Monday, May 20, 2013

Mengapa proses kelahiran menjadi lambat?

Setiap individu adalah berbeza, jadi ia adalah perkara normal jika seseorang wanita mengalami proses kelahiran yang cepat dan seorang lagi, lambat. Adakala proses kelahiran berjalan lambat sebab ibu itu terasa amat tegang. Perasaan takut boleh membuat hormon kelahiran kacau-bilau.
Antara punca yang dikenal pasti membuatkan proses bersalin mungkin lambat kerana:

*Posisi bayi

*Kontraksi tidak berapa kuat

*Pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai

*Satu per empat wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android), yang menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang-ke-belakang. Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyusahkan proses kelahiran.

Namun biasanya, proses kelahiran mungkin lambat tanpa sebarang sebab.

Perlu diketahui bahawa masa yang lebih lama diperlukan untuk pembukaan serviks seluas lima sentimeter pertama dan menjadi lebih cepat untuk lima sentimeter kedua. Ini disebabkan, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, ia memudahkan pembukaan serviks dengan lebih cepat.

~ 5 cara pendekkan proses bersalin

1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia meregang dengan lebih cepat.

2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.

3. Kekalkan tenaga. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.

4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.

5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.

No comments:

Post a Comment