Bayi pramatang ialah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan. Biasanya, lebih awal bayi dilahirkan maka lebih banyak risiko yang mungkin dihadapi bayi berkenaan. Dalam isu penjagaan bayi pramatang, apa yang penting ialah memastikan bayi pramatang anda berada dalam keadaan stabil dan selamat.
Untuk memudahkan penjagaan anda, ingatlah 5S:
1. Sentuhan ibu
Sentuhan ibu merupakan faktor utama dalam memastikan bayi pramatang berada dalam keadaan stabil dan selamat. Dakaplah bayi rapat ke dada anda. Pergerakan ini bukan sahaja boleh menenangkan bayi, malahan ia juga boleh membantu merapatkan hubungan antara ibu dan anak.
2. Suara ibu meyamankan jiwa
Suara ibu juga mampu membantu menenangkan bayi pramatang anda.
Cuba luangkan masa berbicara dengan bayi pramatang anda dan ucapkan kata-kata penuh kasih sayang kepadanya.
3. Susu ibu paling sesuai
Susu ibu sudah terbukti secara klinikal mengandungi segala nutrien dan zat yang penting. Oleh itu, ia merupakan makanan terbaik bagi bayi pramatang. Sekiranya anda tidak dapat menyusukan bayi anda atas sebab tertentu, bincanglah dengan doktor anda segera mengenai sebarang alternatif terbaik bagi susu ibu.
4. Semak keadaan bayi
Bayi pramatang mempunyai keadaan fizikal yang lebih lemah berbanding bayi yang dilahirkan cukup tempohnya. Oleh itu, bayi pramatang sudah pasti akan mempunyai keperluan yang lebih mendesak. Sentiasa perhatikan perubahan bayi pramatang anda dan rujuklah pada pakar perubatan sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara.
Biasanya, sekembalinya bayi pramatang dari hospital, mereka akan tidur sehingga 15 ke 22 jam sehari. Bayi pramatang biasanya tidak begitu menangis . Mereka akan lebih banyak menangis bila semakin hampir dengan tarikh sepatunya diahirkan.
5. Selitkan masa peribadi untuk ibu
Pastikan anda sebagai penjaga utama bayi mempunyai masa rehat untuk diri sendiri. Kami di sini amat memahami intuisi ibu untuk menjaga bayi mereka dengan sesempurna mungkin, namun jika anda sendiri tidak bertenaga, masakan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk menjaga bayi anda?
Apa yang penting, jangan lupakan bahawa anda telah berjaya melahirkan seorang lagi insan ke dunia ini. Jangan patah semangat dan terus berusaha demi anda dan juga bayi anda!
Jom SHARE utk pengetahuan bersama ..
No comments:
Post a Comment