Pelahiran dan
Kelahiran
Apakah yang dimaksudkan pelahiran?
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan
baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat
merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin
menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali
sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah
masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan
cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas.
Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah
selepas proses pelahiran bermula.
Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini,
anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia.
Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan.
Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti
"doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup
sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat
melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih
lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim
adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya
seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya
sebelum menyusut semula.
Kelahiran Palsu
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang
normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak
membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini
disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran
palsu dan pelahiran sebenar:
Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa
tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang
apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia
tidak hilang, hubungilah doktor segera.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apakah tanda-tanda
pelahiran yang biasa?
Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.
Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air'
mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit.
Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital
apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda
terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang
8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai
sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek
dari kelahiran yang pertama dahulu.
Di Hospital
Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi. Orang yang memberikan sokongan Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
Peringatan kepada bapa
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar
mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan
isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar
dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan
kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat
istimewa
bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.
Peringkat pelahiran
Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya. Peringkat Pertama: Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya. Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:
Peringkat Kedua
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi
akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan
pancutan cecair dari faraj.
Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang
terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari
peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang
bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3
minit dan berlanjutan selama 1 minit.
Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran. Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan. Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan
Episiotomi
Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj
dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan
ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan
apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali.
Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu
ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan
episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan
prosedur ini.
Peralatan yang digunakan semasa bersalin
Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan
pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut.
Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak
memudaratkan bayi .
Persediaan pelahiran
Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami
tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa
anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu
dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa
pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa,
menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan,
dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah
kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan
semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak
boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan
doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk
menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat.
Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.
Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa. Pembedahan Caesaerean
Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi
dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj.
Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya
adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila
kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila
kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu
dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau
keadaan tertentu.
Bayi Songsang
Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih
dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam
posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki
memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses
pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani
pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan
memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang
harus dilakukan.
Selepas Bersalin
Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih
rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah.
Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi.
Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk
memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat
tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada
sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.
Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil. Bilik Pemulihan
Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk
1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan
teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan
darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama
anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin
untuk 1 jam berikutnya.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
|
Monday, June 15, 2015
Kaedah Bersalin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment