Kita digalakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan anda disarankan minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan juga air putih juga salah satu elemen penghasilan susu badan.
Tambahan bagi yang mengamalkan supplement perlu mengambil satu hingga tiga liter air putih sehari untuk melancarkan penyerapan vitamin oleh tubuh dan melengkapkan keperluan zat dan nutrisi dari pengambilan makanaan seimbang anda.
Kebaikan minum air putih
- Melindungi jantung anda
- Mengurangkan rasa sakit kepala
- Mengelakkan anda daripada dehidrasi
- Memelihara sistem pencernaan
- Menyahtoksin pada kulit
- Membantu membina sel-sel tulang baru
- Mengawal berat badan
- Menyahtoksin dalam tubuh seperti ginjal dan usus
- Meningkatkan kembali tenaga
- Melembabkan kulit dan menyegarkan kulit
- Mengelakkan kulit dari kering dan berkedut
- Kuku lebih sihat dan kuat
- Membantu meningkatkan fungsi organ tubuh
Sesetengah orang mungkin tidak suka minum air putih kerana air putih tiada rasa dan tidak menarik. Jadi bagaimana untuk menggalakkan anda menjadi seorang yang suka minum air putih?
Jika anda tidak suka minum air putih pada suhu bilik atau suam anda boleh minum air putih sejuk atauk air putih yang ditambah ketulan ais. Tiada perbezaan khasiat antara air putih suam, air putih pada suhu bilik dan air putih sejuk. Melainkan perbezaan suhu dan struktur molekul air putih itu pada tiga keadaan yang berlainan.
Atau jika anda sudah bosan minum air putih setiap hari sesekali anda juga boleh minum air bali tawar atau tambah sedikit sahaja perahan jus lemon ke dalam air putih anda.
Minumlah air putih sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk mengimbangkan keperluan bendalir dalam tubuh.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
No comments:
Post a Comment