Kehidupan dengan bayi
baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan
senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik. Tetapi adalah
penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah
strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang
masa.
Mulakan dengan diet yang
seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan.
Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan
anda:
Mulakan
sarapan pagi anda dengan makanan
berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat'
dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang mudah
atau gula. Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal
atau bijiran penuh serat atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.
Karbohiderat
yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian
menurun mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk. Karbohidrat yang kompleks
memberikan anda tenaga yang lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana
ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam
bentuk vitamin dan mineral. Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat
kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.
Tukarkan cara
pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih
ringan sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap
tenaga anda pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara
kenyang dan lapar.
Tiada siapa yang
suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda
mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam
pantang, ia bukan masa yang sesuai untuk elak daripada makan atau memotong
secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa untuk mendapatkan semula
kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.
Apabila bekalan
susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin,
dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula
menurunkan berat badan anda perlahan-lahan. Bagi ibu yang menyusu anak,
kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang
tersimpan dalam lemak badan ke susu
badan.
Dalam beberapa
minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan
mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu minum air dengan banyak dan
ini boleh mengekalkan tenaga. Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama
akan menjadikan anda amat dahaga, jadi pastikan anda minum dengan banyak.
Adalah lebih
mudah untuk kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda
lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera. Tetapi berhati-hati. Bergantung
kepada minuman berkafein atau makanan bergula boleh memberi anda tenaga dengan
cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya. Seperti
yang diterangkan di atas, karbohiderat kompleks seperti roti whole grain,
kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan
menetapkan tahap gula yang lebih stabil.
Aniesz Ceasar 0193878986_
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_
No comments:
Post a Comment