Saturday, April 18, 2015

Tips untuk mengelakkan anak mengamuk bila diberi susu badan yang sedikit

Saya mulakan dengan masalah anak mengamuk sebegini, iaitu, cubalah beri dia susu semasa dia kurang lapar, supaya dia dapat belajar melekapkan mulutnya dengan betul.

Kebaikan untuk bayi :
1. Sementara dia masih kenyang, dia dapat belajar menyusu dengan betul dari payudara kita.
2. Dia akan merasa lebih comfort kerana wujudnya skin to skin contact dengan ibunya, lebih tenang, bukan anak kita tu, menghidu bau ibunya terus dekat di muka? :)
Kebaikan untuk ibu :
Bagi kita pula, hisapan bayi itu merangsang badan kita untuk menyediakan susu yang banyak (stimulasi) dan ini membantu masalah kekurangan susu dalam badan. Ingat, supply on demand, lagi banyak susu diperlukan, semakin banyak susu akan dihasilkan :)
Masalah yang timbul adalah, kita kurang memberikan anak susu badan secara direct kerana stress mengenangkan susu badan yang sikit akibat jenis puting badan ini. Adakah ini mitos atau sangkaan ini benar belaka?
Ok, sekarang kita terus bincangkan jalan penyelasaian  kepada masalah puting tenggelam yang dialami oleh segelintir ibu-ibu ini.
Pertama sekali, kita harus bersyukur kerana walau apa pun jenis putting yang wanita ada, kita sebenarnya masih mampu menghasilkan susu badan asalakan stimulasi badan banyak berlaku antara ibu dan bayinya.
Untuk pengetahuan ibu,putting tenggelam tidak mendatangkan masalah untuk menyusukan anak anda.
Tahukah anda, bahawa, bayi menyusu dengan cara melekapkan mulutnya kepada payudara anda, bukannya pada puting.
Oleh itu, untuk membantu ibu ibu kembali lega dengan permasalahan ini, ibu-ibu boleh mencuba pelbagai cara di bawah iatu :
1. Ibu boleh menggunakan pam susu atau picagari yang diubah suai untuk menarik puting anda keluar.
2. Ibu boleh menggunakan pelindung putting semasa menyusukan bayi. Ia membantu memudahkan hisapan bayi.
3. Perahlah susu sebelum mula menyusukan bayi supaya susu mula terhasil dan meransang bayi menghisap susu yang telah mula dikeluarkan dari payudara ibunya.
Jalan Penyelesaian kepada Masalah Penyusuan Akibat Puting Tenggelam
Ha, semoga ibu-ibu yang bermasalah seperti ini membuang rasa risau anda kerana masalah susu kurang bukannya disebabkan masalah organ badan kita, tetapi disebabkan kurangnya stimulasi bayi ke atas payudara anda.
Ibu-ibu perlulah banyak bersabar sepanjang proses penyusuan berlangsung, cuba tetapkan dalam diri, untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya sehingga habis berpantang, di bawa kepada usianya 6 bulan dan jika berjaya, teruskan pula sehingga ke umurnya setahun dan berpanjangan sehingga dua tahun!
Ya, asalkan ibunya kuat semangat, ia akan mendapat semangat yang sama untuk mendapatkan haknya meminum susu yang termahal di dunia yang tiada tolok bandingnya.
Jika anda berasa kurang yakin, banyakkan membaca buku-buku penyusuan dan bolehlah berjumpa dengan pakar laktasi berdekatan dengan anda.
Jika anda ingin membantu diri menambahkan susu badan dengan banyaknya, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan lengkap yang membantu anda untuk lebih yakin dan kuat membuat stok dan menyediakan susu kepada anak-anak yang tersayang :)
Saya boleh membantu ibu- ibu dengan menghantarkan set penyusuan ini kepada ibu yang sangat-sangat memerlukan dan tiada masalah untuk mengeposkannya kepada anda yang memerlukannya di seluruh Malaysia. Asalkan ibu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat, emosi yang stabil dan bertenaga, susu akan terhasil dengan banyaknya buat bekalan harian kepada zuriat pewaris keturunan kita :)


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara Kajang Bandar Baru Bangi dan Serdang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

No comments:

Post a Comment