APA
ITU PENYAKIT BUASIR
As-Salam,Seluruh dunia . Kali ini
anis nak memberi info mengenai Buasir. Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu
penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah
venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus).
Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :
Buasir Luar. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
Buasir Dalam. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Buasir Luar. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
Buasir Dalam. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Sesetengah pesakit mengalami buasir
dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanyamenderita akibat anal
fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran
venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami
pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit
yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi
semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila
batuk).
Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun korang bagi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan rasa sangat sakit kalau nk keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, tahi nak keluar akan bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, korang boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but keluaran HPA dan lain- lain.
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but keluaran HPA dan lain- lain.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu dibedah kalau dah macam ni.
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu dibedah kalau dah macam ni.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR
1.
Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya
perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2.
Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3.
Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan
buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;
Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap
tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir
hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di
atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur
sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang
lain yang berjalan menggunakan empat kaki. Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di
bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir. Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih
berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya
peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
Sila lihat di atas.
Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini
menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian
dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir
dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila
adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping
itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada
biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus.
Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi
lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan
fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya
sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu
mengurangkan masalah ini.
Simptom-simptom penyakit buasir ini pula ;
1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa
kepanasan di situ.
3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur
apabila berdiri lama atau bertinggung.
4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di
dalam corak membuang air besar.
5.
Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan
darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan
dubur.
Jika
ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami
keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun
demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis
atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang
terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri
selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada
doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih
serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
1. Nanah
di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit,
pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.
KOMPLIKASI
Komplikasi
yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia
merangkumi:
1.
Anemia : Kehilangan darah yang
sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita
akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
2.
Dalam sesetengah keadaan pesakit
mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .
Adakah buasir penyakit keturunan ?
Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang
diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap
penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan
yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.
Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?
Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).
Pencegahan
Pemakanan yang sihat
Pemakanan
yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan
risiko berlakunya sembelit.
Pengambilan ubat laxative
Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan
serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu
melakukan teranan yang kuat.
Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat
kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir.
BERBAGAI KAEDAH UBATAN DAN RAWATAN UNTUK BUASIR
Kaedah rawatan dengan herba atau tumbuhan
Ambil satu perdu (satu
pokok,termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanahatau belimbing
bukit(bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga mendidih. minumlah air tersebut 2 kali
sehari.Insya Allah dalam dua hari akan segera sembuh.Air itu juga boleh
mengubati darah tinggi, kencing manis,buah pinggang dan lemah jantung.
Wallahuaklam.Allah lebih tahu diatas segala-galanya.
Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee
- OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
- OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
- ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986
No comments:
Post a Comment