Friday, February 14, 2014

Apa itu HFMD?

♥ HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus yang dipanggil enterovirus (entero = usus).

♥ Enterovirus yang biasanya dikaitkan adalah Coxsackie A Ia biasanya menjangkiti kanak-kanak sekolah terutama yang di bawah 5 tahun.
♥ Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari.Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian .

Apakah Simptom yang dikenalpasti?

Simptom HFMD
Simptom HFMD
♥ Demam – bermula dengan demam ringan dan hilang selera makan.
♥ Ruam dan melepuh di bahagian tapak tangan,tapak kaki dan kadang-kadang di punggung selepas 1-2 hari demam bermula.
♥ Bintik-bintik merah mula kelihatan. Ulser di dalam mulut (Lidah dan tekak).
**Biasanya gejala HFMD mula kelihatan selepas 3 hingga 7 hari seseorang terdedah kepada jangkitan.

Adakah HFMD mudah berjangkit?

Ya. HFMD amat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak 5 tahun ke bawah.Wabak ini mampu berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan dari hidung,mulut, peluh mahupun najis penghidap HFMD.Wabak ini mampu berjangkit semasa minggu pertama dijangkiti.
**HFMD tidak menjangkiti haiwan atau merebak diri haiwan.

Bolehkah HFMD menjejaskan orang dewasa?

HFMD jarang memberi kesan kepada orang dewasa yang sihat. Namun begitu, sekiranya seseorang dewasa menghidap penyakit ini,ia akan menjadi lebih teruk dimana kaki dan tangan akan membengkak.

Bolehkan gejala HFMD ini dicegah?

1. Amalkan kebersihan diri dan tempat tinggal yang baik.
basuhtangan
Cara Yang Betul Mencuci Tangan
 Basuh tangan sekembalinya dari tempat kerja sebelum memegang anak kecil
 Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas ke tandas, membersihkan najis bayi,menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan. – Menuutp mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
 Mebasuh permainan anak,perabut dan lantai dengan cecair pencuci yang mengandungi klorin.
 Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas,bermain dan sebelum makan.
 Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
2. Elakkan dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri,pusat asuhan,taman permainan, pasaraya, pasar sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.
3. Elakkan hubungan rapat seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti.

Kuarantin

1. Sekiranya HFMD menjangkiti kanak-kanak yang dihantar ke nurseri, tadika,taska atau pusat asuhan adalah dinasihatkan agar tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh bagi mengelakkan jangkitan. **(Lebih kurang 10 hari dari hari demam atau sehingga hilang bintik merah pada tangan, kaki dan mulut)
2. Sekiranya perlu, premis atau institusi perlu ditutup dari tarikh mula sakit pesakit terakhir. Sekiranya berlaku di sekolah,memadai menutup kelas yang terlibat kerana semakin besar kumpulan kanak-kanak,semakin rendah risiko jangkitan.

Bagaimana penjagaan terbaik untuk bayi saya semasa dijangkiti HFMD?

Apabila anak anda dijangkiti wabak ini, ia akan menyebabkan mereka kurang selesa dan ia meletihkan anda. Walaupun anda anda perlu menunggu 7 hingga 14 hari untuk virus ini reda,sekurang-kurangnya anda mampu membuat bayi anda berasa selesa.
Ini adalah antara usaha dan ikhtiar yang telah saya dan suami lakukan untuk anak tercinta. Set Kanak-Kanak Untuk membantu Meningkatkan Immunisasi .
setkanakkanak hfmd
1. Meal Shakes – Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.
2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunissi kanak-kanak.
3. Vitamin C chewable – Disamping meningkatkan imunisasi,vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak.
4. Nutriferon – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.Untuk kanak-kanak, sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan.

Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:0193878986 anis

No comments:

Post a Comment