Entry kali ni bukanlah untuk memperkenalkan supplement yang sesuai bagi penyakit-penyakit di atas tapi lebih kepada peringatan mesra kepada anda yang ingin mendapatkan panduan / konsultasi product daripada saya supaya menyatakan dengan TERANG DAN NYATA jika anda mempunyai sebarang penyakit yang perlu saya ketahui.
Ada kalanya saya akan bertanya dan ada kalanya saya terlepas pandang.
Walaupun Shaklee adalah sejenis supplement dan bukannya ubat, namun ada sesetengah penyakit yang tidak boleh mengambil supplement tertentu kerana ianya boleh memudaratkan diri atau menyebabkan punca penyakit anda akan menjadi aktif.
Antara supplement yang tidak boleh diambil bagi peyakit-penyakit berikut :
- Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan?
- SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Walaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.
- G6PD – Tidak boleh mengambil ALFALFA kerana ALFALFA kaya dengan Vitamin K. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, set penyusuan yang disarankan adalah EU FOUR PACK PLUS.
- Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.
Jika anda ingin mencarikan supplement untuk ibu bapa anda juga perlu diterangkan dengan secara terperinci ye.Saya bukanlah doktor yang bertauliah dan perkongsian di blog ini pun berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga testimoni pengguna. Jadi saya tidak mahu product SHAKLEE disalahkan jika anda tidak mendapat kesan yang diharapkan sedangkan mungkin silap saya yang tidak memberikan konsultasi secara terperinci.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:0193878986 anis
No comments:
Post a Comment