Kesakitan ketika bersalin merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas kaum wanita.
Ini merupakan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kerana ia menguji iman
seseorang. Jika bersabar dengan kesakitan yang dialami dan bersyukur dan
memuji kebesaran Allah s.w.t., dosa kita akan diampunkan olehNya.
1.
Doa-doa
semasa bersalin
·
Surah
Al-Anbiyak ayat 87
Sesungguhnya tiada
Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau
(daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menganiaya diri sendiri
·
Ayat
Kursi
Allah, tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan
dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada
di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan)
ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah
Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
·
Surah
Al-A'raf ayat 54
Sesungguhnya Tuhan
kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia
bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya
dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan
bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah,
kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan
pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam
·
Surah
Al-Falaq
Katakanlah (wahai
Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian
makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap
apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki
apabila dia melakukan dengkinya.
·
Surah
An-Nas
Katakanlah (wahai
Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang
Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan
bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia
2.
Mandi
wajib
· Mandi Wiladah -
selepas melahirkan anak
·
Mandi ketika kering
dari darah nifas (darah kotor yang keluar selepas bersalin, sekurang-kurangnya
sekejab dan paling lama 60 hari)
3.
Tanggungjawab
bapa
·
Mengazankan dan
mengamatkan anak yang baru lahir
Tujuannya adalah untuk mengingatkan
kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam
rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172
yang berbunyi
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari
tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri,
firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami
telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami
lalai tehadap hal ini."
· Menanam uri
· Mendoakan anak
·
Doa
agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128
Wahai Tuhan kami!
Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan
jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu
dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah
taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani.
·
Doa
agar diberi anak yang baik - surah Ali-Imran ayat 38
Ketika itu Nabi
Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku
dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar
(menerima) doa permohonan.
·
Doa
agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74
Dan juga mereka
(yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan
bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
·
Doa
agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah
daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
4.
Panduan
menamakan anak
· Nama anak harus
diberikan pada hari kelahirannya atau hari ketiga atau pada hari aqiqah atau
beberapa hari selepas itu
·
Nama
anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang
mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah
dan lain-lain
5.
Menyembelih
aqiqah
6.
Mengkhitankan
anak
· Menurut Imam Shafie
berkhitan adalah wajib.
· Hikmah berkhitan
·
Asas daripada
kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
·
Menyempurnakan tuntutan
syarak yang sesuai dengan sunah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
· Sebagai perbezaan
antara orang Islam dan penganut agama lain
·
Dari aspek kesihatan ia
mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan kekotoran yang tersimpan di
dalamnya
Menjaga kesihatan batin
serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin
No comments:
Post a Comment