Thursday, July 31, 2014

Khasiat Buah-Buahan

vegfruits2
BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya. Buah kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.
Begitu juga epal, sebiji sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan dan flavanoids, yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C, secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.
Buah oren pula adalah antara ‘ubat’ paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan sehari, boleh menjauhkan selesema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah kolon. Buah mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki.
Menerangkan fakta itu, pakar diet klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak dan segar, mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat. Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.

Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Dengan ada semua khasiat itu dalam buah mangga ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.
Kempen anjuran MBG Fruitsshop itu bertujuan membantu menjelaskan mengenai hasil kajian kesihatan terkini kepada rakyat Malaysia, di samping mendidik dan menyebarkan maklumat terkini sebagai panduan. Kempen berkenaan dilancarkan oleh Pengarah Urusan MBG Fuitshop, Adnan Lee bersama dua selebriti, Jojo Struys dan Hansen Lee.
Baik Untuk Kesihatan
Tan berkata, pengambilan buah-buahan sama ada yang diimport mahu pun tempatan adalah baik dan memberi manfaat kepada kesihatan. Ini dibuktikan oleh banyak hasil penyelidikan di seluruh negara. Banyak manfaat buah-buahan dibuktikan dari segi saintifik, justeru, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dari pelbagai peringkat usia sentiasa digalak atau menjadikan buah-buahan sebagai satu hidangan wajib dalam menu harian.
Beliau berkata, pada 2005, lebih 17 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka itu mencerminkan 30 peratus daripada kematian global. Kajian turut menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
Kajian lain pula mendedahkan, kira-kira 19 peratus pengidap kanser usus dan 31 peratus pesakit yang mengalami pembuluh tersumbat didapati kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
Antara khasiat penting yang terdapat dalam buah-buahan ialah kandungan seratnya terutama membantu pencernaan. Bagi orang dewasa, pengambilan serat yang diperlukan ialah 20 gram hingga 35 gram sehari manakala kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ialah tiga gram hingga 18 gram.
Bagaimanapun, secara purata rakyat Malaysia yang dewasa mengambil kurang daripada 12 gram serat sehari dan ini sudah tentu belum mencukupi. Antara buah-buahan yang kaya dengan khasiat serat ialah epal, pisang, anggur, kiwi dan mangga.
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 jam hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat dalam usus besar serta mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Tan berkata, buah-buahan boleh diambil setengah jam sebelum atau selepas makan. Sebaiknya, alas perut dulu dan jangan memakannya secara tiba-tiba kerana ia boleh memberi kesan pada perut jika tidak biasa. Pengambilan buah-buahan sebaik-baiknya dipelbagaikan, malah lebih elok jika dalam pelbagai warna seperti pelangi kerana ia dapat menjamin khasiat yang lebih banyak dapat dinikmati.
Nikmati Buah-Buahan
Ada pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan pemanis mulut, anda boleh letakkan ais krim di atasnya atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.
Bagi yang ada penyakit tertentu atau mempunyai masalah kesihatan, perlulah berhati-hati dan bersikap memilih. Ini kerana ada buah-buahan tertentu, mungkin tidak sesuai diambil. Contohnya, jika individu berkenaan mempunyai masalah penyakit buah pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing kerana pengambilannya boleh memburukkan keadaan.
Khasiat Buah-Buahan:
Anggur/kismis
grapes

Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren
citrus-oranges

Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.



Epal
apples22
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.




Pear
pear1
Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.



Pisang kaki
persimmon
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.





Mangga
mangga
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.



Kiwi
kiwi
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang
banana
Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.


sumber: Berita Harian

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Wednesday, July 30, 2014

Manfaat Buah Tembikai Susu

Umum memang sudah mengetahui buah tembikai mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Tetapi tahukah anda tembikai susu juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan? 

Tembikai susu terdapat dua jenis utama iaitu yang berwarna kuning pucat dan kuning. Oleh itu kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca tentang khasiat buah tembikai susu yang dipetik dari Wanita. 


Baik untuk kulit
Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat. 

Menghindarkan barah
Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah. 

Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah. 

Mengawal tekanan darah
Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh. 

Merawat penyakit Hepatitis
Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filifina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid yang tidak lancar manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Tuesday, July 29, 2014

Kenapa Suplimen Shaklee Tak Berkesan

Assalamualaikum…
Ada juga yang dah cuba supplemen Shaklee tapi mengadu tak berkesan atau takde perbezaan. Memang Shaklee tak berkesan sekiranya berlaku perkara-perkara di bawah ni.

1. Tak sabar

Shaklee bukannya ubat magik, ambil sehari dua kemudian mengadu tak berkesan. Shaklee adalah supplemen, dalam erti kata lain makanan tambahan untuk membantu. Biasanya untuk kesan optimum, adalah pengambilan berterusan dan istiqamah selama 3 bulan. Namun, ada orang yang cepat, mungkin kerana badannya kurang toksik atau kurang ambil produk-produk lain sebelum ini yang mengganggu penyerapan.
Kalau nak kurus, janganlah expect baru makan seminggu dah kurus melidi. Ataupun ambil alfalfa 3 hari susu dari 1 0z jadi 30 oz.

2. Tak konsisten

Ada pula yang bila tanya, rupanya tak konsisten pun. Sekejap ambil pagi, sekejap ambil malam, sekejap ambil sebiji, sekejap dah terlupa tak ambil langsung. Macam mana nak nampak kesan macam tu? Ambil la apa-apa produk pun, kalau tak konsisten memang sukar nampak hasil. Maka, adalah itu salah produk? Atau diri sendiri?

3. Tinggalkan perkara asas

Sekali lagi, supplemen adalah makanan tambahan. Tapi jangan dilupakan perkara asas. Contohnya, kena juga ambil pemakanan seimbang. Kalau nak kurus, kena juga jaga pemakanan dan senaman. Kalau nak susu banyak, kena juga kerapkan penyusuan. Bukannya makan alfalfa tapi malas nak pam. Memang tak menjadi.

4. Tak ikut dosage yang ditetapkan

Ada juga yang nak jimat-jimat tak nak ikut dosage yang dicadangkan. Kita cadangkan 2 biji sehari, dia ambil sebiji je sehari sebab nak jimat. kemudian expect lepas seminggu dapat hasil. Mana boleh. Bagi saya lebih baik ambil betul-betul dan dapat kesan daripada nak jimat tapi tak dapat kesan. Lagi rugi kan kalau dah beli tapi tak dapat kesan pun sebab kita nak jimat sangat.

5. Ikut jadual yang diberi.

Ada sebab pengedar ada berikan jadual mengikut masa tertentu. Jangan pula sebab malas nak ingat anda telan semua sekaligus. Ada supplemen yang mengganggu penyerapan supplemen lain. Ada yang memerlukan supplemen lain. Jadi, ikutlah jadual yang diberikan. Kalau lepas sebulan masih hasil kurang memuaskan, pergi balik kepada pengedar anda, mungkin dia boleh analisa dan mungkin perlu ubah jadual.
INGAT! Bukan pergi pada pengedar lain pula ya dan beritahu, “saya dah beli produk ni macam mana cara pengambilan?” Jagalah juga hak pengedar.

6. Tak detox

Kenapa detox ni sangat penting? Sekiranya selama ini jika amalkan diet tidak sihat atau terdedah pada pencemaran, tubuh badan kita mungkin banyak toksik dan sukar menyerap vitamin. Detox paling mudah adalah dengan minum air masak 3 liter sehari. Selain tu, banyakkan pengambilan buah dan sayur. Atau boleh juga ambil produk detox seperti Alfalfa,Herb-lax dan DTX Complex.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Monday, July 28, 2014

Kenapa Zink Complex Diambil Sebelum Makan

Assalamualaikum…
Kita tahu bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Tahukah anda bahawa nutrien juga boleh hilang semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.
Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15mg Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adalah kesemua zinc ni diserap oleh tubuh kita?
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (sebelum makan), ada sebabnya.
Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!

NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari2 pertama mungkin mendatangkan rasa loya. Jangan risau, insya-Allah akan OK tak lama lepas tu.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Sunday, July 27, 2014

Detoks Sebelum Ambil Suplimen

assalamualaikum..

Awal-awal ambil supplemen, jerawat banyak keluar?

Dah cuba lebih seminggu tapi tiada perbezaan?

Memang ada yang bertanya, bila ambil set kecantikan kulit, muka naik jerawat pula. Ataupun ambil set slimming tapi takde perubahan.
Sebenarnya ramai orang tak tau atau terfikir untuk melakukan pembuangan toksin/detoks terlebih dahulu. Tahukah anda, sebenarnya amat penting untuk melakukan detoks terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan, kemudian perlu dilakukan secara berkala pula?
Kepentingan detoks / nyahtoksin
1. Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
2. Sisa-sisa makanan akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.
3. Toksin berlebihan mempengaruhi emosi
4. Detoks dapat menyingkirkan bakteria tidak baik dan yis di dalam usus yang hidup dengan makanan lama yang termendak
5. Fungsi tubuh menjadi lebih efisien kerana dapat menumpukan pada tugas asal selain memerangi toksin.
6. Membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolisma.

Detox fokus pada 2 organ penting iaitu hati dan usus/kolon. Selalunya detox usus dilakukan terlebih dahulu sebelum detox hati.
Cara paling mudah untuk melancarkan proses detox adalah dengan banyakkan minum air masak dan banyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau. 
Nak lebih mudah, jom cuba produk Shaklee yang sesuai untuk detox hati dan usus.
HERB-LAX

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus

DTX COMPLEX
DTX1
Shaklee DTX Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Saturday, July 26, 2014

Alfalfa vs Herb lax : Mana lebih baik?

Assalamualaikum..
Untuk program diet, paling minima biasa saya akan cadangkan herb lax, lecithin dan alfalfa. Tapi kalau dilihat herb lax dan alfalfa kedua-duanya mempunyai fungsi detox dan melawaskan. Jadi apa beza kedua-duanya?
Jom kita baca sikit sharing dari Puan Norita Puan Norita sudah mengamalkan Shaklee selama lebih 11 tahun dan sangat berpengalaman luas sebagai pengguna dan pengedar Shaklee.
Saya yakin ramai yang amalkan makan Alfalfa terutama golongan ibu menyusu. Namun, jangan terkejut, saya suami isteri pun amalkan sebab alfalfa bagus untuk buah pinggang. Pengambilan alfalfa memerlukan kita minum air secukupnya mengikut keperluan berat badan kita. Normally 25kg berat memerlukan 1 liter air jika berat kita 50kg kita memerlukan minima 2 liter air sehari. Tetapi bagi ibu menyusu adalah sangat bagus mengambil lebih demi memastikan badan tidak dehidrate. 
alfalfa
Saya suka makan alfalfa setiap hari sebab banyak faedahnya. Antaranya ialah untukkecantikan kulit. Selain itu, ia bagus untuk para isteri yang mengalami kekeringan bila bersama atau kering di bahagian sulit. Ia juga sangat membantu keradangan bagi mereka yang mengalami masalah 5 serangkat iaitu Asma, Alergik, Resdung, Gegata dan ekzema. Namun, pengambian air sangat penting untuk membantu mengurangkan keradangn sakit ini dengan pengambilan alfalfa tadi. 
Selain itu, bagi yang mengalami masalah keputihan yang serius, alfalfa sangat membantu. Alfalfa tidah hanya sesuai untuk wanita tetapi juga untuk para suami dan golongan tua mahupun muda. Ia bagus untuk buah pinggang, membuang dengan lebih lawas dan bagus untuk kulit.
Bagaimana dengan herb-lax pula?
Jarang sekali saya menyebut tentang herb-lax. Ianya bukanlah julap seperti yang biasa di pasaran. Saya amalkan sekali sekala pada hujung minggu. Ia membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit-birit dengan herb-lax, cuma memang rsa sangat selesa perut selepas membuang. 
herb-lax
Kita tahu setiap organ mempunyai fungsi yang tersendiri. Setiap organ berfungsi untuk sistem perkumuhan tersendiri. Kolon adalah untuk pepejal, buah pinggang untuk cecair, paru-paru untuk karbon dioksia, hati untuk detox manakala kulit untuk peluh. 
Rata-rata penyakit berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria dan memang dikatakan perut adalah rumah penyakit. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.
Pengambilan herb-lax saya cadangkan pastikan 6 jam selepas ambil herb-lax, kita berada di rumah supaya selesa untuk membuang. Biasanya bagus makan 4-5 biji sebelum tidur. Pastikan minum banyak air sebelum itu supaya proses membuang lebih lancar dan selesa. Saya tak amalkan setiap hari kecuali hujung minggu atau tengah minggu jika makan mewah di hotel. 
~ Kredit kepada Puan N
Tips Pengambilan :
Alfalfa boleh diambil setiap hari sebagai tambahan diet harian, manakala di hujung minggu boleh ambil herb lax. Pada hari ambil herb lax tidak perlu ambil Alfalfa.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

Friday, July 25, 2014

Menjaga Buah Pinggang

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. 

Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma, ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan)-Wikipedia

Faham ke? Hehe. Ok ayat mudahnya buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi. Ia memastikan tubuh kita bersih dari sebarang toksin.Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh. Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.

Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Jom ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.
 Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. 

Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah : 
1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. 
 
2. Keletihan melampau sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

 3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

 4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk. 
5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut.
 Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

 6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

 7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas. 
 
8. Kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru. 
 
9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

 Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan. 

 Sumber : Melayukini.net – 

Tu tanda tandanya. Jadi bagaimana cara nak menjaga buah pinggang?

1-Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2-Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

3-Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4-Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

5-Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Supplement Shaklee yang terbukti boleh mengembalikan fungsi buah pinggang adalah Vivix. Bagaimana nak tau ia berkesan? Apabila pesakit gout yang mengamalkan Vivix tidak lagi diserang gout kerana buah pinggangnya kembali berfungsi sempurna untuk menapis toksin dan asid urik. 

Jika buah pinggang telah rosak, anda mungkin ingin memulihkannya seperti dalam testimoni Testimoni Vivix - Pulihkan Buah Pinggang Rosak Tahap 4 Menjadi Tahap 2 Lalu Transplant Dibatalkan.
Vivix Recovery Story – Kidneys Healed & Transplant Canceled

Karen Sandifer, a former Home Health Care Supervisor, shares the following story regarding Brandy (her friend) and Vivix.  Brandy was preparing to give her husband one of her kidneys, because he was at stage 4 renal failure with polycystic kidneys.

“Tony has been taking Shaklee Vivix since February, 2009, and guess what?  We went to see the kidney doctor to find out about testing me so that I could give him a kidney and part of my liver, because he was high stage 4 renal failure with polycystic kidneys.  At stage 5 you have to be on dialysis to live.  So we wanted to do a transplant before he had to start.

“When they did his blood work, they told us that he is stage 2 to low stage 3, and then proceeded to take him off the renal diets, saying he does not need any blood pressure medication and to enjoy life, because he hopefully had many years before he has to think about dialysis!  YOU DON’T GET BETTER WITH THIS DISEASE!  And according to the specialists that we consulted, they all said that THERE IS NO CURE!

Kisah Penyembuhan Vivix -  Buah Pinggang Sembuh & Transplant Dibatalkan

 Karen Sandifer, bekas penyelia Home Health Care, berkongsi kisah ini mengenai Brandy (sahabatnya) dan Vivix. Brandy dah bersedia untuk berikan satu buah pinggang dia kepada suami kerana suaminya mengalami kegagalan buah pinggang tahap 4 dengan buah pinggang polisistik.

"Tony mula mengambil Vivix sejak Febuari 2009 dan cuba teka? Kami pergi berjumpa pakar buah pinggang untuk membuat ujian supaya saya boleh memberikan buah pinggang dan sebahagian hati saya, kerana dia berapa pada tahap tinggi (4) kegagalan buah pinggang dengan buah pinggang polisistik. Jika tahap 5 anda perlu dialisis untuk terus hidup. Jadi kami mahu melakukan pemindahan organ sebelum dia terpaksa hidup dengan dialisis.

"Apabila mereka melakukan ujian darah, kami diberitahu yang dia berada pada tahap 2 atau tahap 3 rendah, dan seterusnya menghentikan dia dari meneruskan diet untuk buah pinggang, dia tidak memerlukan ubat-ubatan untuk tekanan darah lagi dan boleh menikmati hidupnya kembali, kerana dia mempunyai masa bertahun lagi sebelum perlu memikirkan untuk menjalani hidup dengan dialisis! Berdasarkan kata pakar yang berunding dengan kami, kesemua mereka mengatakan TIADA PENAWAR!



3 Kisah Benar Mengenai Buah Pinggang -- Vivix

Kisah 1
2 minggu lepas saya di hubungi melalui SMS oleh seorang ayah. Anaknya (darjah 3) mengalami buah pinggang bocor. (Anda mungkin ingat post saya di FB mengenai buah pinggang bocor). Di akhir perbincangan, ayahnya tidak jadi beli atas sebab dia dan Allah sahaja tahu. Semalam selepas balik dari melancong ke Langkawi, saya SMS dia kembali. Berita sedihnya anak beliau telah kembali ke sisi Allah pada Ahad lalu. Sedih saya. Kita terima sebagai takdir Allah.

Kisah 2
Seorang gadis muda semalam membeli Vivix untuk ibunya. Ibunya telah dibuang satu buah pinggang. Buah pinggang yang tinggal cuma berfungsi pada kadar 20%. Dia beli dengan harapan untuk memulihkan fungsi buah pinggang ibunya kerana ada orang lain sudah berjaya. Saya mendoakan yang terbaik untuk pelanggan saya. Itu kisah 3 bulan lepas.

Kini ibunya sihat hanya dengan sebelah buah pinggang tanpa menjalani dialisis atau transplan. Walaupun untuk pulih 100% tu macam mustahil, perkembangan positif itu tetap ada. Malah doktor tidak melarang untuk terus mengambil Vivix.

Kisah 3
Seorang ayah menelefon saya malam tadi. Bertanya mengenai Vivix untuk buah pinggang anaknya. Dia bertanya betul ke jika dah ambil Vivix buah pinggang boleh pulih tak perlu dialisis selepas membaca dari blog saya testimoni pesakit buah pinggang. Saya katakan kita berusaha berdasarkan ilmu. Allah jua yang mengurniakan penyembuhan. Kemudian katanya anaknya sudah menggunakan Vivix dan memang setiap kali buat pemeriksaan boleh nampak perubahan positif pada keputusan ujian. Ni kes dah beli tapi just nak tanya pendapat. Katanya testimoni tak banyak ke? Saya jawab orang Malaysia belum ramai guna Vivix. Tapi dari negara pengeluarnya dah ramai mendapat keputusan positif penggunaan Vivix. Saya tumpang happy sebab anaknya ada perubahan positif.

Lagi testimoni Shaklee dan buah pinggang - Shaklee Selamat Untuk Pesakit Buah Pinggang yang turut disertakan bukti bergambar keputusan rawatan dialisis sampai

"doc punyalah terkejut bila tengok keputusan darah ibu saya baik berbanding yang dulu"

Jika kita ada chronic illness tak rugi jika melabur pada supplement yang disokong penyelidikan dan sains moden. Vivix merupakan tonik anti penuaan yang berupaya mengembalikan tubuh sehingga 25 tahun lebih muda. Master Law adalah contoh yang mengagumkan pengguna produk Shaklee untuk jangka panjang. Jika kita boleh berusaha sehabis upaya, kekesalan kita mungkin sedikit berbanding jika kita diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang mungkin membantu, tetapi kita melepaskan peluang tersebut.

Untuk kenal Vivix lebih lanjut boleh klik pada label Vivix 


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986


Thursday, July 24, 2014

Cara Atasi Perut Buncit, Menggeleber Dan Berseulit Selepas Bersalin

Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.

Kenapa wanita lepas bersalin mengalami masalah perut buncit, menggeleber dan berselulit?

Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan olehdiastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.

Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ  dalam badan dan bukannya otot perut.  Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah. Bagi membetulkan masalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting. 

Sebannyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas dimana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya. Selain itu, peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya. Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kanji, manis, berlemak dan masin bagi mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, minum banyak air supaya kulit akan lebih elastik. Anda juga boleh menyapu produk seperti Bio Oil sejak trimester pertama lagi bagi mengekalkan lembapan dan elastisiti kulit. Bagi anda yang telah lama mempunyai rekahan kulit, bukannya tiada harapan lagi untuk menghilangkannya. Warna rekahan akan beransur-beransur menjadi lebih pudar dengan masa dan tidak akan kelihatan jelas lagi (nak menyedapkan hati sendiri ). 

Dengan shaklee anda boleh atasi masalah STRETCH MARSK dengan pengambilan ESP.


Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin 
  1. SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  2. BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  3. BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  4. KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  5. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  6. BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  7. DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

Bagaimana supplemen Shaklee membantu?

Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja – ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah kebaikan dan fungsi ketiga2 vitamin ini dalam menangani msalah anda? 

Lecithin

- Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
- Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
- mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
- Untuk metablisma lemak.

Herba Lax

 
- mercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
- kempiskan perut
- membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.

 Alfafa 

~ Bertindak seperti kacip fatimah
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa haid.
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
~ Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami
 


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986