Wednesday, April 17, 2013

Set Penyusuan

Set Penyusuan 
ini disarankan diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak untuk meningkatkan tahap kesihatan diri sendiri seterusnya mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu yang berkhasiat untuk si manja. Anak sihat ibu gembira!!!

Sebelum itu, 2 kunci utama yang anda perlu ingat ialah :

(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster.
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.
(2) Konsep “demand vs supply” dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah “pembantu” kepada proses “demand vs supply” ini.

Dah clear? (^_-)
Ok, jom tengok apakah set supplements Shaklee yang kami cadangkan (dan kami sendiri amalkan) untuk menjayakan penyususan bayi nie…

(1) Alfalfa Set (Basic).
  • Vita-Lea Iron fortified
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
(2) Alfalfa Set with OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • OsteMatrix
(3) Alfalfa Set with Energizing Soy Protein (ESP).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
(4) Alfalfa Set with Protein and Performance Drink.
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Performance Drink
Nota : Ini sekadar cadangan. Anda juga boleh menambah vitamin lain sepertiOmegaGuard, yang boleh membantu meningkatkan kandungan DHA di dalam kandungan susu ibu, selain dari membantu kawal paras kolesterol dalam badan si ibu.

Anda boleh baca entry ini untuk lihat set manakah yang sesuai utk anda.Mengapakah kami cadangkan set yang terdiri daripada supplements di atas.

Vita-Lea Iron fortified (multivitamin) :
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

B-Complex :
Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?

Vitamin-C :
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

Alfalfa :
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

Energizing Soy Protein (ESP) :
Seperti namanya – ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP.
Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.

Performance Drink :
Memberi & kekalkan tenaga, mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu berpuasa sambil menyusu. Jika ada sesiapa di antara ahli keluarga anda yang demam, berikan segelas Performance Drink kepadanya. Insya Allah, badan tidak akan dehidrasi, dan rasa lebih bertenaga walaupun demam.

Oste-Matrix :
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.

NutriFeron :
Lain-lain yang turut membantu menjayakan penyususan ialah NutriFeron(Shaklee powerful Immune Booster). Ianya bukanlah membantu memperbanyakkan susu, sebaliknya membantu untuk boost semula sistem imun ibu dan bayi. Jika anda menyusu, namun masih mendapati anak anda kerap demam dan berpanjangan, cubalah Shaklee NutriFeron ini.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment