Tips untuk tambah susu lebih kurang sama je..pam..pam..pam..dan terus
pam...Memang betul konsep pam tu..tapi kali ni saya nak share info yang saya
dapat
- Tambah masa dan kekerapan - Ini
adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran
susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih
kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali
selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu
pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari
tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika
bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas
sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2
minggu. Menurut Pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner),
memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun
ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam
menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa
yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah
yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali.
Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan
setiap kali memerah.
- Minum air yang mencukupi - Air
yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk
teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat
25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
- Pemakanan seimbang - Secara
peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika
kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam
usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap
bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita
lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah
permulaan hari anda.
- Pemakanan yang menggalakkan
pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu.
Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih,
longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan
sebagainya.
- Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.
Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Aniesz Ceasar♥ sms/whatsApp: 019-3878986- Tambah masa dan kekerapan - Ini
adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran
susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih
kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali
selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu
pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari
tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika
bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas
sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2
minggu. Menurut Pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner),
memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun
ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam
menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa
yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah
yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali.
Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan
setiap kali memerah.
No comments:
Post a Comment