Sunday, August 31, 2014

TIPS mengatasi lingkaran gelap di bawah mata

saya nak buat survey, ramai tak di kalangan kita yang ada masalah lingkaran gelap/hitam di bawah dan sekitar mata? org kampung saya panggil 'dark circle eyes'.. hehe.. ramai bukan? permasalahan sebegini pastinya menimbulkan kurang keyakinan diri kepada diri kita. diri akan nampak lemah, tidak bermaya walaupun sebenarnya TIDAK, hanya disebabkan kita ada masalah lingkaran gelap di bawah mata. Betul tak cakap saya? org akan nampak kita macam tidak cukup tidur dan tidak cukup rehat barangkali.

dark cicle eyes mampu menjejaskan penampilan.

Apa agaknya di antara punca-punca terjadinya lingkaran gelap di bawah mata ni ye..

1. Penuaan
  • Kulit halus dan nipis di bawah mata akan semakin menipis bila bertambahnya usia. Pembuluh darah juga akan lebih menonjol dan menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.
2. Genetik
  • Genetik juga memainkan peranan terjadinya lingkaran gelap di bawah mata.
3. Kekurangan nutrisi
  • Lingkaran gelap di bawah mata boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam diet harian seperti kekurangan Vitamin A, C, K dan E. Pengambilan vitamin dalam diet harian mampu membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.
4. Kurang tidur
  • Kurang tidur juga boleh menjadi punca berlakunya lingkaran hitam di bawah mata. Pastikan anda mengamalkan tidur yang mencukupi (6 jam untuk dewasa, 8 jam untuk kanak-kanak).
5. Merokok dan minuman beralkohol
  • Lingkaran hitam di bawah mata juga biasanya boleh menjadi petanda kurangnya air dalam tubuh badan dan terlalu banyak mengambil minuman beralkohol ataupun berkafein.
6. Sinaran UV
  • Kulit yang sentiasa terdedah dengan pancaran sinaran matahari yang berlebihan akan menyebabkan  melanin dihasilkan dengan lebih banyak. Sewaktu penghasilan melanin ini yang berlaku pada lapisan epidermis, kulit akan berubah menjadi lebih gelap (coklat).
7. Perubahan hormon
  • Perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan atau ketika menstruasi juga akan menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata.
8. Alergi
  • Salah satu penyebab lain adalah disebabkan alahan dan alergi kepada sesuatu makanan/bahan lain yang menyebabkan kegatalan di bawah mata. Lingkaran gelap akan muncul sekiranya selalu menggaru dan menggosok mata dengan kerap.

Mari kita sama-sama lihat bagaimana caranya untuk merawat mata:

Menggunakan uncang teh.

Komponen yang terkandung dalam uncang teh dikatakan mampu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata. Caranya, basahkan uncang teh dengan air suam dan letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.

Air Mawar

Air mawar juga dikatakan mampu membantu mengurangkan lingkaran gelap dan kedutan di sekitar mata. Caranya, letakkan beberapa titik air mawar pada kapas muka dan digosok pada sekitar mata dengan lembut. Lakukan selama 5 minit setiap hari selama 2 hingga 3 minggu.

Hirisan Mentimun

Kaedah ini memang selalu diamalkan. Letakkan hirisan mentimum (yang sejuk biasanya) ke mata yang tertutup dan rehatkan mata selama 15 hingga 20 minit. Untuk dapatkan kesan yang lebih optimum, lakukan sebanyak 2 kali sehari.


Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

VCO dikatakan mampu mengatasi permasalahan lingkaran gelap di bawah mata. VCO mampu mengekalkan kelembapan di sekitar mata dan dapat mengurangkan noda hitam dan garis-garis halus di sekitar mata.

Selain daripada kaedah alami seperti disenaraikan di atas, saya akan rekemenkan kepada anda untuk amalkan pemakanan yang seimbang dan ambil supplemen tambahan seperti:

1. Carotomax (Vitamin A)
Carotomax terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik:

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 
 
2. Vitamin E Shaklee
 
Vita-E complex™ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
3. Vitamin C Shaklee

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. 
Carotomax, Vitamin E dan Vitamin C akan bertindak sebagai antioksidan dan berfungsi sebagai agen anti penuaan pada kulit. 

Selain daripada pengambilan supplemen, yang akan membantu merawat dari dalam kulit, saya juga akan sarankan puan mencuba Eye Treatment Enfuselle daripada Shaklee juga. Eye Treatment ini tidak melekit dan tidak berminyak dan boleh disapu pada sekitar mata setiap hari. Pengambilan yang konsisten pasti akan memberikan hasil yang memuaskan. 

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. 
Terbukti secara klinikal:
233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu 
Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986  

Saturday, August 30, 2014

Cara Menghilangkan Bintik / Bintil Kolesterol

Anda pernah nampak masalah ini pada kulit seseorang tak? atau anda sendiri ada masalah ini? Apa sebenarnya bintik / bintil yang kerapkali kelihatan di sekitar mata dan pipi ni ya? Bintik ini kita panggil bintik kolesterol dan biasanya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah budak-budak yang masih kecil (peringkat sekolah). Pernah jumpa kan?

bintik kolesterol

Bintil kolesterol - atau xanthomas - adalah lebihan lemak yang terbina di bawah kulit. Sesiapa pun boleh mempunyai bintil-bintil kolesterol ni, tetapi mereka yang paling biasa biasanya muncul pada orang tua dan orang-orang yang mempunyai tahap kolesterol darah tinggi. Xanthomas boleh muncul di mana-mana sahaja pada badan, tetapi mereka biasanya terdapat pada siku, lutut, tangan, kaki, sendi, tendon dan punggung.

Namun demikian, apabila bintil kolesterol terbentuk pada kelopak mata, ia dipanggil xanthelasma palpebra. Keadaan ini biasanya tidak semestinya dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi.


xanthelasma - bintil kolesterol di kelopak mata

Bintik Kolesterol boleh berbeza dari segi saiz, ada sangat kecil dan ada yang lebih besar dari 3 inci. Biasanya dalam rupa seperti lebihan daging berwarna putih atau kekuningan, kadang-kadang ada juga yang kelihatan kemerahan atau berwarna merah jambu. Bintik kolesterol ni tidak menyakitkan tapi boleh menggangu penampilan wajah seseorang kalau ada banyak kelihatan di kelopak mata atau di muka.

Rawatan:

Biasanya cara untuk merawat xanthomas adalah dengan mengenal pasti dan mengawal keadaan yang menyebabkan terjadinya bintil tersebut. Sebagai contoh, xanthomas biasanya dikaitkan dengan paras kolesterol yang tinggi, oleh itu salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan cara menurunkan paras kolesterol. Salah satu supplement yang sangat bagus untuk turunkan paras kolesterol adalah Phytocol-ST daripada Shaklee. 

Bintil kolesterol ini juga boleh dikeluarkan melalui terapi laserpembedahan atau bahan kimia yang dikenali sebagai asid trichloroacetic. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Perubatan Langone, apabila xanthoma sdikeluarkan melalui pembedahan, mereka boleh muncul semula di tempat yang sama.



Oleh itu, buat anda yang mempunyai masalah yang sama, JANGAN RISAU! Ada penyelesaiannya, daripada anda laburkan duit untuk jalani rawatan laser atau letak asid yang ternyata lebih mahal dan menyakitkan, hasilnya juga tidak pasti boleh hilang kerana kemungkinan untuk muncul semula adalah tinggi juga. 

Saya akan sarankan anda mengambil vitamin Shaklee secara konsisten. Insyaallah boleh membantu dan selain daripada mampu memudarkan bintil kolesterol, tahap kesihatan anda juga boleh dipertingkatkan!

Ambil vitamin ini secara konsisten:

  • GLA Complex
  • Carotomax
  • Omega Guard
  • Garlic
  • Vitamin E Complex
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986 

Friday, August 29, 2014

7 Senaman Ibu Mengandung Agar Mudah Bersalin

PASTIKAN SENAMAN INI BETUL DAN SELAMAT!

Siapa pembaca blog saya adalah ibu yang sedang mengandung sila angkat keyboard atau angkat smartphone sekarang! Hahaha.  Entri kali ini saya nak berkongsi senaman ibu mengandung agar mudah bersalin. Sambil duduk santai tu dapat juga ilmu bermanfaat dengan membaca entri ini. Betul tak?

Menurut pakar web di United Kingdom, babycenter.com, badan akan mengeluarkan hormon relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi sebagai persediaan untuk bersalin. 





Senaman ideal untuk wanita hamil membolehkan jantung dipam, mengekalkan anggota tubuh, mengawal pertumbuhan berat dan membina otot tanpa menyebabkan tekanan fizikal yang berlebihan kepada anda dan janin dalam kandungan.


Ibu mengandung perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik gerakan yang dilakukan. Cari senaman yang tidak akan mencederakan ibu atau membahayakan bayi di dalam kandungan. Jom kita baca 7 senaman ibu mengandung agar mudah bersalin di bawah.


1. Senaman Pelvic Floor


Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Akibatnya, seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk. Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan melakukan kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebanyak mana yang anda mahu.

2. Melakukan regangan



(a) Secara berbaring
Baring terlentang dan letakkan kedua-dua tangan di sisi. Tekuk kaki kanan dengan keadaan tapak kaki rata di atas lantai (membengkokkan lutut). Kaki kiri pula diluruskan dengan tapak kaki kiri ditegakkan ke atas sehingga jari kaki mengarah ke muka anda.Tahan seketika kemudian ulang semula dengan menekuk kaki kiri pula. Lakukan secara bergilir kaki kiri dan kanan.

(b) Secara duduk
Duduk di atas lantai dalam keadaan kedua-dua tumit kaki ditemukan. Dengan menggunakan tangan, tarik kaki yang bertemu itu ke arah tubuh (ke dalam) mengikut kemampuan. Kemudian, tekan lutut ke arah lantai secara perlahan-lahan. Boleh menggunakan tangan untuk menekan lutut tetapi jangan tekan terlalu kuat.

(c) Secara berdiri
Regangan ini dipanggil regangan mata kaki. Berdiri menghadap dinding dalam keadaan kaki kanan di hadapan dan kaki kiri di belakang. Tekapkan kedua tapak tangan ke dinding. Tekuk lutut kaki kanan sedikit dan condongkan badan ke arah dinding (seperti dalam keadaan menahan dinding dari tumbang). Siku anda akan otomatik terbengkok semasa anda melakukan regangan ini.

(d) Regang lengan
Regangan ini boleh dilakukan semasa duduk ataupun berdiri. Angkat kedua-dua belah lengan anda ke arah atas seperti mahu melambai. Selepas itu, cuba menjangkau ke langit menggunakan sebelah lengan. Lakukan lengan sebelah lagi dan ulang perbuatan ini secara bergilir-gilir.

(e) Regang tubuh
Duduk di atas lantai dengan kedua-dua kaki direntangkan. Kemudian, hulur lengan kanan ke arah pergelangan kaki dan angkat lengan kiri ke atas kepala menghala ke arah kanan secara perlahan-lahan. Ulang gerakan ini selama beberapa kali kemudian tukar posisi satu lagi pula. Lakukan berselang seli kiri dan kanan. Kesan akan dirasai pada bahagian pinggang semasa meregang.

3. Bertinggung


Apa itu bertinggung? Bertinggung adalah seakan mencangkung, tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakala mencangkung ditahan oleh tapak kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.



4. Berenang


Ibu hamil sememangnya disarankan untuk berenang. Ini adalah kerana, berenang boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban. Kawalan pernafasan semasa berenang akan dapat membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air. Tekanan air akan membuatkan otot anda bekerja lebih sedikit dari biasa.

5. Berjalan kaki

Berjalan kaki bukan sahaja boleh mengeluarkan peluh, malah dapat membantu menggerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin. Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Lakukan sebanyak 3 kali dalam seminggu. Kemudian, anda boleh menambahkan sedikit kelajuan semasa berjalan dan juga menambah jarak. Senaman ini juga sesuai dilakukan di tempat berhawa dingin seperti di pusat membeli-belah.

6. Menaiki tangga


Bersyukurlah jika lif di pejabat rosak sekali-sekala. Jika tidak, anda tidak mungkin mahu untuk menaiki tangga. Senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot peha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepat bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.


7. Kerja rumah


Siapa bilang kerja-kerja di rumah tidak meletihkan? Sering kita dengar bahawa ibu hamil perlu banyak berehat. Walaubagamanapun, Ibu hamil digalakkan melakukan kerja-kerja rumah yang tidak berat. Untuk ibu yang berada di awal kehamilan, kerja-kerja seperti menyapu lantai dan menyidai pakaian tidak menjadi masalah. Elakkan dari mengemop lantai, mencuci bilik mandi dan mengangkat barang yang berat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu hamil atau janin di dalam kandungan.

Sudah baca? Nak mudah bersalinkan? Apa lagi silalah praktikan 7 senaman ini terutamanya ibu mengandung di trimester ketiga. Insyallah semoga urusan bersalin uols semua dipermudahkan Allah. Kepada ibu mengandung yang belum dan masih mencari-cari set bersalin berpantang paling best dan awesome, 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986 


Thursday, August 28, 2014

Merawat Carpal Tunnel Syndrome dengan Shaklee dan apa kaitannya dengan kebas tangan

JANGAN ANGGAP KEBAS TANGAN TIDAK BAHAYA!

Antara contohnya apabila seorang Pakcik  mengadu beliau sering rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan  Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti penyapu, telefon atau pen atau semasa bangun dari tidur. Bila ini berlaku pakcik ini akan berasa sakit berdenyut pada sendi tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari. Selalunya berlaku selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.





Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan di mana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun. Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri.

Jom kita baca kaedah merawat Carpal Tunnel Syndrome ini. Rawatan untuk pesakit Carpal Tunnel Syndrome yang kronik ada 2 cara.


Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:



  • Anduh: mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam (layari laman web futuro.com.my). Namun alat ini hanya berkesan untuk keadaan CTS pada peringkat awal. 
    Anduh digunakan untuk merawat Carpal Tunnel Syndrome
  • non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
  • steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian carpal tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.


Kaedah pembedahan



  • Situasi ini mungkin terpaksa dilakukan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.
  • Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
  • Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat pek ais untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

Saya mencadangkan kepada pakcik itu tadi untuk mengamalkan Set Sendi Shaklee dan Vivix Shaklee bagi merawat Carpal Tunnel Syndrome yang dihidapi beliau.


Set Sendi Shaklee


Set sendi Shaklee Merawat Carpal Tunnel Syndrome

  • Ostematrix untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf.
  • Advanced Joint Health Tablet (AJHT) mengandungi glucosamine untuk melincirkan sendi dan saraf. Kandungan aktif ekstrak bunga Boswellia ialah asid Boswellic yang  antara lain berfungsi menghalang tindak balas kimia dalam otak yang melibatkan keradangan.
  • Omega Guard bagi anti-inflammation.


Vivix Shaklee

Merawat Carpal Tunnel Syndrome dengan Shaklee

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menyihatkan sendi, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 

  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Jom baca testimoni di bawah



Merawat Carpal Tunnel Syndrome dengan Shaklee

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986