Tuesday, February 17, 2015

Power Pumping

Apa itu power pumping?



Ibu-ibu sekarang semuanya sudah terdidik dan terbuka minda tentang kebaikan susu ibu yang mempunyai 1001 khasiat..jadi kebanyakkan ibu-ibu terutamanya yang sedang mengandung lagi sudah belajar cara-cara untuk menyusukan anak secara eksklusif tak kira yang bergelar surirumah mahupun yang berkerjaya..

Menyusu ni perlukan kesabaran, kekuatan dan ilmu yer..kalau takde ilmu, apabila susu merudum kita akan cepat putus asa..dan mula menyalahkan diri sendiri cakap takde susu lah, susu dah keringlah dan macam2 lagi..

Haa..sebab tu ilmu tu penting..sebab tu kita kena belajar, google atau tanya pada yang berpengalaman tentang cara penyusuan yang betul contohnya masa yang sesuai untuk pam susu, bagaimana cara nak handle susu perahan dan macam lagi.. jangan tak tahu emosi ibu pun mempengaruhi penghasilan susu..sebab tu ibu-ibu kena sentiasa positif dan tak stress..kalau susu merudum, cuba perbetulkan 'latching', kerapkan lagi penyusuan dan aplikasikan teknik-teknik untuk memeriahkan balik susu.

Salah satu teknik apabila susu merudum adalah teknik POWER PUMPING..ramai tak tahu apa itu power pumping..ibu yang nak menyusu anak secara ekslusif jangan ambek tak endah yer..lainlah kalau susu mmg naturally banyak mmg kan..syukur alhamdulillah..rezeki anak..:)

Apa itu power pumping?

Power pumping adalah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu. 

Bagaimana cara power pumping?

  • Single pump - pam breast sebelah kanan selama 10 minit then pam breast kiri selama 10 minit, ulangi mengepam breast sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang seli antara breast kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.
  • Double pump - Pump kedua-dua belah breast secara serentak selama 10 minit then rehat selama 10 ninit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Bila masa yang sesuai buat power pumping?

Boleh buat pada bila-bila masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon prolaktin iaitu hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan. 

Siapa yang perlukan power pumping?

  • Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu spt period, hormon tidak stabil, emosi tergannggu dll
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang pernghasilan susu.
  • Ibu yang relaktasi/ ingin menyusukan anak semula setelah lama berhenti menyusu.

Bagaimana menyimpan hasil perahan?

Pastikan hasil perahan dari disimpan dalam suhu yang sama..susu perahan dari 3 kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah..setelah suhu sama barulah combinekan dalam satu botol dan simpan dalam deep freezer.

Berapa lama baru nampak hasilnya?

Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ade perubahan ketara. Jadi ibu semua haruslah bersabar dan keep on pumping..jangan sesekali give up..fikir yang anda lakukan semua ini untuk bayi anda..fikir positif itu penting tapi jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak mencurah-curah yer..mungkin pada awalnya anda 'mengepam angin' semata-mata tapi seperti yang saya katakan tadi jangan putus asa, doa dan tawakkal..
 
Dah buat power pumping tapi susu masih sedikit?

Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah beruasaha tapi penghasilan susu masih sedikiit. Kenapa jadi begini?cuba cek diri anda..

  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangn ya 3 liter air sehari)
  • Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
  • Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.

Ibu-ibu yang sudah berusaha tapi masih belum mendapat kuantiti susu yang diinginkan atau yang sudah mendapat susu yang banyak tetapi mahu lebih lagi untuk buat stok, apa kata anda mencuba set penyusuan shaklee yang memang tidak diragukan lagi selamat dan semulajadi dan telah membantu ramai ibu-ibu seperti anda..set penyusuan terdiri dari :

  • Set B - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa
  • Set E - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix
  • Set Eu-four plus - Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP
  • Set 3M - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix, ESP (recommended!)
  •  
  •  TIPS UTK MAKAN SHAKLEE:
    Setiap kali nak telan suppliment shaklee, doa sekilas dlm hati supaya jadi penawar untuk diri dan org sekeliling^^ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar 0193878986

No comments:

Post a Comment