Berikut adalah tip untuk kembali ke bentuk badan asal selepas melahirkan.
Seperti mana kebanyakan ibu yang baru bersalin, anda sememangnya tidak sabar untuk kembali kebentuk badan asal secepat mungkin. Pada awal tempoh pantang, agak sukar untuk anda menyarung kembali baju kebaya atau seluar jean ketat anda tetapi jangan risau, ikuti tip dibawah untuk mendapat berat badan idaman anda dengan lebih berkesan.
Lebihkan makan buah-buahan sayuran dan bijirin yang kaya serat. Ianya membekalkan anda dengan zat makanan dan galian yang penting sementara menolong anda berasa kenyang dalam jangka masa yang lebih lama. Makanan berkhasiat yang lain termasuk produk susu kurang lemak, seperti susu skim dan yogurt. Ikan, ayam dan daging pula adalah sumber protin yang boleh menolong mengembalikan protin yang hilang.
Hindari dari rasa hendak makan yang keterlaluan. Penuhi peti sejuk anda dengan makanan yang berkhasiat sahaja. Makanan seperti makanan ringan cuba jauhi sama sekali.
Makan dalam kuanti kecil, terutamanya karbohidrat. Jangan sesekali berdiet atau cuba lepaskan masa makan anda. Makan secara teratur dan jangan hadkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia boleh membuang toxin dalam badan, membanyakkan air susu anda dan boleh menolong mengurangkan rasa lapar.
Makan hanya semasa lapar - anda boleh menghilangkan rasa lapar dengan membuat aktiviti yang membuatkan anda lupa untuk makan. Bawa anak berjalan-jalan ditaman atau pergi ke rumah jiran atau membaca majalah kesukaan anda.
Buat senaman ringan - tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin terus mengamalkan senaman selepas beberapa hari bersalin sekiranya anda tidak mengalami sebarang komplikasi semasa bersalin. Buatlah secara ringkas pada peringkat awalnya dan secara perlahan-lahan tingkatkan masa dan intensiti senaman anda apabila stamina anda bertambah baik. Senaman kegel baik untuk mengembalikan peranakan anda kekedudukan asal dengan cepat.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
No comments:
Post a Comment