PASTIKAN SENAMAN INI BETUL DAN SELAMAT!
Siapa pembaca blog saya adalah ibu yang sedang mengandung sila angkat keyboard atau angkat smartphone sekarang! Hahaha. Entri kali ini saya nak berkongsi senaman ibu mengandung agar mudah bersalin. Sambil duduk santai tu dapat juga ilmu bermanfaat dengan membaca entri ini. Betul tak?
Menurut pakar web di United Kingdom, babycenter.com, badan akan mengeluarkan hormon relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi sebagai persediaan untuk bersalin.
Senaman ideal untuk wanita hamil membolehkan jantung dipam, mengekalkan anggota tubuh, mengawal pertumbuhan berat dan membina otot tanpa menyebabkan tekanan fizikal yang berlebihan kepada anda dan janin dalam kandungan.
Ibu mengandung perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik gerakan yang dilakukan. Cari senaman yang tidak akan mencederakan ibu atau membahayakan bayi di dalam kandungan. Jom kita baca 7 senaman ibu mengandung agar mudah bersalin di bawah.
1. Senaman Pelvic Floor
2. Melakukan regangan
(a) Secara berbaring
Baring terlentang dan letakkan kedua-dua tangan di sisi. Tekuk kaki kanan dengan keadaan tapak kaki rata di atas lantai (membengkokkan lutut). Kaki kiri pula diluruskan dengan tapak kaki kiri ditegakkan ke atas sehingga jari kaki mengarah ke muka anda.Tahan seketika kemudian ulang semula dengan menekuk kaki kiri pula. Lakukan secara bergilir kaki kiri dan kanan.
(b) Secara duduk
Duduk di atas lantai dalam keadaan kedua-dua tumit kaki ditemukan. Dengan menggunakan tangan, tarik kaki yang bertemu itu ke arah tubuh (ke dalam) mengikut kemampuan. Kemudian, tekan lutut ke arah lantai secara perlahan-lahan. Boleh menggunakan tangan untuk menekan lutut tetapi jangan tekan terlalu kuat.

(c) Secara berdiri
Regangan ini dipanggil regangan mata kaki. Berdiri menghadap dinding dalam keadaan kaki kanan di hadapan dan kaki kiri di belakang. Tekapkan kedua tapak tangan ke dinding. Tekuk lutut kaki kanan sedikit dan condongkan badan ke arah dinding (seperti dalam keadaan menahan dinding dari tumbang). Siku anda akan otomatik terbengkok semasa anda melakukan regangan ini.

(d) Regang lengan
Regangan ini boleh dilakukan semasa duduk ataupun berdiri. Angkat kedua-dua belah lengan anda ke arah atas seperti mahu melambai. Selepas itu, cuba menjangkau ke langit menggunakan sebelah lengan. Lakukan lengan sebelah lagi dan ulang perbuatan ini secara bergilir-gilir.

(e) Regang tubuh
Duduk di atas lantai dengan kedua-dua kaki direntangkan. Kemudian, hulur lengan kanan ke arah pergelangan kaki dan angkat lengan kiri ke atas kepala menghala ke arah kanan secara perlahan-lahan. Ulang gerakan ini selama beberapa kali kemudian tukar posisi satu lagi pula. Lakukan berselang seli kiri dan kanan. Kesan akan dirasai pada bahagian pinggang semasa meregang.

3. Bertinggung
4. Berenang
5. Berjalan kaki
Berjalan kaki bukan sahaja boleh mengeluarkan peluh, malah dapat membantu menggerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin. Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Lakukan sebanyak 3 kali dalam seminggu. Kemudian, anda boleh menambahkan sedikit kelajuan semasa berjalan dan juga menambah jarak. Senaman ini juga sesuai dilakukan di tempat berhawa dingin seperti di pusat membeli-belah.6. Menaiki tangga
7. Kerja rumah
Sudah baca? Nak mudah bersalinkan? Apa lagi silalah praktikan 7 senaman ini terutamanya ibu mengandung di trimester ketiga. Insyallah semoga urusan bersalin uols semua dipermudahkan Allah. Kepada ibu mengandung yang belum dan masih mencari-cari set bersalin berpantang paling best dan awesome,
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
No comments:
Post a Comment