lebih lama akan menyebabkan menjadi kemerahan. (Jika anda menjalani episiotomi atau koyakan sehingga ke rectum anda, adalah penting untuk tidak meletakkan apa-apa termasuk suppositories sehingga doctor anda mengatakan boleh)
·       Kurangkan tekanan pada urat rectal anda untuk mengurangkan kesakitan. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.

Bagaimana untuk mempercepatkan proses penyembuhan
Membuat beberapa amalan tabiat-tabiat yang sihat di bawah dapat mempercepatkan penyembuhan dan mengelak buasir di masa hadapan.
·       Pertama, elakan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.
·       Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar, cuba jangan meneran apabila membuang dan dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.
·       Buat senaman Kegel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.
Jika tidak sembuh atau berlaku pendarahan, hubungi doctor anda. Dalam kes-kes terpencil, pembedahan kecil adalah perlu untuk membetulkan keadaan.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_