Wednesday, July 1, 2015

Sembelit VS Buasir

Sembelit

Walaupun anda tidak pernah mengalami sembelit semasa mengandung, tetapi masa ini akan mungkin mengalaminya. Jika anda pernah ada enema, proses bersalin yang lama tanpa makan atau tiada pergerakan dalam perut ketika bersalin, anda mungkin tidak mengalaminya selama 1 atau 2 hari kerana tiada apa di dalam usus anda. Dan jika anda menjalani pembedahan, ia akan mengambil 3 ke 4 hari untuk usus anda berfungsi secara normal semula.

Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:
·       Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh melambatkan sistem penghadaman anda
·       Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak  boleh menyebabkan sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.
Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:
·       Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
·       Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
·       Minum banyak air - sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati memulakan pagi dengan  meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
·       Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi, tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
·       Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan ubat-ubatan ini.

Buasir
Buasir adalah pembengkakan pembuluh darah – iaitu pembuluh darah yang menjadi bengkak di kawasan rectal. Buasir adalah sebesar daripada saiz kismis sehingga sebesar anggur. Ia boleh hanya gatal-gatal atau sakit dan kadang-kadang menyebabkan pendarahan pada rectal terutama ketika pembuangan najis. Kadang-kadang pembengkakan ini sehingga ke anus. Jika ini berlaku anda akan merasa di kawasan berhampiran rectum anda lembut dan bengkak.
Buasir adalah biasa ketika semasa dan selepas mengandung. Setengah-setengah wanita mengalami kali pertama ketika mengandung dan jika anda pernah mengalaminya ketika sebelum mengandung anda berkemungkinan mendapatnya ketika mengandung. Dan biasanya ia akan hilang sendiri (atau dengan beberapa bantuan yang akan dinyatakan dibawah) selepas bersalin.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mendapatnya (seperti juga pembengkakan urat pada kaki dan kadang kala di vulva). Pembesaran rahim akan memberi tekanan kepada urat pelvik dan vena cava dalaman, urat besar yang terletak pada bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian bawah anggota badan. Ini akan melambatkan pengaliran darah di bahagian separuh bawah badan, meningkatkan tekanan urat pada bawah rahim anda dan menyebabkan ia semakin besar atau bengkak.
Sembelit, perkara yang biasa berlaku ketika mengandung, boleh menyebabkan buasir atau menyebabkan ia menjadi lebih buruk. Ini kerana menerang boleh menyebabkan buasir, dan anda cenderung untuk menerang ketika pembuangan najis yang keras. Tambahan pula, peningkatan hormon progesteron ketika mengandung menyebabkan dinding-dinding urat berehat, menjadikan ia mudah membengkak dan menyumbang kepada sembelit dengan memperlahankan proses yang terjadi di dalam kawasan usus. Anda juga boleh mengalami buasir ketika proses meneran dalam peringkat kedua bersalin.

Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya
·       Mandi ‘sitz’ untuk selama 10 – 20 minit beberapa kali sehari atau bila-bila anda boleh. Anda tidak perlukan tub mandi.  Isikan air suam. Kemudian rendamkan bahagian bawah anda dengan menurunkan seluar dan duduk.
·       Selepas membuang najis, dengan lembut tetapi sempurna, bersihkan kawasan terbabit mengunakan botol peri (botol penyembur plastik). Cuba gunakan pengelap pra-berpelembab daripada menggunakan tisu yang kering untuk mengelap. Jika menggunakan tisu, gunakan tisu yang lembut, putih dan tidak wangi yang mengurangkan ketidakselesaan berbanding tisu berwarna atau wangi.
·       Tanya doktor anda untuk mencadangkan anesthetic yang selamat atau suppositories berubat. Terdapat banyak ubat untuk meredakan buasir tetapi dapatkan nasihat doktor anda dahulu. Kebanyakan barangan ini hanya boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek sahaja ( 1 minggu atau kurang) kerana penggunaan yang lebih lama akan menyebabkan menjadi kemerahan. (Jika anda menjalani episiotomi atau koyakan sehingga ke rectum anda, adalah penting untuk tidak meletakkan apa-apa termasuk suppositories sehingga doctor anda mengatakan boleh)
·       Kurangkan tekanan pada urat rectal anda untuk mengurangkan kesakitan. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.

Bagaimana untuk mempercepatkan proses penyembuhan
Membuat beberapa amalan tabiat-tabiat yang sihat di bawah dapat mempercepatkan penyembuhan dan mengelak buasir di masa hadapan.
·       Pertama, elakan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.
·       Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar, cuba jangan meneran apabila membuang dan dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.
·       Buat senaman Kegel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.
Jika tidak sembuh atau berlaku pendarahan, hubungi doctor anda. Dalam kes-kes terpencil, pembedahan kecil adalah perlu untuk membetulkan keadaan.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_

Monday, June 29, 2015

Makanan Ketika Dalam Pantang Untuk Meningkatkan Tenaga

Kehidupan dengan bayi baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik. Tetapi adalah penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang masa.
Mulakan dengan diet yang seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan. Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan anda:
Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang mudah atau gula.  Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.
Karbohiderat yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk. Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral. Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.
Tukarkan cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan lapar.
Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan  ketika dalam pantang, ia bukan masa yang sesuai untuk elak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.
Apabila bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin, dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula menurunkan berat badan anda perlahan-lahan. Bagi ibu yang menyusu anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang tersimpan dalam lemak badan ke susu badan. 
Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan tenaga. Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat dahaga, jadi pastikan anda minum dengan banyak. 

Adalah lebih mudah untuk kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera. Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau makanan bergula boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya. Seperti yang diterangkan di atas, karbohiderat kompleks seperti roti whole grain, kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula yang lebih stabil.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_

Friday, June 26, 2015

Kelahiran Normal VS Kelahiran Ceasarean

Kelahiran Normal
Penurunan berat badan yang ketara.Berat bayi 7 – 9 paun, berat uri 1 ke 2 paun dan sekurang-kurangnya 1 paun darah dan air ketuban menyebabkan kebanyakan wanita lebih ringan 12 paun. Berat akan makin menurun. Sepanjang mengandung, sel badan bekerja keras untuk menyimpan air, dan kini semua lebihan cecair ini akan keluar melalui peluh dan air kencing.

Pengecutan Rahim
Kontraksi rahim tidak terus berhenti selepas kelahiran. Selepas beberapa minit ia mula mengecut seperti mana berlaku ketika menolak bayi keluar dan menyebabkan kekejangan. Selepas seminggu, saiz rahim adalah separuh dari saiz ketika bersalin, dan dalam masa 2 minggu menurun kepada 11 auns. Pada minggu ke 4, saiznya kembali kepada asal sebelum mengandung iaitu seberat 2 auns. Tetapi bilangan sel dalam  rahim tidak terus menurun. Pecahan kimia protein didalam sel menyebabkan rahim menurun menjadi 1/10 saiz pra bersalin. 
Lapisan dalam sel rahim (endometrial deciduae) yang menegang ketika mengandung mula melonggar dan keluar dari badan anda. Ini menyebabkan lelehan seperti darah period (lochia) keluar selama beberapa minggu. Mula dengan warna merah dan beransur-ansur cair warnanya, dan menjadi kuning keputihan sebelum berhenti.

Organ-organ dalaman
Semasa rahim membesar ketika mengandung untuk menampung pembesaran bayi, ia menolak organ-organ anda termasuk perut, usus, pundi kencing dan jantung ke atas dan keluar. Selepas bayi keluar semasa bersalin, ia tidak mengambil masa yang lama untuk organ-organ ini kembali ke tempat asalnya. Keadaan ini menyebabkan usus dan pundi kencing tidak dapat dikawal. Namun keadaan ini berlaku sementara sahaja dan semua akan kembali kepada keadaan asal dalam masa beberapa minggu.

Perubahan Hormon
Semasa mengandung hormon estrogen membenarkan sel berehat, menegang dan menyimpan air dan menurun secara mengejut selepas bersalin (menurun 90 % dalam masa 3 jam) menyebabkan tisu lembut dan lembab. Hormon progestron memegang urat-urat rahim sehingga tiba masa untuk bersalin. Apabila tahap progestran menurun secara mengejut selepas bersalin, setengah- setengah proses semulajadi  yang diberhentikan atau diperlahankan ketika mengandung bermula semula. Contohnya keguguran rambut. Ramai wanita kehilangan sel-sel badan tertentu anda dalam 3 bulan selepas bersalin. Hormon mengandung juga menukar buah dada menyebabkan pembentukan saluran selular dan bonggol pengeluran susu. Apabila tahap estrogen dan progestron menurun selepas bersalin, hormon prolactin dan oxytocin dengan gabungan hisapan bayi anda menstimulasikan pengeluaran susu. Bagi sesi penyusuan badan yang pertama menyebabkan kekejangan abdominal, ini kerana oxytocin juga menyebabkan kontraksi rahim.
Perubahan hormon postpartum memberi kesan kepada system saraf juga menyebabkan ibu mengalami perubahan emosi dalam masa bulan pertama atau seterusnya selepas bersalin.  Adalah normal untuk berasa bimbang, sedih dan mudah menangis dalam masa beberapa minggu pertama. Simptom yang dikenali sebagai ‘baby blues’. Tetapi jika perasaan ini tidak hilang dalam masa 2 minggu, beritahu doctor anda. Anda mungkin mengalami masalah yang lebih serius, iaitu kemurungan postpartum.

Bersalin secara cesarean

Jika anda mengambil epidural atau spinal untuk pembedahan cesarean, doktor anda akan memberi morfin untuk melegakan kesakitan untuk sehingga 24 jam. Setengah doktor akan membiarkan epidural berterusan selama 12 ke 24 jam selepas pembedahan untuk memberikan anda ubatan yang diperlukan. Apabila sistem regional analgesia anda tidak lagi memberi kelegaan kepada kesakitan, anda akan diberi ubat sakit sistemik iaitu pil yang mengandungi narkotik.

Anda akan merasa penat dan loya selepas pembedahan. Loya akan berlarutan sehingga 48 jam, tetapi anda akan diberi ubat untuk melegakan ketidakselesaan anda. Ramai juga yang akan berasa gatal terutama mereka yang menerima narkotik ketika epidural atau spinal. Jika ini berlaku beritahu doktor anda dan anda akan diberi ubat untuk melegakan rasa gatal tersebut

Jika anda bercadang untuk memberi susu badan, anda boleh mulakan selepas bersalin. Minta jururawat menunjukan cara penyusuan posisi ‘side-lying’ atau mengunakan ‘football hold’. Ini tidak akan memberi tekanan kepada tempat bedahan anda. 

Anda mungkin akan berasa kebas dan sakit ditempat bedahan dan parut akan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda. Bersin, batuk dan lain-lain lagi yang menyebabkan tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit pada mulanya. Tetapi lama-kelamaan anda akan berasa semakin baik dari hari ke hari. 

Seperti mereka yang bersalin secara normal anda juga akan mengalami lelehan darah dari kemaluan (lochia) yang mengandungi darah dan tisu-tisu yang melekat pada dinding rahim anda. Jururawat anda juga akan mengajar anda untuk batuk atau senaman pernafasan untuk mengembangkan paru-paru dan membuang cecair yang terkumpul. Ini mengurangkan risiko pneumonia. Pastikan anda menggunakan tangan atau bantal untuk menyokong tempat bedahan apabila anda batuk(bersin atau ketawa juga). 

Anda mungkin mengalami masalah angin 2 hari pertama. Angin terjadi kerana usus adalah lemah selepas pembedahan. Bangun dan bergerak akan membantu sistem penghadaman bergerak semula. Jika anda berada dalam keadaan sangar tidak selesa, ubat yang mengandungi simethicone akan diberi untuk mengeluarkan gas. Simethicome adalah selamat diambil ketika penyusuan badan.

Anda digalakkan untuk bangun dari katil pada hari pembedahan atau pada keesokan harinya. Tetapi jangan mencubanya seorang diri, pastikan jururawat berada dengan anda untuk kali pertama. Benarkan darah mengalir di kaki dengan cara mengerakkan kaki anda, memusingkan sendi dan bergerak atau meregangkan kaki anda. Pada hari kedua, anda perlulah berjalan sedikit dengan bantuan seseorang. Ini menolong pengaliran, membuat usus kurang lemah dan mengurangkan risiko berlaku darah beku. Bergerak adalah penting untuk anda pulih. 

Selepas 3 ke 4 doktor mungkin akan menanggalkan sutures atau kokot. Hanya mengambil masa beberapa minit dan akan berasa sedikit cubitan tetapi tidak sakit.

Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit untuk beberapa minggu selepas pembedahan. (Jika anda menyusu badan jangan mengambil aspirin atau dadah yang mengandungi asid acetylsalicylic). 

Minum dengan banyak supaya anda tidak mengalami sembelit. Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan termasuk kemerahan atau membengkak di tempat bedahan atau demam walaupun tempat bedahan kelihatan baik.

Pendarahan dan lelehan patut berhenti walaupun mengambil masa sehingga 6 minggu. Ia sepatutnya beransur tukar dari warna merah kepada merah cair dan kuning keputihan. Jika pendarahan seperti period berterusan selepas 4 hari atau datang semula selepas berkurangan hubungi doktor anda.

Anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi semasa di rumah. tetapi anda juga perlu bangun dan berjalan-jalan namun jangan keterlaluan. Mulakan secara perlahan-lahan dan tingkatkan aktiviti anda berperingkat. Elakan mengangkat benda berat lebih dari bayi anda untuk selama 8 minggu. 

Dalam 6 ke 8 minggu dengan kebenaran doktor, anda akan boleh mula melakukan senaman yang sederhana. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke bentuk asal. 

Parut akan kelihatan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda, tetapi ia akan mengecut dalam masa 6 minggu. Bedahan adalah sepanjang 4 ke 6 inci panjang dan 1/8 inci besar. Apabila tempat bedahan semakin pulih, warna parut akan menghampiri warna asal kulit dan mengecil menjadi 1/16 inci besar. parut ini juga biasanya terletak dibahagian bawah perut.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_


Wednesday, June 24, 2015

Aqiqah Untuk Anak

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya:
"Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.
Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 

Syarat Sah Aqiqah


Syarat sah aqiqah ialah:
·       Berniat aqiqah ketika menyembelih.
·       Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
·       Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
·       Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
·       Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
·       Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Binatang
         Umur
Biri-biri/
1 tahun atau lebih
Kambing
2 tahun atau lebih
Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih
Unta
5 tahun atau lebih

 Sunat-sunat Aqiqah ialah:
·       Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
·       Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
·       Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
·       Memberi nama yang baik kepada bayi
·       Berdoa ketika hendak menyembelih
·       Daging dimasak manis.
·       Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
·       Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri 
   Hikmah Aqiqah
·       Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat 
         Islam dan dianugerahkan anak
·       Menggalakkan amalan sedekah.
·       melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua 
        mereka
·       Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
·       Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
·       Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
·       Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
·       membiasakan berkorban bagi orang tua 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986_



Monday, June 22, 2015

Amalan-Amalan ketika Bersalin

Kesakitan ketika bersalin merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas kaum wanita. Ini merupakan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kerana ia menguji iman seseorang. Jika bersabar dengan kesakitan yang dialami dan bersyukur  dan memuji kebesaran Allah s.w.t., dosa kita akan diampunkan olehNya.
1.   Doa-doa semasa bersalin
·       Surah Al-Anbiyak ayat 87
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri
·       Ayat Kursi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
·       Surah Al-A'raf ayat 54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam
·       Surah Al-Falaq
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
·       Surah An-Nas
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia
2.   Mandi wajib
·       Mandi Wiladah - selepas melahirkan anak
·       Mandi ketika kering dari darah nifas (darah kotor yang keluar selepas bersalin, sekurang-kurangnya sekejab dan paling lama 60 hari)
3.   Tanggungjawab bapa
·       Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir
Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini."
·       Menanam uri
·       Mendoakan anak
·      Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
·      Doa agar diberi anak yang baik -  surah Ali-Imran ayat 38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
·      Doa agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
·      Doa agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
4.   Panduan menamakan anak
·       Nama anak harus diberikan pada hari kelahirannya atau hari ketiga atau pada hari aqiqah atau beberapa hari selepas itu
·       Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t  seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain
5.   Menyembelih aqiqah
6.   Mengkhitankan anak
·       Menurut Imam Shafie berkhitan adalah wajib.
·       Hikmah berkhitan
·      Asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
·      Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
·      Sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain
·      Dari aspek kesihatan ia mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan kekotoran yang tersimpan di dalamnya
Menjaga kesihatan batin serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin 


Friday, June 19, 2015

Amalan-Amalan Ketika Mengandung

1.   Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2.   Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3.   Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung
·       Al-Fatihah dan ayat Kursi
·       Seluruh surah Yassin
·       Seluruh surah At-Taubah
·       Seluruh surah Yusuf
·       Seluruh surah Luqman
·       Seluruh surah Maryam
·       Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
·       Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
Link laman-laman web Al-Quran
·       Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
·       Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
4.   Membaca doa
·       Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ  
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
·       Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
·       Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
·       Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
5.   Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
·       Adab isteri terhadap suami ketika mengandung 
1.   Mengasihi dan menyayangi suami
2.   Menjaga perkataan terhadap suami
3.   Tidak terlalu cerewet
4.   Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5.   Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6.   Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7.   Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
·       Adab suami terhadap isteri
1.   Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2.   Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar 
3.   Selesaikan selisih faham
4.   Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5.   Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi Puchong dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Aniesz Ceasar 0193878986_