Wednesday, January 15, 2014

Hari ni santai2 jer sebab minggu ni sekejap ekrja sekjap cuti....terjumpa artikel ni..moga berguna wat kawan-kawan

Apa Itu Entonoks 

Ketika menunggu proses kelahiran bayi, ada ibu yang mengambil sedutan gas entonoks sebagai salah satu cara melegakan kesakitan kontraksi yang dialami. Gas entonoks adalah satu campuran oksigen dan nitrus oksida yang sangat melegakan kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya.

Biasanya ibu yang akan melahirkan bayi, disuruh menyedut gas tersebut melalui topeng yang dipegang dengan tangan. Topeng ini disambungkan ke satu silinder melalui tiub. Gas ini mengambil masa kira-kira setengah minit untuk mencapai kemuncak. Oleh itu, anda perlu menyedut gas itu dengan beberapa kali pada permulaan satu kontraksi.

Apakah kesannya? Gas hanya mengurangkan keperitan sakit. Oleh itu ia mungkin tidak mencukupi. Anda mungkin berasa hendak pitam semasa menarik nafas tetapi tiada kesan gas kepada bayi anda. Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan gas entonoks semasa bersalin.

*Fleksibel dan bertindak pantas.

*Mudah digunakan.

*Anda boleh mengawal bagaimana dan bila hendak menggunakannya.

*Ia tidak secara terus mengganggu kelahiran bayi.

*Ia tidak kekal dalam sistem badan. Sebaik anda berhenti menyedutnya, gas dan udara dibersihkan oleh paru-paru anda dan kesan sampinga terus terhenti.

*Ia selamat kepada bayi dan oksigen tambahan yang disedut mungkin juga bagus kepada anda dan bayi.

*Bayi tidak memerlukan pantauan tambahan ketika anda sedang menggunakannya.

SUMBER : PAMA


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Bandar Kinrara dan KLCC.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Aniesz Ceasar
♥ sms/whatsApp: 019-3878986

No comments:

Post a Comment